Tip-tip untuk cemerlang :
(),,,,,,() ( a_< ) "Mind kena kuat"
~ "Mind" kita kena kuat kerana minda dan fikiran kita akan mempengaruhi semuanya termasuk kejayaan kita.. Minda kita lah yang akan menentukan jalan apa yang kita pilih. Dan minda kita jugak lah yang akan control seluruh anggota badan kita seperti menulis dan membaca.. Senang kata study la.. Minda kita sangat penting kerana tanpa minda yang kuat,kita cepat jatuh,lemah semangat dan tidak rasional.. Kalau mind cakap tak, so tak la jawabnyer..Kalau mind cakap yes,yes la jawabnyer..tak boleh nak buat apa dah.. Kalau mind kita kuat,senangSo,kita yang kena control mind kita supaya mudah kita untuk berjaya..;-)(),,,,,,() ( a_^ ) "Tukarkan dendam kepada semangat"
~Dendam maksud mia di sini ialah hinaan,cacian,kutukan yang kita dapat daripada orang sekeliling dan benda-benda yang buat kita sakit hati.. Tidak perlulah kita nak berdendam dengan orang yang nak jatuhkan kita mahupun nak tengok kita lemah semangat nie. Kita tukar segala kebencian dan dendam kita itu kepada semangat yang berkobar-kobar.. Buktikan diri kita ini siapa dengan kejayaan..Bukan kotorkan hati kita dengan benda-benda gitu..Tak ada manfaat apa-apa pun kalau kita berdendam dengan orang. Kita yang lagi serabut, tansion ada la.. Buat sakit hati jer.. Mungkin orang yang sengaja nak tengok kita jatuh tersungkur tu akan lebih bahagia dan berjaya kalau kita duk sakit hati dan serabut dengan die.. Be cool jer..hee..Biar die pulak yang sakit hati tengok kita berjaya..(^_^)(),,,,,,() ( a_@) "Sentiasa berfikiran positif"
~Berfikiran positif nie sangat penting dalam hidupan harian kita..Selalu-selalu lah positif dalam apa perkara sekalipun okey..Tak susah pun.. Tapi jangan la over positif sampaikan kita nie di cop manusia bodoh lak..Perlu jugak ada fikiran negetif untuk berwaspada walaupun dengan orang terdekat kita..nie tak, orang senyum dekat kita pun kita cakap die perli kita..Padahal die ikhlas senyum dekat kita..Senyuman tu kan satu sedekah.. Orang tolong kita dan buat baik dengan kita, kita cakap die nak ambik kesempatan lak..Yang selalunyer,kita tengok orang tu buat salah sikit,teruk kita hentam die,mengumpat bagai..Tapi kita tak tahu pun perkara disebaliknyer..Tak adilkan? So,tak ada kesudahan kita asyik berperang dengan perasaan kita sendiri yang tidak sihat tu.. Kalau kita berfikiran positif, hati kita jadi tenang, semangat kita jadi kuat dan yang paling penting mudah untuk kita belajar..Contohnyer, kalau kita dapat result teruk or tak sampai target.. Time dapat result~~Kalau positif>> "Tak apalah..aku redho.mungkin tak ada rezeki lagi..mungkin aku masih tak cukup kuat lagi study sebab tu result aku teruk.tapi next time insyallah boleh.Aku akan berusaha lebih tekun lagi..aku masih ada peluang!aku pandai sebenarnyer tapi aku tak guna sepenuhnyer.aku akan buktikan..yeahh!" Tapi kalau negativ>> " Arrgghh!! aku study macam mana sekali pun,teruk macam nie jugak aku dapat.Baik tak payah study! Buat penat jer. buang masa aku jerrr..Malas dah aku nak study lagi lepas nie..Dah lembab nak buat macam mana.Memang aku tak ada peluang dah dapat result comey..Aku fed up dah!" Nak kan? so siapa rugi?kita jugak..(^_^)(),,,,,,() ( ^_^ ) "Selalu happy"
~ Mood kita nie sangat penting untuk dijaga..Sebab apa?? Sebab nak study nie kena ada mood yang ok dan stabil..Kalau mood kita tengah tak baik time tu,study lah macam mana sekali pun,baca lah macam mana sekali pun, ilmu tu tak kan masuk..Kalau masuk pun sikit jer..Yela,kita jadi tak fokus sepenuhnya time study kalau kita bad mood..cepat penat dan boring.. So, cara kita terbaik untuk kita selalu happy dengan murahkan senyuman..Kita mulakan dengan harian kita dengan senyum..sentiasa senyum dan manis muka dengan orang..orang tengok pun senang,tak terasa nak marah kan..tak payah pun nak senyum..Cuba ceriakan diri, senang untuk gelak.. Sebab dengan senyuman dan gelak tawa kita tu dapat buat kita senang hati,gembira walaupun time tu kita ada masalah sekalipun..Mood pun jadi ceria,ilmu senang masuk..Dan yang penting,kita pandai kata emosi kita,pandai kawal masalah..Kalau kita ada msalah sekalipun,jangan terlalu fikir sangat sampai serabut otak. cuba bertenang dan rasional..Semua orang ada masalah.. (lembu pun ada masalah..hehe) so, Kalau ada masalah,cuba pujuk hati untuk bersabar dan jangan lupa senyum. Kalau kita selalu tersenyum,luka kita akan terlampal sedikit demi sedikit..Kalau kita sentiasa ceria,kita akan lupa dengan masalah kita..Kalau tak tahan sangat,menangis jer sepuas-puasnyer.jagan simpan-simpan..Percaya lah,lepas korang dah puas menangis,gerenti hati pun jadi lega dan tenang.. Selain gembirakan hati sendiri,cuba gembirakan hati orang lain..Insyallah ,kalau kita buat orang happy,orang akan buat kita happy balik..(^_^)(),,,,,,() ( a_e ) "Taat kepada ibu bapa"
~Benda nie sesangat penting untuk pelajar kerana restu dan berkat ibu bapa nie mempengaruhi kejayaan..Kalau ibu bapa tak restu korang,korang belajar la separuh mati pun,kejayaan tu susah nak gapai..itu semua sebab keberkataan dalam hidup..Kalau hidup tak diberkati, susah nak berjaya.. Kalau kita berjaya pun, kita tak rasa pun nikmat tu,tak gembira pun.. so,taat la kepada ibu bapa kalau kita nak berjaya.. Kalau parents korang nie jenis garang,cakap lepas or kuat membebel, jangan ambik hati dan jangan melawan.. Lebih baik kita diam jer daripada kita melawan, kang derhaka pulak kan..kan tak baik tu.. korang kena tahu,mulut parents kita lagi-lagi ibu kita masin tau..so, sila takut.. Dan doa parents kita sangat mujarab..minta la parents kita doakan kejayaan kita ok..:-)(),,,,,,() ( a_o ) "Berdamping dengan kawan yang berakhlak mulia dan rajin"
~Nak cari kawan yang betul-betul boleh jadi kawan sejati nie memang payah..cukup payah..Manusia nie nampak jer sama tapi hati macam-macam pesen..Orang yang nampak baik.tak semestinyer baik dan orang yang nampak jahat tak semestinyer jahat..Hati orang susah untuk diduga..Dab manusia boleh berubah bila-bila masa jer.. so,kita kena hati-hati ok.. Dampingilah orang yang baik,berakhlak dan rajin.. Nescaya,die boleh damping kita ke jalan yang baik. Kawan melambangkan diri kita ok.. Kawan yang rajin itu perlu sebab bila kita damping dengan orang yang rajin,kita pun akan terikut jadi rajin..dan kawan kita yang baik itu mestinyer akan tarik kita buat benda baik dan tak kedekut untuk ajar kita dalam pelajaran.. Kalau tersilap pilih kawan,menyesal tak sudah..(),,,,,,() ( a_u ) "berdamping dengan cikgu-cikgu"
~Berdamping dengan cikgu-cikgu itu perlu..Lagi-lagi kalau tahun exam besar.. Kalau boleh,cuba rapat dengan cikgu-cikgu..mungkin benda tu tak semua orang boleh buat..Ada yang segan,ada yang takut dan ada jugak yang malas. Lagipun,bukan semua cikgu yang mudah untuk kita rapat..Kadang-kadang ada setengah cikgu tu letak jurang yang tinggi antara cikgu dan pelajar..susah la macam tu kan.. Tapi selagi boleh.cuba la.. Kalau kita dampingi cikgu,mudah kita nak tanyer apa-apa pasal pelajaran..nak suruh die ajar balik ker or korek ilmu die..Cikgu nie nak tolong kita,tapi kita kena tolong diri kita dulu dengan bagi ruang dekat cikgu untuk tahu kelemahan kita dalam subjek tertentu..Dan jangan lupa untuk sentiasa menghormati cikgu-cikgu tidak kira cikgu tu menyakitkan hati sekalipun.. keberkatan ilmu daripada cikgu sangat penting.. kita kena tahu, tak berkat ilmu kalau kita berdendam dengan cikgu or mengumpat cikgu.. Kalau cikgu tu buat sakit hati kita,kita jangan ambik hati dan cuba memaafkan die..
(),,,,,,() ( a_^ ) "Bagi hadiah kepada diri sendiri"
~ Masudnyer.. Kalaua kita berjaya dalam sesuatu perkara contohnyer, dapat A dalam subjek tertentu, kita kena raikan untuk diri sendiri.. Pergi beli sesuatu yang kita suka untuk raikan seperti coklat,ais-krim or kfc ker.. jangan kedekut untuk keluar duit untuk diri sendiri.."kepuasan dan kegembiraan" tu lebih bernilai..bukan apa.. itu cuma motivasi untuk diri sendiri untuk naikkan semangat...;-)(),,,,,,() ( a_* ) "Berdisiplin"
~Yang nie semua orang tahu so mia malas nak huraikan lah..hehee..#nie cuma pendapat mia jer..Kadang-kadang mia pun tak ikut semua tip nie..hahaa.. Tapi,korang yang comey-comey lagi baik nie kalau boleh ikut la tip nie ok..Selamat Maju Jaya~~~
~thank for reading(^_^)
Bagus juga tip ni.tak sanke saya mia boleh bagi tip yg berguna dan mantap seperti ini.patuk lah mia berjaya dalam pelajaran.hehe..saje puji.tip ini insyaallah akan saya guna dalam kehidupan saya.dan boleh lah saya bagi tahu pada adik saya.okey terima kasih mia...kerana bagi tip yg berguna ini...
BalasPadam