Dalam Diari Dunia Damia (4D)

Kadang-kadang kita lupa siapa kita, kita lebih kenal orang lain daripada kita kenal diri sendiri ..Kadang-kadang kita sibuk mencari identiti dan personaliti kita sendiri tetapi kita tidak pernah menyelami jiwa kita sendiri dengan menyoalkan diri sendiri.. Kadang-kadang kita sering mengejar apa yang kita inginkan tetapi sayangnya,kita tidak nampak apa yang ada di depan mata... Kita mampu melihat,mendengar,menyentuh tetapi kita tidak mampu untuk merasai apa yang tersembunyi disebalik senyuman...~~

Ahad, 12 Mei 2013

Tips temuduga maktab ;-)

Click punyer click.. panggg!! yesss! jumpe dua link nk tips untuk interview yang best n berguna sangat. Mia lagi 3 hari lagi nak interview baru tadi nak terkapai-kapai buat persiapan..baru nak fotostep la,cop la,cari maklumat la.. Padahal tahu 6 hari bulan lagi.. Arghhhh!! malas punyer pasal la nie..huhuu.. mia bangkit lah! go..! go! go0o0o!!  (0_0)

~ So, jumpe la dua link yang best nie.. berguna sangat buat kawan-kawan yang sepesen dengan mia nie,yang akan berdepan dengan interview niehh.. Tahu.. Korang pun mesti debar n risau kan bila fikir pasal nie. Bagi budak first time yang akan kena interview macam mia nie memang of course la gelisah kan. Lagi-lagi last minit prepare..huhuu.. so, mia just nak share maklumat berguna nie untuk korang,untuk my jantung hempeduku yang baik lagi comey..Nida yang akan interview esok.hehehe. gud luck honey madu! jangan gelabah;-)

#just copy from blog..mia gabungkan ek:-)


 ~blog cik kici n fiffyqaqah

Kita mulakan dari hari anda mendapat keputusan SPM. Biasanya beberapa hari selepas keputusan SPM keluar akan ada pengumuman di internet mengenai Kursus KPLSPM ni, jadi anda kenalah sentiasa cari maklumat dalam internet berkaitan Kursus ni. Selepas tu, kamu kenalah membeli Pin Kod unik yang boleh kamu beli di BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk membolehkan kamu mendaftar diri kamu untuk pemilihan ke sesi temuduga. Ingat, jangan tak beli…paling bagus anda belilah awal2~~~ register awal2~~ Kemudian bab register, semasa register online tu jangan lupa masukkan semua maklumat diri dengan betul, dan kamu kena fokuskan dekat bahagian pencapaian kamu dalam akademik dan kokurikulum…penting tu….!! Bila isi info kokurikulum kamu, jangan lupa simpan saja pencapaian terbaik kamu dan juga jawatan tertinggi yang kamu pernah pegang…. kalau memang kamu tiada pencapaian yg baik dlm kokurikulum, tak ape….kamu tipu-tipu jer letak yang ok sikit….yang penting kamu benar-benar nak jadi cikgu!!
permintaan kamu untuk ke interview KPLSPM….check tau kalau dah sampai waktunya….jangan berlengah, takut nanti kamu terlepas tarikh temuduga kamu… Kalau dah dapat, jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Jadi sekarang, kamu jangan terlalu gembira dulu….sebab itu baru fasa pertama~~~ sepanjang tempoh sebelum sampai tarikh temuduga itu, kamu kenalah banyak membaca info2 berkaitan dengan pendidikan, peranan cikgu, program2 yang dijalankan di sekolah, dan juga isu2 semasa di sekolah. Jangan pandang remeh semua tajuk ni, sebab anda bakal berhadapan dengan pensyarah yang akan menyoal soalan yang kita tidak boleh duga.
Pada hari temuduga tersebut, awal2 tu kamu kena prepare dengan sebaik mungkin ….jangan terlalu tidur lewat, takut nanti kamu akan rasa tidak bermaya ketika temuduga, jangan lupa juga sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti sijil, kad pengenalan kamu dan dokumen penting yang lain(rujuk surat tawaran)…..Kalau boleh sampai awal di tempat temuduga, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling di tempat temuduga……jangan sampai lewat, sebab anda mesti akan dapat markah lebih…markah lebih untuk kena reject.
Biasanya, temuduga akan dimulakan dengan pembahagian kumpulan….cuba jadi seoorang yang ramah dengan ahli-ahli kumpulan anda….sebab ini boleh membantu anda menghilangkan rasa malu ketika bercakap di depan mereka……Anda akan dikehendaki menyusun dokumen penting and mengikut urutan yang betul, jadi pastikan semuanya ada ok.
Kemudian, akan ada pensyarah yang akan datang mengutip fail kamu, dan seboleh-bolehnya senyum dengan pensyarah/petugas itu(cara nak ambil hati^^,)…..kamu akan menjalani satu ujian bertulis, terdapat lebih 200 soalan, tapi jangan risau…semuanya adalah soalan yang senang dan pengetahuan am mengenai sikap yang mulia.
Temuduga biasanya akan dimulakan dengan berkumpulan, maknanya kamu akan ditemuduga bersama-sama dengan ahli2 kumpulan kamu. Bab berkumpulan ni, kamu kena berani dan yakin…..Kamu akan diberi satu tajuk, dan pensyarah akan tanya siapa kah akan mulakan…..sebolehnya kamu volunteer la jadi yang pertama untuk mulakan debat yang boom boom meletopp tu k~~~ cuba berikan pendapat kamu yang tersendiri, jangan terlalu ikut pendapat ahli2 yang lain, ini akan membuatkan kamu jadi special sikit….jika kamu tiba2 kehabisan idea, cuba berpura-pura tanya pendapat ahli2 yang lain….jangan jadi kaku……bila idea kamu dah ada lagi, kamu terus menyampuk dengan cara yang baik, jangan kurang sopan k(penting)…..bercakap sebanyak yang mungkin, kerana itulah markah anda…..bercakap tu mesti penuh dengan keyakinan, jangan gugup….sebab jadi cikgu kena berani~~~ ^^
Selepas, temuduga berkumpulan, kamu akan disuruh keluar…..dan sesi temuduga perseorangan akan bermula…..kamu akan dipanggil seorang demi seorang….. baca doa dulu sebelum masuk ke bilik semula~~~~mohon petunjuk dari Tuhan, percayalah, Tuhan pasti akan bantu anda…..
Dalam sesi temuduga perseorangan, kamu akan disoal dalam dua bahasa utama, BM dan BI….bagi yang mengambil bahasa cina…mereka biasanya akan disoal dalam bahasa mandarin…….jadi bersedialah, pensyarah akan mengajukan pelbagai soalan tentang isu sekolah, peranan guru dan program di sekolah.. kamu juga akan ditanya tentang diri kamu….. semua itu kamu kenalah jawab dengan yakin dan senyuman mesti sentiasa terukir di bibir kamu k…. walaupun kamu salah atau tidak tahu sekalipun tentang apa yang ditanya…kamu kena juga jawa dengan yakin….sebab Kici pun menghadapi saat2 seperti ini, dimana pensyrah menyoal mengenai program kitar semula, tapi Kici fikirkan soalan tentang program keselamatan di sekolah …..tapi, syukur kici dapat juga markah penuh..tahu kenapa?? Sebab Kici jawab dalam jawapan yang logik……ingat jawab dalam logik…jangan tunjukkan muka tak tahu…..k… Kadang2 kamu juga akan disuruh berkawat..terpulang kepada pensyarah/petugas yang jadi penemuduga itu…kamu buatlah dengan baik2,walaupun tak tahu langkah, tapi cuba ingat langkah yang mungkin kamu pernah nampak….buat denagn yakin…~~

Kepada yang lemah dalam bahasa inggeris (speaking)….jangan risau, cuba ambil masa untuk susun ayat yang mudah untukmenjawab soalan BI yang diajukan…ingat jangan gugup…..cuba anggap penemuduga itu adalah keluarga anda……cuma perlu jawab dengan tenang jer k….

Selepas itu, habislah sesi temuduga kamu….

kamu sekarang cuma perlu tunggu keputusan temuduga kamu…..sentiasalah kamu memohon berkat dari Tuhan, sebab kadang2 permintaan kamu akan tercapai juga…. yang penting kalau kamu tak dapat, tak apa juga…jangan putus asa, boleh merayu lagi…ataupun minta lagi tahun depan….. Kici pernah dengar guru peltih yang meminta sehingga 5 kali untuk msuk kursus ni….jadi, usaha itu sangat penting k…

Kici harap post kali ni dapat bantu semua pelajar yang ingin jadi seorang cikgu..semoga berjaya..sekian.



~Blog daripada upsrpmrspmstpmtips


Tips Temuduga IPG
Buat lepasan SPM terutamanya, tertentunya adik-adik ada buat permohonan IPG bukan? Dan pada mereka yang telah membuat semakan temuduga IPG, dan didapati anda berjaya, tahniah diucapkan. Buat yang terbaik untuk interview nanti tau! Dah tentu juga anda memerlukan tips-tips untuk temuduga bukan? InsyaAllah, kat sini ada beberapa tips temuduga IPG Maktab KPLSPM yang mungkin dapat membantu adik-adik masa ditemuga nanti.


Sebelum tu, di sini juga disediakan link untuk Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/temuduga/login.cfm
Klik untuk pautan.




Okay, kita teruskan. sebelum dipilih masuk ke IPG mesti ada temuduga kan? So, aku ada la buad research sikit tips nak menghadapi sesi temuduga tu nanti. Ternyata susah la gak. Harap dapat membantu.




Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, segala isu-isu semasa terutama isu-isu pendidikan, barisan kabinet negara atau segala hal berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia. 


Berdasarkan pengalaman, kebiasaanya soalan yang ditanya semasa temuduga tersebut ialah isu semasa dan bagaimana kita jika sebagai guru mengatasi masalah tersebut dengan rasional dan berhemah tanpa melanggar etika seorang guru. selain itu juga, soalan yan di tanya juga berkisarkan barisan kabinet negara contoh seperti "siapakah Menteri Pelajaran pada 2007' dan soalan-soalan lain.


Pemakaian yang sopan, berketrampilan, kemas dan menampakkan ciri-ciri seorang guru.


Semasa menghadiri temuduga, perkara pertama yang menjadi pandangan mata penemuduga adalah cara kamu berpakaian. bagi perempuan pastikan berbaju kurung atau baju yang tidak terlalu menjolok mata, mesti berkasut hitam bertumit, memakai stokin dan bersolek sedikit. Solekan tidak perlu terlalu tebal hingga nampak macam hantu cina atau kuih tepung gomak. Kalau lelaki, rambut tak perlulah macam artis, anda perlu datang dengan rambut pendek dan kemas. Pakai tie dan baju kemeja plain. Kalau berjalur tak perlu la jalur macam tikar getah.



Keyakinan diri yang tinggi.


Setiap soalan yang diajukan oleh penemuduga, hendaklah kamu jawab dengan penuh keyakinan. Reaksi muka tanpa ragu-ragu, kamu tidak perlu tergagap atau menunjukkan yang kamu seolah-olah tidak tahu perkara itu. Jika kamu memang tidak boleh menjawab, cuba juga untuk menjawab tetapi pastikan reaksi muka kamu dalam keadaan yakin. Jika penemuduga bertanya kamu, "betul kah apa yang dinyatakan kamu sebentar tadi". Kamu perlu jawab "saya yakin dengan jawapan saya". Jika dia menidakkan atau membidas, anda perlu akur dan jawablah dengan berhemah.




Senyuman dan suara yang jelas dan lantang
Sepanjang temuduga berlangsung pastikan anda murah senyuman. Tetapi tidak perlulah senyum tidak bertempat hingga orang lain kata anda manusia tiga suku. Anda senyum apabila perlu. Selain itu, semasa menjawab sebarang pertanyaan atau sesi temuduga bersama penemuduga, suara anda perlulah jelas dan lantang. Tak perlu juga untuk anda terjerit-jerit hingga mengganggu rakan anda berdikusi. Cukuplah sekadar 1 bilik temuduga itu jelas tentang apa yang kamu perkatakan.




Jangan ego atau membidas pandangan orang lain dengan biadap.


Seperti anda ketahui, temuduga bagi bakal guru pelatih nanti akan berada dalam 2 sesi. sesi 1 adalah individu dimana ia bertanyakan kelebihan dan tahap kemampuan anda. Pencapaian anda di sekolah atau apa-apa sahaja yang menujukkan anda lebih dari orang lain. Anda perlu tegaskan perkara tersebut. Sesi 2 pula ialah perbincangan. Penemuduga akan memberi 1 isu dan minta anda dan rakan dalam kumpulan untuk bincangkannya. Semasa perbincangan, anda perlu menghormati pendapat rakan. Jika anda hendak mebidas pastikan kata-kata membidas itu berhemah. Contoh " maafkan saya, boleh saya mencelah" atau, "saya menyokong pendapat saudara. Tetapi bagi pendapat saya pula... ".. dan sebagainya.... lagi satu, anda tidak perlulah conquer kesemua perbincangan tersebut hingga rakan lain tidak berpeluang untuk bercakap.
(Untuk lebih jelas, sila scroll ke bawah)




Perlu tahu apa itu perbezaan bidang perguruan dengan profesion keguruan.


Kedua-dua perkara ini selalu dibahaskan oleh beberapa pihak terutama dalam temuduga. Penemuduga hendak melihat sejauh mana pengetahuan kita tentang profesion tersebut. dan saya sendiri juga kadang-kadang keliru. Jadi saya minta anda bertanya kepada golongan lebih arif tentang perkara ini. Saya juga risau apa yang saya nyatakan kelak menjadi tidak kungruen dengan penytaan anda.




TINGKAH LAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA




  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  • Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  • Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  • Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  • Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  • Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua PanelGunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  • Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.


SEBELUM KE SESI TEMUDUGA TERSEBUT PASTIKAN ANDA :


1.     Sebelum datang, check fail, susun sijil ikut keutamaan. Untuk helaian pertama letak surat tawaran temuduga, seterusnya disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lepas itu baru letak sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu diletakkan mengikut ketinggian misalnya peringkat kebangsaan dahulu, then peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah. Hal ini akan memudahkan penemuduga untuk menilai anda.


2.     Then, isi borang yang memerlukan kita buat karangan untuk menyatakan sebab kita minat dalam bidang profesion perguruan ini. Karang dan buat sehabis baik dan letak sebab-sebab yang relevan mengapa anda ingin menjadi guru kerana penemuduga membaca setiap patah yang anda tulis. Contoh; saya minat bidang perguruan ini kerana minat dari kecil lagi..


3.     Pakai pakaian yang kemas dan mesti ala-ala cikgu! Nak jadi cikgu kan? Kalau boleh pakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher (mesti match dengan warna baju), tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Perempuan pula, cukup dengan baju kurung, tudung senada dengan warna baju dan kasut bertutup. Gosok pakaian anda.
Perhatian : Pelajar yg memakai baju t-shirt confirm permohonan ditolak. (Sudah dijelaskan di atas)


4.     Minta restu ibu bapa dan keluarga sebelum temuduga agar memudahkan perjalanan temuduga anda nanti.


SETERUSNYA ANDA HARUS BERSEDIA UNTUK :


5.     Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian. Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.


6.      Ujian INSAK.


Anda perlu menjawab 135 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan profesion perguruan ini. Mudah saja soalan Ujian INSAK ini. Tak perlu risau sangat. Jawab dengan santai saja. Lebih kurang macam soalan ujian personaliti. So, cari jawapan yang baik-baik saja. Jangan fikir lama sangat nanti tak sempat jawab semua soalan.


7.     Sesi Individu. 


Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang keguruan ini. Penemuduga juga akan tanya aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Relax dan jawab dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu walaupun anda berdebar sebenarnya. Jangan gugup, kalau terlampau nervous. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dan start again!


Bagi yang mengambil minor Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam bahasa Inggeris dan perlu menjawab dalam Bahasa Inggeris. Kalau yang terpilih dalam SJK(C), mesti ada yang terselit-selit bahasa Mandarin sikit. Same goes to SJK(T), so.... make a complete preparation. Pastikan senyuman sentiasa terukir di bibirdan JANGAN SESEKALI BUAT MUKA BLURR OR TIDAK TAHU. Kadang-kadang kita akan di suruh berkawat, bernyanyi, menari juga tau. So berlatih dari sekarang.


8.     Sesi berkumpulan. 


Seramai 6 orang (maksimum) akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi tajuk. (beri perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan global) Jadi, banyakkan baca surat khabar! Anda akan diberi masa selama 1 minit untuk bersedia. Seterusnya anda perlu mengutarakan point/hujah anda. Tak kisah point anda itu baik atau tidak. Just cakap dengan berkeyakinan saja. Penemuramah hanya melihat cara anda berkomunikasi. Tidak ada markah isi. Yakin, yakin, dan yakin serta cakap banyak-banyak ok! Yang penting be as friendly as you could! Pastikan anda paling menyerlah dalam kumpulan tersebut! InsyaAllah, pasti anda berjaya!




Berikut adalah beberapa soalan popular ketika temuduga IPG.
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2.  Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?
13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?




Penemuduga selalu juga tanya mengenai :


  • SEKOLAH WAWASAN.
  • SEKOLAH PENYAYANG.
  • PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
  • JUMLAH IPG DI MALAYSIA. (Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.)
    Click here untuk senarai IPG di Malaysia.
  • PERANAN SEORANG GURU
  • PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
  • ISU-ISU SEMASA SEKOLAH

#just copy~~


~Thank for reading ;-)

1 ulasan:

  1. Bagus jugak tips temuduga ni.nanti boleh lah saya gunakan untuk pergi temuduga dan bagi tahu pada adik saya lepas spm ni.saya pun nak cerita sikit pengalaman temuduga saya masa nak sambung belajar hari tu.masa tu memang kena bangun awal lalu bersiap lah.sebab pukul 8 am dah nak mula dan ada 2 ujian temuduga iaitu ujian bertulis dan ujian lisan.ujian bertulis tu tak payah sangat hanya perlu faham soalan dan jawab je lah.tapi ujian lisan ni yg agak susah sikit mula2 tu rasa berdebar dan tergagap2 .pensyarah tu tanya macam2 ada yg boleh jawab dan tak leh jawab.antara yg ditanya sebab apa dan mengapa kamu nak belajar di sini dan ada jugak pasal perkara2 tentang pelajaran.lepas tegah hari baru boleh balik.itu saja lah yg dapat saya cerita sikit.nak cerita panjang2 malas pulak.jadi selamat membaca bagi yg telah baca.alhamdulillah akhirnya temuduga saya lulus walaupun saya telah masuk lewat setahun.loni saya dapat belajar di sini.dan ramai jugak yg x lulus temuduga tu..haaha.sekian...

    BalasPadam