Dalam Diari Dunia Damia (4D)

Kadang-kadang kita lupa siapa kita, kita lebih kenal orang lain daripada kita kenal diri sendiri ..Kadang-kadang kita sibuk mencari identiti dan personaliti kita sendiri tetapi kita tidak pernah menyelami jiwa kita sendiri dengan menyoalkan diri sendiri.. Kadang-kadang kita sering mengejar apa yang kita inginkan tetapi sayangnya,kita tidak nampak apa yang ada di depan mata... Kita mampu melihat,mendengar,menyentuh tetapi kita tidak mampu untuk merasai apa yang tersembunyi disebalik senyuman...~~

Jumaat, 24 Mei 2013

Karoeke


                                                                Innocence cover mia

Cakap pasal karoeke,mia memang hantu koroeke..hehee. Entah la,kalau karoeke nie rasa macam dapat satu kepuasan yang sukar di gambarkan..cewahh!hahaa.. mungkin sebab mia suka menyanyi kot. tu yang macam tu.. :p Kalau balik ipoh or pergi jalan mana-mana, mesti cari tempat karoeke. Karoeke jamban pun jadi la asalkan dapat melalak..kehkeh. Tapi mia untung,sebab mia ada geng. Kakak (kak nyah) n adik mia pun gila karoeke. so,tak ada hal la.. susah nak cari geng yang kaki karoeke nie.. selalu nyer dengan family jer la mia koroeke..Selalu nyer mia lepaskan gian dekat ipoh sebab dekat sini ada tempat yang murah.. Tak macam dekat besut,dah la mahal,tak canggih lak tu.. Mia pernah masuk sekali koroeke dekat besut,karoeke tu baru jer bukak.. Ada ker patut karoeke set die guna moniter n keyboard!hahaha!! cam kelakar jer.. Lepas tu,mula la gelepar tak reti guna.. Pelik sungguh la. First time mia tengok karoeke macam tu..huhuhu..

Lagu yang dekat atas tu lagu favourite mia. Avril lavigne kan. Lagu nie teringat mia paa kenangan lalu.. Lagu nie mia pernah menyanyi time hari guru tahun lepas.. Berduet dengan rakan sebaya mia, Nuha.. Nak solo tak berani lagi time tu sebab time nie mia first time buat persembahan di sekolah baru mia.. Yela,sekolah baru dengan sekolah lama tak sama okey. rasa tu lain. Dulu,time sekolah lama dulu tak apa,tak kisah n berani.. joget atas pentas pun ok lagi..haha. Tapi sejak tukar sekolah nie, komfiden mia nie turun mendadak! Mia rasa rendah diri sangat,penakut n senyap. juruh la sikit daripada dulu.hehe.. Yela,mungkin dulu mia sekolah biasa lepas tu pindah ke sekolah pandai so tu yang jadi rendah diri sangat. Sebab mia bukan nyer pandai tapi di kelilingi dengan orang yang pandai,hebat-hebat n rajin.. so tak nafikan, Suasana tu sangat-sangat lain.. Persekitaran,dengan orang-orang n cikgu-cikgu, cara die.. semua tu berbeza.. Tak sama macam sekolah lama. Mula-mula masuk sekolah tu memang rasa susah sangat nak sesuaikan diri. Tapi mia tak pernah tunjuk pun.nampak macam okey jer.. Tapi lama-lama okey la.. So, mia cari akan cari n cuba benda yang boleh tambahkan komfiden mia contoh nyer berhadapan di khalayak ramai.. Mia pun join la buat persembahan menyanyi lagu nie. tak ingat nak rakam. time hari kokurikulum mia buat persembahan mia rakam tapi hilang..huhuhu. Selepas daripada tu baru mia rasa komfiden sikit.. Kalau tak,rasa macam kecik jer..rendah diri jer...hukhuk. Mia tak kisah la orang nak cakap apa pun. nak cakap mia nie poyo ker,nak menunjuk ker,giler glamour ker or pape jelah. tak kisah pun asal kan mia tahu sendiri apa tujuan mia buat macam tu. menyanyi jer kot.. Yang puji,puji la, yang pandang serong pun ada.. Lagipun,mia dekat sekolah lama dah biasa naik pentas buat persembahan.. so? bukan mia duduk sekolah baru baru nak buat semua tu.. Yang penting, benda tu merupakan cara mia untuk tambahkan komfiden mia.mia kena bercakap dengan orang ramai n buat aktiviti yang berkaitan berhadapan orang ramai.. benda tu boleh buat kita hilang gemuruh n debar sebenarnyer..<3



time nie form 1.. berduet jugak tapi time nie tak ada minus one..haha..kelakar rasanyer..huhu  
                                              





~Thank for reading ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan