Dalam Diari Dunia Damia (4D)
Kadang-kadang kita lupa siapa kita, kita lebih kenal orang lain daripada kita kenal diri sendiri ..Kadang-kadang kita sibuk mencari identiti dan personaliti kita sendiri tetapi kita tidak pernah menyelami jiwa kita sendiri dengan menyoalkan diri sendiri.. Kadang-kadang kita sering mengejar apa yang kita inginkan tetapi sayangnya,kita tidak nampak apa yang ada di depan mata... Kita mampu melihat,mendengar,menyentuh tetapi kita tidak mampu untuk merasai apa yang tersembunyi disebalik senyuman...~~
Sabtu, 13 Jun 2015
20 tahun
Welcome to my blog, miewildblog.blogspot.com ;-)
Salam. Hi, Damia Shuhaimi in the houseee :-D Nie merupakan entry kedua tahun nie. Awal sem and after habis sem. Wah, bunyi macam busy kan? hehe.. Busy jugak la plus memang suka membizikan diri ;-) Sapa umur 20 tahun angkat tangan?? Sayaaaa..... *aku tanya aku jawab* nice sangat.hiks..
Bila mia baca entry blog mia yang lepas lagi-lagi time mula-mula mia buat blog nie, serious macam budak-budak.huhuu.. Biasalah, manusia akan mengalami proses dan peringkat kematangan. Bila dah masuk alam 20-an kononnya, rasa lain. Rasa lain tu lain macam sikit tau tahu nak cakap macam mana. Contohnya gaya pemikiran kau, perbuatan kau, cara kau dan yang paling penting, kau lebih memahami kehidupan dan diri kau sendiri. Apa yang kau nak dalam hidup, apa yang kau kejar. Macam mana pandangan kau pada sesuatu benda tu dan macam mana penerimaan kau. Sume tu ada perbezaan sedikit daripada sebelumnya.. Lagi satu cara kau menggunakan laman sosial.. Yang paling mia perasan sikap keterbukaan family lebih lagi parents or mak mia. Lebih sporting dalam pelbagai sudut terutama pasal jodoh.haha.. ini tidak boleh blah. Sekarang mia selamba jer cakap pasal jodoh dengan mak mia walaupun umur mia baru 20 tahun. Kekadang mak mia lagi over cakap pasal jodoh daripada mia. Siap bagi pandangan nasihat bagai.huhu.. tapi yang sedihnya just gosip jelah. Tak ada yang melekat lagi..sob sob..
Kalau nak citer pasal jodoh, memang panjang. Entah la, susah sebab nie melibatkan perasaan, keserasian dan family. Kadang-kadang mia stress bila orang bukak topik jodoh takpun boyfriend bagai nie. Macam-macam kawan mia persoal, tanya n cakap kat mia. Mia buat pekak jer.. Bukan apa, soal nie complicated bagi mia, bukan main-main. Sebab mia pandang benda nie serious dan terus ke pelamin, bukan just bahan ujikaji takpun suka-suka or just untuk hilang bosan jer. Tak! tu bukan mia. Ada orang cakap, " Mia, kau jangan memilih sangat, tak kawin kau sampai habis belajar nanti, kena posting kat pedalaman padan muka, kawin dengan orang asli". "Kau tu yang cerewet sangat mia, kalau terus-terus macam nie, forever alone la". "Mia tak pandang orang macam kita nie, kita nie apalah sangat". lagi geram bila orang tanya, "mia bila nak kawin/nikah/tunang?" "Mia bila lagi?" "Mia nak tengok pakwe kau". Yang paling deep bila sorang kawan aku nie cakap, ""Mia, pasangan hidup bukan orang yang sempurna sifat yang kita nak, tapi pasangan hidup nie adalah orang yang kita lengkapkan kekurangan die untuk jadi sempurna, so jangan memilih sangat yer," Berhuhuhu la aku.. Masalahnya cara diorang cakap tu seolah-olah mia nie dah umur 28 tahun. Padahal mia baru umur 20 tahun kot. Muda lagi, tak terdesak lagi. Bagi mia tak pelik pun kalau umur macam mia nie tak ada boyfriend. Ada kawan mia terkejut, tak caya lagi. Seolah-olah zaman sekarang nie ada kekasih nie wajib, kalau tak ada tak normal. eishh!!
Bukan aku tak pernah bagi peluang kat sapa-sapa takpun tutup rapat hati n mata mia nie. Tak laa.. Malah mia memang tengah mencari. Maksud mencari mia kat sini, mencari yang terbaik untuk jadikan suami. Bukan boyfriend. Tengah menilai orang, memberi peluang kepada yang layak, memberi peluang bukan memberi harapan. Tapi.. entah la, mungkin ramai yang failed. Yelah, normal la nak cari yang elok-elok sebab kita nak buat suami, bukan buat main. So, kalau orang cakap mia memilih, of course la i kena pilih u, nak cari suami kot bukan boyfriend. Kalau nak cari boyfriend tu senang jer tapi kalau suami sangat payah. Coz nanti si suami tu lah nak jaga mia n anak-anak nanti. Nak hidup sekali untuk selamanya kot bukan sehari dua. Kadang-kadang orang nie tak faham n tak sampai tahap pemikiran mia. Kalau boleh mia nak terus kawin, mia tak nak couple-couple nie. Bila kau dah sampai tahap umur 20 nie kau fikir nak kawin jer. Tapi tu bagi mia lah, mia rasa couple nie just buang masa jer, buang tenaga dan duit. Yang paling besar, merosakkan hati. Mia pernah kecewa, so normal la kalau sekarang mia lebih hati-hati. Sebab mia bukan jenis cepat jatuh cinta or suka dekat orang. Tapi bila dah sayang memang akan betul-betul serious, n cuba bayangkan bila dikecewakan, komfem susah nak ubat n sembuh. Benda tu yang paling mia takut. So belajar dari pengalaman, bila mia buat baik dengan seseorang tu, bagi peluang or pape jelh kan. Tak kira la tu kawan rapat mia ker sape ker, bila sekali jer die buat tahi kat mia. mia boleh cakap goodbye jelah, mampus pi kat hang la. Time tu mia tak kisah dah pasal die. Sebab mia dah banyak parut, banyak benda menyakitkan dah mia lalui sebelum nie tak kira kawan ker or orang sekeliling mia. So hati nie dah sado dan ego. So kalau orang tu dan sakitkan hati mia lagi-lagi buat mia menangis sekali jer, perasaan tu akan terus berubah. Dan mia akan terus berusaha lupakan perasan tu dan tak kisah. Sebab bagi aku, terlalu mahal maruah dan air mata aku untuk benda yang sia-sia..
Benda yang paling penting sekali restu. Calon tu wajib parents n family mia suka, lau tak memang berat.. Sebab bagi mia kita kawin bukan dengan pasangan jer tapi dengan keluarganya sekali. Bila keluarga tak suka, memang akan timbul banyak masalah, n mia tak nak pilih hidup dengan air mata. Perasaan mia tolak ker nombor 3 sebab bagi mia perasaan tu boleh di pupuk dengan bantuan allah. Kalau kita yakin dan betul-betul ikhlas, allah akan tolong. Mia yakin pada jodoh allah bukan dengan perasan sendiri. Sebab biasanya perasaan sendiri nie banyak mainan setan. Yang penting calon tu mesti right person, jodoh kita. Bila ingat balik kata-kata kawan-kawan mia, mungkin benar kot aku nie memilih. Tapi memang la, nak sehidup semati kot.huhuhu.. Mia nie tak ada la kejam sangat, mia pernah bagi peluang untuk orang kenal mia or kearah tu. Tapi ada jer yang tak lulus. Bila dah kenal-kenal kita akan tau serba sedikit perangai orang tu. Lagi-lagi ditambah dengan ujian, bila diuji baru kita kenal orang tu macam mana. Contohnya, sume dah ok baik lengkap sume, tapi ada benda yang mia tak suka. Contohnya, tak solat la, tak jaga solat la (lewat-lewat solat), merokok la, tak jaga pergaulan (terlalu bebas), tak matang or perangai-perangai yang mia tak suka or family tak suka. So tak jadi. Bab solat dan rokok mia sangat sensitif. Yelah, kalau solat benda wajib tu pun tak boleh jaga, apatah lagi nak jaga mia nanti. Mia nie bukannya warak ustazah bagai. Iman nie lemah, nanti sape bimbing sapa nanti. Mia perlu dipimpin bukan nak memimpin. Merokok lak, mia sejak di lahirkan memang sensitif bau rokok n patang tengok rokok. Kira bencilah kat bendalah tu. Family mia pun jenis macam tu. Kalau orang tu sehebat or sebaik mana pun kalau die merokok, tak mungkin family mia suka melainkan die berhenti n taubat nasuha. Bukan apa, rokok tukan komfem haram. Kau sedut benda haram setiap hari dan membunuh orang keliling kau perlahan-lahan tak rasa serba salah ker? kalau tak dekat manusia, dekat allah macam mana? huhuhuu..
Mia nie nampak jer kuat, tapi hakikatnya tak kuat pun. Sebab tu mia perlukan supporter. Mia tak banyak songeh pun sekarang nie, sebab mia tau kalau nak cari sume ciri-ciri lelaki idaman memang tak akan jumpa. Mereputla kau.. Mia just nak orang tu faham mia, kenal mia nie macam mana dan paling penting sentiasa ada disaat mia perlukan. Sebab perjalanan mia terlalu jauh lagi. Banyak benda mia nak buat dalam dunia nie tak tercapai lagi. Mia nak cari supporter bukan pemusnah segala impian mia. Mia tak nak buat benda yang merugikan dan sia-sia. Tak ramai yang faham mia. Susah nak cari orang macam tu. Memang dulu mia pernah ada niat nak kawin awal pun. Before mia habis belajar mia nak kawin tapi calon pun tak ada, samar-samar lagi. Ada banyak sebab kenapa mia nak kawin awal yang tak ramai yang akan faham. Bukan gatal tapi.. urmm.. tak perlu cakap kat sini. Tapi yang lawaknya, mia punya la beria nak kawin awal tapi tengok-tengok kawan-kawan aku yang mendahului aku. Siap dah merancang bagai, mia? masih krik..krikk..hahaaaa *sedih*. n now, mia dah malas fikir pasal tu dah, baik mia fokus pasal dreams mia jer sekarang. Korang nak cakap apa, cakap jelah. Dah tak kisah. Bukan nak cakap mia boleh hidup sorang, tak.. Jujur cakap, kadang-kadang hati nie sunyi sangat. Walaupun kawan ramai, rasa dia tak sama. Lain. Dan mia paling benci bila sunyi tu datang. Mula la setan nak menghasut mia suruh cari pasangan or couple. Mia tahu, couple tu haram, sebab tu mia takut nak terjebak. Takut rosak hati, rosak iman.huhu.. Perasaan sunyi tu akan mari bila mia berada di tempat belajar, jauh dengan family. Bila duduk rumah mia tak pernah rasa sunyi lak.hahaa.. So kesimpulannya, mia tak akan bahas soal nie lagi. Bagi mia baik kita jaga apa yang dah ada daripada kejar benda yang tak pasti. Mia lebih pentingkan persahabatan daripada cintan cantun nie. So tak nak sakitkan hati sape-sape, tak nak sakitkan hati sendiri so baik jaga hubungan dengan sume orang. Cinta tu tak kemana kalau dah tak ada jodoh.
Mia rasa allah masih sorok putera kayangan mia tu. Mungkin belum masanya, bila dah tiba masa allah akan satukan. Insyaallah.. Firasat mia kuat mengatakan, jodoh mia tu orang yang mia tak pernah sangka, tak pernah ada dalam list (kononnya.hahaha) pun. Mungkin dia orang sekeliling mia yang mia tak pernah perasan pun kehadiran dia or mungkin dia tu kawan mia sendiri or mungkin orang yang mia tak pernah jumpa.. Kuasa allah kan, takdir allah kan. sape jer yang tau. So tak perlu risau or gelisah yunk, allah dan tentukan kita dengan sapa just wait and see jer. Sekarang nie just fokus your mission jer. Yeahh! yer, mission terbesar mia tengah plan sekarang. Harap-harap menjadi. Aminnnn.. Tak tahu apa? Jeng! jeng! hewheww..
Alamak! Mia nak citer pasal lain, terbabas citer pasal jodoh lak. Apakah?? huwaaa... Tak apalah, sambung bila-bila free nanti coz dah mengantuk. Jari pun dah malas taip.hukhuk.. Ok, apa yang mia boleh simpulkan, kalau ada yang senasib dengan mia, mia nasihatkan bawak banyak-banyak sabar dan rasional. Jangan ikutkan emosi dan nafsu. Cinta akan hadir disaat kita betul-betul sedia bukan time kita sunyi. Trust your istiqarah, not your heart. trust allah, trust jodoh.. Jangan peduli apa orang cakap sebab tak sume orang boleh faham kita. Yang penting jaga cinta dengan allah dulu.. Allah sayangkan kita, sebab tu die tak temukan kita lagi dengan right person. Die nak jaga kita dulu, jaga perasaan kita dulu daripada perkara yang tidak diingini. Die nak suruh kita bercinta dengan-Nya dulu.. So CHILLEX beb.. hehe. ;-)
Ok, bai.. mengantuk~~
Pray for me!
#Thank you for reading this entry !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Betul Mia, saya setuju, wanita yang sholehah itu tercipta untuk lelaki yg sholeh, so jadikan dirimu wanita yg mulia di hadapan Allah.. maka Allah akan mendatangkan lelaki yg sholeh untukmu..
BalasPadamTerus terang saya termasuk lelaki yg pantang sangat dengan rokok... karena bagi saya rokok itu perbuatan mubazir.. membakar uang merosakan tubuh..
Sesungguhnya, orang2 yg berbuat mubazir itu kawan nya syaitan.. betul x?
Salam.cerita yg mia tulis ni rasanya mia dalam keadaa sedih dan bahagia mungkin sikit atau pun banyak.saya tak pasti sangat .ini berdasarkan kefahaman saya dalam cerita ni.tapi apa2 pun saya bersetuju dengan pendapat mia mengenai jodoh ini.pasal jodoh ni tidak boleh dibuat main2 dan memang kena serius serta berpandangan jauh kerana pernikahan ini bukan lah nak hidup sehari dua je tapi seumur hidup hingga ke jannah.dan jugak ianya melibatkan dengan ahli keluarga terutama restu kedua ibu bapa terhadap kita dan pasangan.jadi kena lah berhati2 dalam memilih jodoh ni...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamOk...ape2 pun sronok bace semua cite mia ni...insyaallah sy doakn mia semoga dpt jodoh yg baik yg akn membawa kebahagian dunia dn akhirat...
BalasPadamHehe..slmt maju jaya dlm cite2 mia...