Dalam Diari Dunia Damia (4D)

Kadang-kadang kita lupa siapa kita, kita lebih kenal orang lain daripada kita kenal diri sendiri ..Kadang-kadang kita sibuk mencari identiti dan personaliti kita sendiri tetapi kita tidak pernah menyelami jiwa kita sendiri dengan menyoalkan diri sendiri.. Kadang-kadang kita sering mengejar apa yang kita inginkan tetapi sayangnya,kita tidak nampak apa yang ada di depan mata... Kita mampu melihat,mendengar,menyentuh tetapi kita tidak mampu untuk merasai apa yang tersembunyi disebalik senyuman...~~

Isnin, 20 Mei 2013

Cinta sempurna


                                                  Cinta sempurna by yuna cover mia :-)

# Video nie ambik time mia form 4.. Baru lepas balik daripada jalan-jalan,pasar karat.. Tetiba jer balik daripada jalan, asyik menyanyi jer.. Kaki tak basuh lagi tu,tu yang hitam,malu kokre.. terus rakam.. feeling sorang-sorang lam bilik.kikikii...

* Dulu mia suka lagu nie tu yang ingat tu,tapi lagu nie cepat jemu.. sekarang ta dah..lupa dah.. mia suka lirik die.. cam best jer..


~thank for watching :-)

Pengalaman interview maktab (0_0)

Interview! interview? interviewww???!!

Bunyi perkataan interview pun dah rasa cuak dah.. apakah inie?? tok se! tok se! (tak nak)
Pengalaman kena interview maktab nie agak berbaloi bagi mia sebab sebelum nie mia tak pernah ada pengalaman kena interview pun.. 15.5.2013 tarikh interview dekat maktab hulu kinta,ipoh,perak.. Sebenarnye mia sengaja isi mintak temuduga dekat ipoh,saje gelenya nak pergi jauh-jauh..nak jalan jer besarnyer..padahal boleh jer kalau mintak dekat dengan rumah..hahaa.. Lagipun dekat ipoh memang tempat mia..rumah dekat sane,kak nyah(kakak) pun ada study dekat maktab yang mia kena interview nie..so, apalagi..ambil kesempatan la..hehehe..

Pada malam sebelum mia kena interview tu,mia mula la rasa debar sebab mia rasa mia tak buat banyak persiapan.. Bi mia memang mia tak cara dah.. Lepas tu,tak practise bercakap n tak google sangat pasal pengetahuan am nie..mia rasa macam malas sangat.tak tahu kenapa n malam tu baru la mia nak buat semua benda.. Last minute.. Baru nak cari maklumat,nak isi borang la, apala.. Pukul 12 baru start baring..Lepas tu tak boleh tidur jugak fikir debar pasal interview individu esok..alahai..huhuu..

Bangun pagi rasa macam otak nie kosong jer.. berdebar tapi tak sabar sangat rasa.. tak sabar nak habis daripada interview nie..heee... Pagi tu, kak nyah hantar.. Penampilan kemain macam cikgu lagi dengan colourful yer pakaian..kononnyer rasa lebih yakin la n ceria la bila pakai macam tu..huahuahua,, Ujian insak dalam pukul 8.30 start okey jer.. no problem..hentam jer guna KBKK. Tapi cuak jugak jawab sebab banyak sangat.. sampai 135 soalan tak silap mia dalam 30 minit..haha. tapi soalan senang jer.. ;-)

Then,dah selesai jawab mia balik rumah dulu sebab nak kena kumpul dekat maktab balik pada pukul 12 tapi temuduga pada pukul 2... Tapi lega sangat bila dapat tahu interview just ada dalam grouping jer,tak ada dalam individu.. Rasa nak terbang time tu.. bukan apa,sebab dulu die ada insak,grouping n individu..sekarang nie jer dah ubah sistem lain.. Mia ingatkan di tempat kawan mia interview jer buat macam tu tapi semuanyer buat sistem macam tu.. alhamdulilah.. Tenang sikit.. so,balik rumah sewa kak nyah apalagi... rilex jela.. rehat+online+wechat n makan..hakhaks!

15 minit sebelum pukul 12 mia pun sampai di maktab.. Ingatkan pensyarah tu suruh mari awal sebab die nak bagi taklimat apa ke kan. tapi tak ada pape pun.. so group mia, yang ambik subjek seni nie pun tunggu la sampai pukul 2. Kitorang sampai tak tahu nak borak apa dah tunggu lama sangat dekat dalam bilik tu...huhuu.. Group kitorang group last sekali kot.. memang masing-masing letih menunggu.. so, time nak masuk tu, semua ketaq lutut.. Yela,masing-masing first time kena interview cuma ada sorang jer,die senior la yang dah berpengalaman dalam interview..Group kitorang ada 8 orang sebenarnyer tapi sorang tak hadir..

Mula-mula masuk die bagi sticker nama untuk lekat dekat baju.. mia time tu dah debar kot, muka pensyarah seri0us jer..pensyarah yang interview kitorang ada 2 orang jer..mia nak senyum pun rasa macam senget jer mulut..rasa ketar-ketar jer mulut nie..huhuhuu.. First, die tunjuk video..kita kena perhatikan la apa yang ada dalam video tu lepas tu diorang akan tanyer soalan berdasarkan video tu.. Mia bersyukur la dapat video tema kokurikulum..so senang la nak goreng.hewhew! Ada group tu tema die pasal dasar-dasar..giler susah kan.hukhuk..

First round soalan tu mia nervous giler kott.. tak tahu la nak cakap macam mana..mia pun pelik sangat asal mia nervous sangat kan.. macam tak biasa lak dulu bercakap depan orang ramai.. mungkin disebabkan nama "interview" kot. macam nak pergi perang.. menang or kalah.aishh.. so,first round mia tak berani nak jadi orang yang pertama jawab soalan. takut jadi blur n gagap.. mia pun jadi orang yang ker 3..hehee.. ok sikit.. soalan die,apa yang kamu nampak n boleh huraikan dalam vidoe nie... so mia cakap goreng jelah..spontan. apa yang terlintas mia cakap.. time kawan mia cakap mia banyak idea nak bagitau tapi bila tengah bercakap benda tu jadi hilang n then kena cari balik idea tu.huhuu..tapi mia explain jelah berjela-jela,asalkan cakap n yakin jer.. sampaikan pensyarah tu suruh stop.. mungkin lama sangat kot mia cakap..hehe.. mula-mula,mia malu sendiri bila die mia stop n fikir,die dah boring ker dengar mia cakap,then,mia positifkan..mia yang cakap lama kot..huhuu..


Second round soalan die tanyer pasal kokurilum berkaitan dengan seni..mia pun lupa soalan die macam mana.. mia jadi orang yang ker 2 bercakap..time nie debar mia kurang dah..so mia explain lah. mia cari idea yang lain daripada lain..mia tak nak sama dengan orang lain.. yang orang tak sentuh or cakap, yang tu la mia cakap.biar mia rasa mengarut n lari sikit tajuk..umum pun mia ada cakap..goreng jer.. kawan-kawan sekali interview dengan mia ramai yang promote diri..cakap die pernah menyertai apa,jadi apa,peringkat apa n blablabla.. tapi mia langsung tak.mia lupa..menyesal lak kan.. tapi biar lah..mungkin benda tu tak interesting sangat kot..tu yang lupa..hehehe..time nie mia explain mia berhenti sendiri..malu la kalau die suruh mia stop lagi.huhu.. time mia tengah explain,mia memang tak sedar dah.. tangan die keluar habis..hahaha..

mia tak ingat la ada berapa soalan die tanyer tapi yang pasti, last sekali die suruh kitorang jawab soalan die dalam speaking. huishhhh!!! habis! hancuqqqqq!!wakakakahh..memang mia mengarut giler..mia pun tak tahu apa yang mia cakap. time nie mia jadi orang yang ke 4 cakap..kalau boleh nak last sekali sebab memang tak komfiden langsung nak speaking..huhuu..tapi pensyarah tu suruh mia cakap jugak..mia sengeh jer.. explain ringkas n pendek jah.. Lepas tu kalau salah cakap,mia gelak sorang-sorang..malu sorang-sorang.. gelak tu sebab nak cover malu n nervous..n bila gelak,tak nampak la kita nie memang tak komfide langsung.daripada mia senyap,blur n serious kan..wuwuu.. memang terabur sangat mia speaking..mia memang tak reti. nasib baik la idea yang mudah-mudah datang yang senang sikit nak huraikan..kalau tak,terdiam mia rasa nyer..hukhuk.. tak silap mia,dei tanyer seni yang boleh di implikasikan dalam mata pelajaran yang kitorang belajar.. mula-mula blur jugak soalan die..tak faham apa yang die nak.. tapi bile dengar pandangan kawan-kwan yang lain memang membantu lah..:-)

Last sekali, sorang pensyarah nie sempat perli mia, die cakap mia nie berseni dengan pakai baju colourful..hahahaa..nakal la..mia pun gelak jelah.. tak ada la serious sangat pensyarah nie.boleh jugak bergurau dengan kitorang..hehe.. Last sekali, seniour yang mia cakap tadi tu,yang from uitm tu pun tunjuk hasil seni die buat.. Perghhh!! memang gempak laaa.. cantik giler! lukisan n warna die hidup..die memang berbakat besar.. n mia perhatikan.. dalam group mia ada 3 orang jugak la yang menonjol n banyak jugak cakap.. pandai speaking lak tu.. jelous mia..huhu..2 lelaki,sorang puan.. Yang puan tu memang kawan baru mia..mula-mula sampai maktab memang kitorang borak panjang dah.. die okey..baik.. time mia lupa nak lekat gambar,junuh mia cari gam.semua orang tak ada..die pun bagi syumpu..mula-mula lekat gak pastu cabut la..kikiki... ambik salortep (tak reti eja) lak.. junuh kitorang prodi suruh lekat..hahaa.. adoi..mia harap,mia dengan kawan mia tu,anis dapat maktab..amin..~

#persaingan hebat.. so mia tak komfiden yang mia akan dapat.. lagi-lagi tang speaking tu ke laut..huhuu.. mia harap mia di murahkan rezeki n dapat masuk maktab sebab mia dah rancang dah apa yang mia akan buat bile mia masuk maktab..hehee,, Ya allah, murah kan lah rezeki ku.. ;-)












~thank for reading ;-)

Ahad, 12 Mei 2013

Tips temuduga maktab ;-)

Click punyer click.. panggg!! yesss! jumpe dua link nk tips untuk interview yang best n berguna sangat. Mia lagi 3 hari lagi nak interview baru tadi nak terkapai-kapai buat persiapan..baru nak fotostep la,cop la,cari maklumat la.. Padahal tahu 6 hari bulan lagi.. Arghhhh!! malas punyer pasal la nie..huhuu.. mia bangkit lah! go..! go! go0o0o!!  (0_0)

~ So, jumpe la dua link yang best nie.. berguna sangat buat kawan-kawan yang sepesen dengan mia nie,yang akan berdepan dengan interview niehh.. Tahu.. Korang pun mesti debar n risau kan bila fikir pasal nie. Bagi budak first time yang akan kena interview macam mia nie memang of course la gelisah kan. Lagi-lagi last minit prepare..huhuu.. so, mia just nak share maklumat berguna nie untuk korang,untuk my jantung hempeduku yang baik lagi comey..Nida yang akan interview esok.hehehe. gud luck honey madu! jangan gelabah;-)

#just copy from blog..mia gabungkan ek:-)


 ~blog cik kici n fiffyqaqah

Kita mulakan dari hari anda mendapat keputusan SPM. Biasanya beberapa hari selepas keputusan SPM keluar akan ada pengumuman di internet mengenai Kursus KPLSPM ni, jadi anda kenalah sentiasa cari maklumat dalam internet berkaitan Kursus ni. Selepas tu, kamu kenalah membeli Pin Kod unik yang boleh kamu beli di BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk membolehkan kamu mendaftar diri kamu untuk pemilihan ke sesi temuduga. Ingat, jangan tak beli…paling bagus anda belilah awal2~~~ register awal2~~ Kemudian bab register, semasa register online tu jangan lupa masukkan semua maklumat diri dengan betul, dan kamu kena fokuskan dekat bahagian pencapaian kamu dalam akademik dan kokurikulum…penting tu….!! Bila isi info kokurikulum kamu, jangan lupa simpan saja pencapaian terbaik kamu dan juga jawatan tertinggi yang kamu pernah pegang…. kalau memang kamu tiada pencapaian yg baik dlm kokurikulum, tak ape….kamu tipu-tipu jer letak yang ok sikit….yang penting kamu benar-benar nak jadi cikgu!!
permintaan kamu untuk ke interview KPLSPM….check tau kalau dah sampai waktunya….jangan berlengah, takut nanti kamu terlepas tarikh temuduga kamu… Kalau dah dapat, jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Jadi sekarang, kamu jangan terlalu gembira dulu….sebab itu baru fasa pertama~~~ sepanjang tempoh sebelum sampai tarikh temuduga itu, kamu kenalah banyak membaca info2 berkaitan dengan pendidikan, peranan cikgu, program2 yang dijalankan di sekolah, dan juga isu2 semasa di sekolah. Jangan pandang remeh semua tajuk ni, sebab anda bakal berhadapan dengan pensyarah yang akan menyoal soalan yang kita tidak boleh duga.
Pada hari temuduga tersebut, awal2 tu kamu kena prepare dengan sebaik mungkin ….jangan terlalu tidur lewat, takut nanti kamu akan rasa tidak bermaya ketika temuduga, jangan lupa juga sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti sijil, kad pengenalan kamu dan dokumen penting yang lain(rujuk surat tawaran)…..Kalau boleh sampai awal di tempat temuduga, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling di tempat temuduga……jangan sampai lewat, sebab anda mesti akan dapat markah lebih…markah lebih untuk kena reject.
Biasanya, temuduga akan dimulakan dengan pembahagian kumpulan….cuba jadi seoorang yang ramah dengan ahli-ahli kumpulan anda….sebab ini boleh membantu anda menghilangkan rasa malu ketika bercakap di depan mereka……Anda akan dikehendaki menyusun dokumen penting and mengikut urutan yang betul, jadi pastikan semuanya ada ok.
Kemudian, akan ada pensyarah yang akan datang mengutip fail kamu, dan seboleh-bolehnya senyum dengan pensyarah/petugas itu(cara nak ambil hati^^,)…..kamu akan menjalani satu ujian bertulis, terdapat lebih 200 soalan, tapi jangan risau…semuanya adalah soalan yang senang dan pengetahuan am mengenai sikap yang mulia.
Temuduga biasanya akan dimulakan dengan berkumpulan, maknanya kamu akan ditemuduga bersama-sama dengan ahli2 kumpulan kamu. Bab berkumpulan ni, kamu kena berani dan yakin…..Kamu akan diberi satu tajuk, dan pensyarah akan tanya siapa kah akan mulakan…..sebolehnya kamu volunteer la jadi yang pertama untuk mulakan debat yang boom boom meletopp tu k~~~ cuba berikan pendapat kamu yang tersendiri, jangan terlalu ikut pendapat ahli2 yang lain, ini akan membuatkan kamu jadi special sikit….jika kamu tiba2 kehabisan idea, cuba berpura-pura tanya pendapat ahli2 yang lain….jangan jadi kaku……bila idea kamu dah ada lagi, kamu terus menyampuk dengan cara yang baik, jangan kurang sopan k(penting)…..bercakap sebanyak yang mungkin, kerana itulah markah anda…..bercakap tu mesti penuh dengan keyakinan, jangan gugup….sebab jadi cikgu kena berani~~~ ^^
Selepas, temuduga berkumpulan, kamu akan disuruh keluar…..dan sesi temuduga perseorangan akan bermula…..kamu akan dipanggil seorang demi seorang….. baca doa dulu sebelum masuk ke bilik semula~~~~mohon petunjuk dari Tuhan, percayalah, Tuhan pasti akan bantu anda…..
Dalam sesi temuduga perseorangan, kamu akan disoal dalam dua bahasa utama, BM dan BI….bagi yang mengambil bahasa cina…mereka biasanya akan disoal dalam bahasa mandarin…….jadi bersedialah, pensyarah akan mengajukan pelbagai soalan tentang isu sekolah, peranan guru dan program di sekolah.. kamu juga akan ditanya tentang diri kamu….. semua itu kamu kenalah jawab dengan yakin dan senyuman mesti sentiasa terukir di bibir kamu k…. walaupun kamu salah atau tidak tahu sekalipun tentang apa yang ditanya…kamu kena juga jawa dengan yakin….sebab Kici pun menghadapi saat2 seperti ini, dimana pensyrah menyoal mengenai program kitar semula, tapi Kici fikirkan soalan tentang program keselamatan di sekolah …..tapi, syukur kici dapat juga markah penuh..tahu kenapa?? Sebab Kici jawab dalam jawapan yang logik……ingat jawab dalam logik…jangan tunjukkan muka tak tahu…..k… Kadang2 kamu juga akan disuruh berkawat..terpulang kepada pensyarah/petugas yang jadi penemuduga itu…kamu buatlah dengan baik2,walaupun tak tahu langkah, tapi cuba ingat langkah yang mungkin kamu pernah nampak….buat denagn yakin…~~

Kepada yang lemah dalam bahasa inggeris (speaking)….jangan risau, cuba ambil masa untuk susun ayat yang mudah untukmenjawab soalan BI yang diajukan…ingat jangan gugup…..cuba anggap penemuduga itu adalah keluarga anda……cuma perlu jawab dengan tenang jer k….

Selepas itu, habislah sesi temuduga kamu….

kamu sekarang cuma perlu tunggu keputusan temuduga kamu…..sentiasalah kamu memohon berkat dari Tuhan, sebab kadang2 permintaan kamu akan tercapai juga…. yang penting kalau kamu tak dapat, tak apa juga…jangan putus asa, boleh merayu lagi…ataupun minta lagi tahun depan….. Kici pernah dengar guru peltih yang meminta sehingga 5 kali untuk msuk kursus ni….jadi, usaha itu sangat penting k…

Kici harap post kali ni dapat bantu semua pelajar yang ingin jadi seorang cikgu..semoga berjaya..sekian.



~Blog daripada upsrpmrspmstpmtips


Tips Temuduga IPG
Buat lepasan SPM terutamanya, tertentunya adik-adik ada buat permohonan IPG bukan? Dan pada mereka yang telah membuat semakan temuduga IPG, dan didapati anda berjaya, tahniah diucapkan. Buat yang terbaik untuk interview nanti tau! Dah tentu juga anda memerlukan tips-tips untuk temuduga bukan? InsyaAllah, kat sini ada beberapa tips temuduga IPG Maktab KPLSPM yang mungkin dapat membantu adik-adik masa ditemuga nanti.


Sebelum tu, di sini juga disediakan link untuk Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/temuduga/login.cfm
Klik untuk pautan.




Okay, kita teruskan. sebelum dipilih masuk ke IPG mesti ada temuduga kan? So, aku ada la buad research sikit tips nak menghadapi sesi temuduga tu nanti. Ternyata susah la gak. Harap dapat membantu.




Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, segala isu-isu semasa terutama isu-isu pendidikan, barisan kabinet negara atau segala hal berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia. 


Berdasarkan pengalaman, kebiasaanya soalan yang ditanya semasa temuduga tersebut ialah isu semasa dan bagaimana kita jika sebagai guru mengatasi masalah tersebut dengan rasional dan berhemah tanpa melanggar etika seorang guru. selain itu juga, soalan yan di tanya juga berkisarkan barisan kabinet negara contoh seperti "siapakah Menteri Pelajaran pada 2007' dan soalan-soalan lain.


Pemakaian yang sopan, berketrampilan, kemas dan menampakkan ciri-ciri seorang guru.


Semasa menghadiri temuduga, perkara pertama yang menjadi pandangan mata penemuduga adalah cara kamu berpakaian. bagi perempuan pastikan berbaju kurung atau baju yang tidak terlalu menjolok mata, mesti berkasut hitam bertumit, memakai stokin dan bersolek sedikit. Solekan tidak perlu terlalu tebal hingga nampak macam hantu cina atau kuih tepung gomak. Kalau lelaki, rambut tak perlulah macam artis, anda perlu datang dengan rambut pendek dan kemas. Pakai tie dan baju kemeja plain. Kalau berjalur tak perlu la jalur macam tikar getah.



Keyakinan diri yang tinggi.


Setiap soalan yang diajukan oleh penemuduga, hendaklah kamu jawab dengan penuh keyakinan. Reaksi muka tanpa ragu-ragu, kamu tidak perlu tergagap atau menunjukkan yang kamu seolah-olah tidak tahu perkara itu. Jika kamu memang tidak boleh menjawab, cuba juga untuk menjawab tetapi pastikan reaksi muka kamu dalam keadaan yakin. Jika penemuduga bertanya kamu, "betul kah apa yang dinyatakan kamu sebentar tadi". Kamu perlu jawab "saya yakin dengan jawapan saya". Jika dia menidakkan atau membidas, anda perlu akur dan jawablah dengan berhemah.




Senyuman dan suara yang jelas dan lantang
Sepanjang temuduga berlangsung pastikan anda murah senyuman. Tetapi tidak perlulah senyum tidak bertempat hingga orang lain kata anda manusia tiga suku. Anda senyum apabila perlu. Selain itu, semasa menjawab sebarang pertanyaan atau sesi temuduga bersama penemuduga, suara anda perlulah jelas dan lantang. Tak perlu juga untuk anda terjerit-jerit hingga mengganggu rakan anda berdikusi. Cukuplah sekadar 1 bilik temuduga itu jelas tentang apa yang kamu perkatakan.




Jangan ego atau membidas pandangan orang lain dengan biadap.


Seperti anda ketahui, temuduga bagi bakal guru pelatih nanti akan berada dalam 2 sesi. sesi 1 adalah individu dimana ia bertanyakan kelebihan dan tahap kemampuan anda. Pencapaian anda di sekolah atau apa-apa sahaja yang menujukkan anda lebih dari orang lain. Anda perlu tegaskan perkara tersebut. Sesi 2 pula ialah perbincangan. Penemuduga akan memberi 1 isu dan minta anda dan rakan dalam kumpulan untuk bincangkannya. Semasa perbincangan, anda perlu menghormati pendapat rakan. Jika anda hendak mebidas pastikan kata-kata membidas itu berhemah. Contoh " maafkan saya, boleh saya mencelah" atau, "saya menyokong pendapat saudara. Tetapi bagi pendapat saya pula... ".. dan sebagainya.... lagi satu, anda tidak perlulah conquer kesemua perbincangan tersebut hingga rakan lain tidak berpeluang untuk bercakap.
(Untuk lebih jelas, sila scroll ke bawah)




Perlu tahu apa itu perbezaan bidang perguruan dengan profesion keguruan.


Kedua-dua perkara ini selalu dibahaskan oleh beberapa pihak terutama dalam temuduga. Penemuduga hendak melihat sejauh mana pengetahuan kita tentang profesion tersebut. dan saya sendiri juga kadang-kadang keliru. Jadi saya minta anda bertanya kepada golongan lebih arif tentang perkara ini. Saya juga risau apa yang saya nyatakan kelak menjadi tidak kungruen dengan penytaan anda.




TINGKAH LAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA




  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  • Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  • Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  • Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  • Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  • Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua PanelGunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  • Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.


SEBELUM KE SESI TEMUDUGA TERSEBUT PASTIKAN ANDA :


1.     Sebelum datang, check fail, susun sijil ikut keutamaan. Untuk helaian pertama letak surat tawaran temuduga, seterusnya disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lepas itu baru letak sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu diletakkan mengikut ketinggian misalnya peringkat kebangsaan dahulu, then peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah. Hal ini akan memudahkan penemuduga untuk menilai anda.


2.     Then, isi borang yang memerlukan kita buat karangan untuk menyatakan sebab kita minat dalam bidang profesion perguruan ini. Karang dan buat sehabis baik dan letak sebab-sebab yang relevan mengapa anda ingin menjadi guru kerana penemuduga membaca setiap patah yang anda tulis. Contoh; saya minat bidang perguruan ini kerana minat dari kecil lagi..


3.     Pakai pakaian yang kemas dan mesti ala-ala cikgu! Nak jadi cikgu kan? Kalau boleh pakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher (mesti match dengan warna baju), tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Perempuan pula, cukup dengan baju kurung, tudung senada dengan warna baju dan kasut bertutup. Gosok pakaian anda.
Perhatian : Pelajar yg memakai baju t-shirt confirm permohonan ditolak. (Sudah dijelaskan di atas)


4.     Minta restu ibu bapa dan keluarga sebelum temuduga agar memudahkan perjalanan temuduga anda nanti.


SETERUSNYA ANDA HARUS BERSEDIA UNTUK :


5.     Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian. Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.


6.      Ujian INSAK.


Anda perlu menjawab 135 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan profesion perguruan ini. Mudah saja soalan Ujian INSAK ini. Tak perlu risau sangat. Jawab dengan santai saja. Lebih kurang macam soalan ujian personaliti. So, cari jawapan yang baik-baik saja. Jangan fikir lama sangat nanti tak sempat jawab semua soalan.


7.     Sesi Individu. 


Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang keguruan ini. Penemuduga juga akan tanya aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Relax dan jawab dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu walaupun anda berdebar sebenarnya. Jangan gugup, kalau terlampau nervous. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dan start again!


Bagi yang mengambil minor Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam bahasa Inggeris dan perlu menjawab dalam Bahasa Inggeris. Kalau yang terpilih dalam SJK(C), mesti ada yang terselit-selit bahasa Mandarin sikit. Same goes to SJK(T), so.... make a complete preparation. Pastikan senyuman sentiasa terukir di bibirdan JANGAN SESEKALI BUAT MUKA BLURR OR TIDAK TAHU. Kadang-kadang kita akan di suruh berkawat, bernyanyi, menari juga tau. So berlatih dari sekarang.


8.     Sesi berkumpulan. 


Seramai 6 orang (maksimum) akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi tajuk. (beri perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan global) Jadi, banyakkan baca surat khabar! Anda akan diberi masa selama 1 minit untuk bersedia. Seterusnya anda perlu mengutarakan point/hujah anda. Tak kisah point anda itu baik atau tidak. Just cakap dengan berkeyakinan saja. Penemuramah hanya melihat cara anda berkomunikasi. Tidak ada markah isi. Yakin, yakin, dan yakin serta cakap banyak-banyak ok! Yang penting be as friendly as you could! Pastikan anda paling menyerlah dalam kumpulan tersebut! InsyaAllah, pasti anda berjaya!




Berikut adalah beberapa soalan popular ketika temuduga IPG.
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2.  Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?
13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?




Penemuduga selalu juga tanya mengenai :


  • SEKOLAH WAWASAN.
  • SEKOLAH PENYAYANG.
  • PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
  • JUMLAH IPG DI MALAYSIA. (Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.)
    Click here untuk senarai IPG di Malaysia.
  • PERANAN SEORANG GURU
  • PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
  • ISU-ISU SEMASA SEKOLAH

#just copy~~


~Thank for reading ;-)

Khamis, 2 Mei 2013

Melalak...when i feel good.. feel happy ;-)




#entah kenapa hari nie mia nak nyanyi jer keje die..haha..happy semacam jer.. nak tulis blog malas padahal ada jer cerita best nak share..hee..aku memang pelik..hehe..tak kira dah suara sumbang ker penyek ker asal kan dapat melalak..kehkehkeh..Peace! :p

~Thank for listening :-)

Isnin, 22 April 2013

scary...~~~

Dua hari lepas mia ada layan satu video dalam youtube nie...  Die cerita bertulisan.. die cakap pasal orang yang sangat mencintai die tapi die tak menghargainya n then orang tu pun meninggal.. Lepas tu baru die menyesal n blablabla.. best sangat cerita die. mia tengok asyik n touching la..huhuhuu.. tapi tu bukan jadi masalahnyer.. yang masalah nyer ..sebelum die cerita die tunjuk gambar leleaki tu dulu. Nak jadikan cerita, keesokan harinyer.. mia bukak la facebook mia yang lagi satu tu, "Damia Shuhaimi Miewildfbku".. mia jarang bukak fb tu sebab miatak aktif sangat fb tu, banyak yang mia tak kenal. mia selalu online fb "Damia Shuhaimi" jer.. mia pun check la apa yang patut. Accept kawan-kawan fb mia yang add mia..

 Lepas tu, mia nampak gambar sorang lelaki nie yang add mia. macam pernah nampak jer.. mia pun bukak la picture die.. Hah!! ya allah!?? nie bukan muka budak lelaki yang mia tengok video youtube tu ker??!! aik?? betul ker nie?? bila die add mia nie? takut-takut die memang dah lama add mia ker. mia pun bukak wall die nak cari kepastian. die baru jer post kt wall die. tu bermakna die masih hidup lagi! bulu roma mia tiba-tiba meremang.. mia teringat kata-kata dekat video tu yang mengatakan lelai tu dah meninggal dunia sebab penyakit kanser.. time tu dah la tengah malam.. mia apalagi.. terus offline! terkejut giler kott.. sebab muka sama! sebijikkk! debar mia.. Lepas tu mia positif kan diri.. mungkin tu pelanduk dua serupa kott.. muka sama tapi orang lain..hhuhuhuuu.. sah-sah la kan? tak kan orang mati boleh hidup balik siap main fb lagi kan..wuwuwu.. pape pun, al-fatihah untuk lelaki tu.. semoga tenang di sana..

Nie video die...

 




~thank for reading ;-)

Khamis, 18 April 2013

Short story COUPLE memang best!

Korang pernah layan tak cerita nie??! Tajuk die couple, heliza helmi belakon.. Best sangat! Mia suka cerita nie bukan apa,cerita nie banyak pengajaran die bagi.. Walaupun kadang-kadang lakonan diorang kurang sikit tapi comel jer.. sweet jerrr.. n yang penting kelakar jugak.hehee.. Mia terjumpa cerita nie bila mia duduk layan youtube pasal heliza helmi nie.. mia minat sangat dekat die n then mia terjumpa la.. Layan jelah episod 1 dulu. Nie pun kes heliza ada.. Lepas tu,.. fulamakk!! semalaman mia tak tidur duduk layan benda nieh..hahahaa!! Yang penting.. kak heliza hilmi sangatx999 comeyyy!! geram tengok mata die.. perghh!! menggoda kott..:p nak sangat jumpa die..hehee..

So, selamat menonton~~ Short story nie Couple nie ada episod 1 hingga 10.. Tapi mia bagi sampai episod 3 jer sebab mia cari dekat dalam nie tak jumpa.tak tau kenapa.. tapi dalam youtube ada jer.. btw, korang boleh cari dalam youtube taip "couple heliza episod" komfem keluar.. n cerita nie ada sambungan die..tak habis lagi.. die akan sambung kalau ramai view n permintaan.. tapi mia harap sangat yang diorang akan buat sambungan cerita nie. nak tau sangat pengakhiran die macam mana..mesti best n sweet kan..hehe.. :-)

* Hidup remaja or orang yang belum kahwin memang sangat mencabar. "Couple" nie susah nak lari daripada remaja... so, kepada remaja or orang single nie, u should watch this video.. ambil moral value of story tu..  ~nasihat untuk sesama islam n diri sendiri <3 *






~thank for reading ;-)






Spaghetti... Siapppp!!

Entah kenapa hari nie mia rajin pulak nak update blog. happy kot..hehehee..happy sebab apa tahu.. haiyaa.. Happy boleh lepak dekat tempat comey kot.. n dapat masak spaghetti..hakhak! Hari nie.. Pagi tadi, nak bangun sembahyang subuh memang agak liat la sikit sebab semalam tidur lewat.. Lepas sembahyang tu,nampak mak mia pergi dapur.mia faham dah.. Nie mesti lapar nie.. Tak lama kemudian,bunyi dah suara mak mia.. "lapar perut..mak lapar la.. mak dah keluar ayam tu.masak bihun singapura tau". Mia angguk jelah..agak dah.. sebab lepas keluar hospital,mak mia memang pagi-pagi dah lapar dah. Tak kisah la sebab time duduk hospital hari tu memang kitorang dah biasa makan makanan berat pagi-pagi lagi. Mungkin dah terbiasa selama sebulan lebih so dekat rumah pun terbawak-bawak.tapi mia stady jer.makan nugget pagi-pagi pun dah kenyang.hehee.. Mia yang mengantuk nie rasa macam best sangat tengok katil.. Baring kejap la. Baru jer nak baring,bunyi mesej lak..Bukak>> "mak nak kena makan ubat, masak bihun sekarang la.." Mia pun mengeliat sesungguh hati nak bagi hilang mengantuk nie. Pergi la dapur.. Tongtang-tongtang dekat dapur, siap la bihun putih nie.Hidang n bawak ke bilik mak mia..Wahh.. macam hotel lak kan..kekeke..Mak mia memang suka bihun singapura. Nasib baik senang buat. n nasib baik jugak la mak mintak mia masak benda yang mudah, kalau mintak yang macam-macam, tarik selimut la jawab nyer..hahaa.. Tapi kecewa jugak la sebab mia masak lewat sikit so ayah n adik mia tak sempat nak makan bihun mia. Tapi diorang breakfast nugget dah..ok lah tu..heee...

 Lepas makan,tengok tv.. Layan jer cerita apa pun.. Niat nak kemas rumah lepas tu, Last-last dah perut kenyang,mengantuk giler rasa. Dalam pukul 9 lebih, mia pun tertidur.. Bangun-bangun tengok-tengok pukul 1 dah. Ya allah!! tak sedar kott! Tidur mati. Tak masak tengah hari lagi nie.ayah mia dah balik nie. haiy0o0o.. mungkin disebabkan mia tidur lewat semalam kes duduk berangan masa depan la konon kannn tu yang terbabas. Aishh! mandi cepat-cepat kononnyer nak masak la.. Luckily,ayah mia dah beli nasi bungkus dah n die get ready nak pergi kerja balik.. # senyum :-) tak payah masak..hehehee..  Petang tu, mia pergi lepak dengan kawan-kawan nie.. Kawan mia yang cute sangat nie ajak mia pergi satu tempat. Perggghhhh!! comey giler tempat nie.. Seri0usly!! tak tipu.. Kalau nak ambik gambar pengantin dekat situ pun okeyyy sangat! Tempat tu dekat pantai air tawar.. Kawan mia cakap, orang panggil tempat tu "tembak batu jer".. Orang selalu pergi pancing dekat situn tengok sunset.. Mia first time sampai situ n tahu kewujudan tempat yang gojes tu. Tenang jer pergi situ, berangin jer..Boleh hirup udara segar, air patai tenang jer.. Selain tu, boleh tengok orang memancing,tengok bot-bot dan yang penting boleh tengok keindahan ciptaan Allah nie.. hoh0h0o.. Kitorang apa lagi, berfotogedik la bila sampai dekat hujung tembok batu tu..kehkehkeh.. sengeh sana,sengeh sini Pastu gelak macam orang tak betul.hehe..Best jer dapat lepak macam tu. Tapi kitorang gi lewat dah time tu so sekejap jelah boleh lepak. Lepas tu balik..huhuu..

Sampai jer rumah..Terus pergi ker dapur. Siap-siapkan bahan untuk masak spaghetti. Haaa....Nie yang sebenarnyer yang mia nak cerita. Banyak sangat bebel sampai lari tajuk. hahahaa! Mia teruja sangat nak buat spaghetti sebab spaghetti nie diantara makanan favaurite mia. Masakan lain biasa jer.. yes!! sunggoh! mia memang minat sangat makan spaghetti lagi-lagi kalau mak mia buat. Memang terbaik lah! Walaupun makan spaghetti nie cepat muak n kenyang.. mia tambah jer..hihii.. Nie yang first time mia try buat. Memang daripada dulu lagi mia nak try buat tapi nie haaa.. mak mia nie selalu suruh mia tanggungkan dulu.suruh masak benda lain. Mentang-mentanglah die tak berapa minat makan spaghetti.huhuu.. Sebelum mia masak, mia kena tanyer dekat "internet bergerak" mia dulu bahan-bahan die iaitu mak mia lah! Die memang gred A+ la kalau bab-bab masak nie.. Tak sampai seminit mia tanyer die, chef mia terus mula kan aksi mia di dapur. Chef mia la sangattt...*tangan dibahu mata di atas..hahaa.. Mula nyer, macam biasalah..mak mia suruh masak benda lain. mia pun berdegil lah sebab time tu perut mia rasa nak makan spaghetti kan. n Kalau ikut cakap mia, sampai ke tua lah mia tak dapar try masak spaghetti nie..hikhik.. Masak nie sekejap jer tapi yang jadi lambat nyer bila nak sediakan bahan-bahan die.. n masak nie mudah tapi yang jadi susah bila lepas masak tu.. nak kemas dapur tu yang jadi malas sikit.heee...
so....
Jom kita try resipi spaghetti nie.. mudah jer..!

Spaghetti Mamamia

 

- Bawang merah

- Bawang putih

- Bawang besar

- Daging lembu kisar

- Kentang

- Tomato

- Tomato puri

- Sos cili

- Lada hitam

- Garam 

- Gula

 -Air

 

Cara-caranya:

First,macam biasalah.. panaskan kuali n minyak.. (minyak bubuh sikit jer) Then,tumiskan bawang merah,bawang putih n bawang besar.. Bila dah naik bau,kekuning-kuningan da. Kita masukkan Daging lembu kisar.. Kacau-kacau. Bila daging tu dah ok baru masukkan tomato puri,sos cili,air sikit,lada hitam,tomato,kentan,garam n gula secukup rasa.. Kacau-kacau sehingga sebati,sampai kentang tu dah lembut n jangan lupa RASA okey.. Bila rasa tu dah sedap n sebati, baru la tutup api..Bahan-bahan di atas mia tak bagitau banyak mana sebab kita nak masak ikut berapa orang nak makan. so, pandai-pandai la kita addjust. Tak nak la skima sangatkan..huhuu.. Bahan-bahan tu biar la balance ek.. Buat biar pekat. baru best..hehee... Selamat mencuba!

# Peringatan!! 

~ Minyak untuk tumis kena bubuh sikit jer kalau tak spaghetti anda akan berminyak so jadi tak best.huhu.. n lada hitam kena lada hitam yang biji-biji tu bukan yang macam serbuk ajinamoto tu.. Kita tumbuk sendiri lada hitam tu jangan bubuh dengan biji-biji tu sekali.. Kalau lada hitam yang kita tumbuk lagi best n iroma die lain dengan lada hitam serbuk.. ;-)

* Cuba lah...(^_^)

# Semua dah try buat.. tinggal kari,gulai kawah,kerutuk,asam pedas n bihun kuning yang belum try buat lagi.. hehee.. Yang paling nak try buat sangat ialah asam pedas n kerutuk sebab die nampak macam complicated sikit.. tak apa.. ada masa lagi.. Tak lama lagi aku boleh kahwin dahhh..hahahahaaa!!! boleh jadi isteri orang dah la..hehehehee.. # gatai bulu ketiak mak :p


           Gambar nie jer ada.. yang lain ada kat handphone kawan..hehe.. cantik kan tempat die??



~thank for reading