Dalam Diari Dunia Damia (4D)

Kadang-kadang kita lupa siapa kita, kita lebih kenal orang lain daripada kita kenal diri sendiri ..Kadang-kadang kita sibuk mencari identiti dan personaliti kita sendiri tetapi kita tidak pernah menyelami jiwa kita sendiri dengan menyoalkan diri sendiri.. Kadang-kadang kita sering mengejar apa yang kita inginkan tetapi sayangnya,kita tidak nampak apa yang ada di depan mata... Kita mampu melihat,mendengar,menyentuh tetapi kita tidak mampu untuk merasai apa yang tersembunyi disebalik senyuman...~~

Khamis, 2 Mei 2013

Melalak...when i feel good.. feel happy ;-)




#entah kenapa hari nie mia nak nyanyi jer keje die..haha..happy semacam jer.. nak tulis blog malas padahal ada jer cerita best nak share..hee..aku memang pelik..hehe..tak kira dah suara sumbang ker penyek ker asal kan dapat melalak..kehkehkeh..Peace! :p

~Thank for listening :-)

Isnin, 22 April 2013

scary...~~~

Dua hari lepas mia ada layan satu video dalam youtube nie...  Die cerita bertulisan.. die cakap pasal orang yang sangat mencintai die tapi die tak menghargainya n then orang tu pun meninggal.. Lepas tu baru die menyesal n blablabla.. best sangat cerita die. mia tengok asyik n touching la..huhuhuu.. tapi tu bukan jadi masalahnyer.. yang masalah nyer ..sebelum die cerita die tunjuk gambar leleaki tu dulu. Nak jadikan cerita, keesokan harinyer.. mia bukak la facebook mia yang lagi satu tu, "Damia Shuhaimi Miewildfbku".. mia jarang bukak fb tu sebab miatak aktif sangat fb tu, banyak yang mia tak kenal. mia selalu online fb "Damia Shuhaimi" jer.. mia pun check la apa yang patut. Accept kawan-kawan fb mia yang add mia..

 Lepas tu, mia nampak gambar sorang lelaki nie yang add mia. macam pernah nampak jer.. mia pun bukak la picture die.. Hah!! ya allah!?? nie bukan muka budak lelaki yang mia tengok video youtube tu ker??!! aik?? betul ker nie?? bila die add mia nie? takut-takut die memang dah lama add mia ker. mia pun bukak wall die nak cari kepastian. die baru jer post kt wall die. tu bermakna die masih hidup lagi! bulu roma mia tiba-tiba meremang.. mia teringat kata-kata dekat video tu yang mengatakan lelai tu dah meninggal dunia sebab penyakit kanser.. time tu dah la tengah malam.. mia apalagi.. terus offline! terkejut giler kott.. sebab muka sama! sebijikkk! debar mia.. Lepas tu mia positif kan diri.. mungkin tu pelanduk dua serupa kott.. muka sama tapi orang lain..hhuhuhuuu.. sah-sah la kan? tak kan orang mati boleh hidup balik siap main fb lagi kan..wuwuwu.. pape pun, al-fatihah untuk lelaki tu.. semoga tenang di sana..

Nie video die...

 




~thank for reading ;-)

Khamis, 18 April 2013

Short story COUPLE memang best!

Korang pernah layan tak cerita nie??! Tajuk die couple, heliza helmi belakon.. Best sangat! Mia suka cerita nie bukan apa,cerita nie banyak pengajaran die bagi.. Walaupun kadang-kadang lakonan diorang kurang sikit tapi comel jer.. sweet jerrr.. n yang penting kelakar jugak.hehee.. Mia terjumpa cerita nie bila mia duduk layan youtube pasal heliza helmi nie.. mia minat sangat dekat die n then mia terjumpa la.. Layan jelah episod 1 dulu. Nie pun kes heliza ada.. Lepas tu,.. fulamakk!! semalaman mia tak tidur duduk layan benda nieh..hahahaa!! Yang penting.. kak heliza hilmi sangatx999 comeyyy!! geram tengok mata die.. perghh!! menggoda kott..:p nak sangat jumpa die..hehee..

So, selamat menonton~~ Short story nie Couple nie ada episod 1 hingga 10.. Tapi mia bagi sampai episod 3 jer sebab mia cari dekat dalam nie tak jumpa.tak tau kenapa.. tapi dalam youtube ada jer.. btw, korang boleh cari dalam youtube taip "couple heliza episod" komfem keluar.. n cerita nie ada sambungan die..tak habis lagi.. die akan sambung kalau ramai view n permintaan.. tapi mia harap sangat yang diorang akan buat sambungan cerita nie. nak tau sangat pengakhiran die macam mana..mesti best n sweet kan..hehe.. :-)

* Hidup remaja or orang yang belum kahwin memang sangat mencabar. "Couple" nie susah nak lari daripada remaja... so, kepada remaja or orang single nie, u should watch this video.. ambil moral value of story tu..  ~nasihat untuk sesama islam n diri sendiri <3 *






~thank for reading ;-)






Spaghetti... Siapppp!!

Entah kenapa hari nie mia rajin pulak nak update blog. happy kot..hehehee..happy sebab apa tahu.. haiyaa.. Happy boleh lepak dekat tempat comey kot.. n dapat masak spaghetti..hakhak! Hari nie.. Pagi tadi, nak bangun sembahyang subuh memang agak liat la sikit sebab semalam tidur lewat.. Lepas sembahyang tu,nampak mak mia pergi dapur.mia faham dah.. Nie mesti lapar nie.. Tak lama kemudian,bunyi dah suara mak mia.. "lapar perut..mak lapar la.. mak dah keluar ayam tu.masak bihun singapura tau". Mia angguk jelah..agak dah.. sebab lepas keluar hospital,mak mia memang pagi-pagi dah lapar dah. Tak kisah la sebab time duduk hospital hari tu memang kitorang dah biasa makan makanan berat pagi-pagi lagi. Mungkin dah terbiasa selama sebulan lebih so dekat rumah pun terbawak-bawak.tapi mia stady jer.makan nugget pagi-pagi pun dah kenyang.hehee.. Mia yang mengantuk nie rasa macam best sangat tengok katil.. Baring kejap la. Baru jer nak baring,bunyi mesej lak..Bukak>> "mak nak kena makan ubat, masak bihun sekarang la.." Mia pun mengeliat sesungguh hati nak bagi hilang mengantuk nie. Pergi la dapur.. Tongtang-tongtang dekat dapur, siap la bihun putih nie.Hidang n bawak ke bilik mak mia..Wahh.. macam hotel lak kan..kekeke..Mak mia memang suka bihun singapura. Nasib baik senang buat. n nasib baik jugak la mak mintak mia masak benda yang mudah, kalau mintak yang macam-macam, tarik selimut la jawab nyer..hahaa.. Tapi kecewa jugak la sebab mia masak lewat sikit so ayah n adik mia tak sempat nak makan bihun mia. Tapi diorang breakfast nugget dah..ok lah tu..heee...

 Lepas makan,tengok tv.. Layan jer cerita apa pun.. Niat nak kemas rumah lepas tu, Last-last dah perut kenyang,mengantuk giler rasa. Dalam pukul 9 lebih, mia pun tertidur.. Bangun-bangun tengok-tengok pukul 1 dah. Ya allah!! tak sedar kott! Tidur mati. Tak masak tengah hari lagi nie.ayah mia dah balik nie. haiy0o0o.. mungkin disebabkan mia tidur lewat semalam kes duduk berangan masa depan la konon kannn tu yang terbabas. Aishh! mandi cepat-cepat kononnyer nak masak la.. Luckily,ayah mia dah beli nasi bungkus dah n die get ready nak pergi kerja balik.. # senyum :-) tak payah masak..hehehee..  Petang tu, mia pergi lepak dengan kawan-kawan nie.. Kawan mia yang cute sangat nie ajak mia pergi satu tempat. Perggghhhh!! comey giler tempat nie.. Seri0usly!! tak tipu.. Kalau nak ambik gambar pengantin dekat situ pun okeyyy sangat! Tempat tu dekat pantai air tawar.. Kawan mia cakap, orang panggil tempat tu "tembak batu jer".. Orang selalu pergi pancing dekat situn tengok sunset.. Mia first time sampai situ n tahu kewujudan tempat yang gojes tu. Tenang jer pergi situ, berangin jer..Boleh hirup udara segar, air patai tenang jer.. Selain tu, boleh tengok orang memancing,tengok bot-bot dan yang penting boleh tengok keindahan ciptaan Allah nie.. hoh0h0o.. Kitorang apa lagi, berfotogedik la bila sampai dekat hujung tembok batu tu..kehkehkeh.. sengeh sana,sengeh sini Pastu gelak macam orang tak betul.hehe..Best jer dapat lepak macam tu. Tapi kitorang gi lewat dah time tu so sekejap jelah boleh lepak. Lepas tu balik..huhuu..

Sampai jer rumah..Terus pergi ker dapur. Siap-siapkan bahan untuk masak spaghetti. Haaa....Nie yang sebenarnyer yang mia nak cerita. Banyak sangat bebel sampai lari tajuk. hahahaa! Mia teruja sangat nak buat spaghetti sebab spaghetti nie diantara makanan favaurite mia. Masakan lain biasa jer.. yes!! sunggoh! mia memang minat sangat makan spaghetti lagi-lagi kalau mak mia buat. Memang terbaik lah! Walaupun makan spaghetti nie cepat muak n kenyang.. mia tambah jer..hihii.. Nie yang first time mia try buat. Memang daripada dulu lagi mia nak try buat tapi nie haaa.. mak mia nie selalu suruh mia tanggungkan dulu.suruh masak benda lain. Mentang-mentanglah die tak berapa minat makan spaghetti.huhuu.. Sebelum mia masak, mia kena tanyer dekat "internet bergerak" mia dulu bahan-bahan die iaitu mak mia lah! Die memang gred A+ la kalau bab-bab masak nie.. Tak sampai seminit mia tanyer die, chef mia terus mula kan aksi mia di dapur. Chef mia la sangattt...*tangan dibahu mata di atas..hahaa.. Mula nyer, macam biasalah..mak mia suruh masak benda lain. mia pun berdegil lah sebab time tu perut mia rasa nak makan spaghetti kan. n Kalau ikut cakap mia, sampai ke tua lah mia tak dapar try masak spaghetti nie..hikhik.. Masak nie sekejap jer tapi yang jadi lambat nyer bila nak sediakan bahan-bahan die.. n masak nie mudah tapi yang jadi susah bila lepas masak tu.. nak kemas dapur tu yang jadi malas sikit.heee...
so....
Jom kita try resipi spaghetti nie.. mudah jer..!

Spaghetti Mamamia

 

- Bawang merah

- Bawang putih

- Bawang besar

- Daging lembu kisar

- Kentang

- Tomato

- Tomato puri

- Sos cili

- Lada hitam

- Garam 

- Gula

 -Air

 

Cara-caranya:

First,macam biasalah.. panaskan kuali n minyak.. (minyak bubuh sikit jer) Then,tumiskan bawang merah,bawang putih n bawang besar.. Bila dah naik bau,kekuning-kuningan da. Kita masukkan Daging lembu kisar.. Kacau-kacau. Bila daging tu dah ok baru masukkan tomato puri,sos cili,air sikit,lada hitam,tomato,kentan,garam n gula secukup rasa.. Kacau-kacau sehingga sebati,sampai kentang tu dah lembut n jangan lupa RASA okey.. Bila rasa tu dah sedap n sebati, baru la tutup api..Bahan-bahan di atas mia tak bagitau banyak mana sebab kita nak masak ikut berapa orang nak makan. so, pandai-pandai la kita addjust. Tak nak la skima sangatkan..huhuu.. Bahan-bahan tu biar la balance ek.. Buat biar pekat. baru best..hehee... Selamat mencuba!

# Peringatan!! 

~ Minyak untuk tumis kena bubuh sikit jer kalau tak spaghetti anda akan berminyak so jadi tak best.huhu.. n lada hitam kena lada hitam yang biji-biji tu bukan yang macam serbuk ajinamoto tu.. Kita tumbuk sendiri lada hitam tu jangan bubuh dengan biji-biji tu sekali.. Kalau lada hitam yang kita tumbuk lagi best n iroma die lain dengan lada hitam serbuk.. ;-)

* Cuba lah...(^_^)

# Semua dah try buat.. tinggal kari,gulai kawah,kerutuk,asam pedas n bihun kuning yang belum try buat lagi.. hehee.. Yang paling nak try buat sangat ialah asam pedas n kerutuk sebab die nampak macam complicated sikit.. tak apa.. ada masa lagi.. Tak lama lagi aku boleh kahwin dahhh..hahahahaaa!!! boleh jadi isteri orang dah la..hehehehee.. # gatai bulu ketiak mak :p


           Gambar nie jer ada.. yang lain ada kat handphone kawan..hehe.. cantik kan tempat die??



~thank for reading

Khamis, 28 Februari 2013

Bahaya Buka Lampu Masa Tidur

  Satu lagi info yang mia nak share sebab mia rasa benda nie ramai yang buat.. Dan tidak dinafikan, mia pun rajin tidur tak tutup lampu.. dah macam jadi tabiat dah..ado0oiii...huhuu.. so,guys lagi-lagi girls dekat luar tu kena lah baca dan sila takut.. termasuk mia..hahaa..

Bahaya Buka Lampu Masa Tidur


Baru aku tahu rupanya tidur dengan lampu terbuka bahaya jugak. Patutlah bila bangun badan rasa lemah semacam je. Tak tahulah betul ke tak fakta ne sebab ne pun berdasarkan apa yang aku baca kat internet. Lagi pun kalau tidur tutup lampu jimat elektrik tu. Tapi kalau tidur siang tak payah la buka lampu..waktu siang mana ada hantu..hahah



Sebenarnya, bagi korang yang selalu tidur dengan lampu menyala ne ada bahayanya sebab boleh berisiko menghidap penyakit leukemia. Mengikut kajian yang dibuat, penyelidik menyatakan bahawa tubuh kita perlukan suasana gelap dalam menghasilkan proses kimia yang melawan kanser iaitu menghentikan produksi zat melatonin.Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russel Reiter dari Texas University mengatakan “sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah mereka yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun di diagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal. 
Satu persidangan berkaitan tentang penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam berbanding dengan yang tidak pernah memasang lampu waktu tidur.

Hal ini dikatakan memberi tekanan kepada produksi melatonin di dalam badan dimana normalnya berlaku antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian sebelum ini telah menunjukkan bahawa golongan yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift malam yang memiliki risiko untuk terkena kanser payudara (pekerja wanita).

Orang buta tak ada masalah terhadap proses melatonin dalam diri mereka dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Bagi ibu bapa, mereka disarankan untuk menggunakan mentol lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

#sumber copy and paste daripada internet..

~thank for reading...

Akibat tidak mencuci bra & baju yang baru dibeli

Hye guyss....!
Nie mia nak share something daripada sumber internet..
Korang tengok mesti terkejut! Geli! n scary! Semalam mia ada main internet.. tengok-tengok gambar artis la konon tiba-tiba mia tertengok ada satu gambar pelik nie.. mia pun try r tekan..pastu keluar benda nie.. Ya allah..!! meremang bulu roma mia bila tau benda nie apa.. Siap boleh buat sarang lagi!! eeeeiii!! Giler! sangat bahaya.. Semua kaum perempuan wajib tau nie..Penyakit nie kalau dah kena, merana seumur hidup.. Parasit tu dah la membiak dekat tempat sensitif..bayang kan la sakit tu macam mana.. yang tak tahan nyer, video yang die tunjuk tu.. Oh tidakkk!! boleh parasit tu main "ta nusuk" dalam benda tu.. rrrr.....xsanggup nak tengok.. tapi sungguh mia cakap.. Kalau mia teringat gambar dekat bawah tu, gerenti bulu roma mia meremang.. makna taknyer, parasit, ulat buat sarang dekat badan kita! mia dah la geli giler dengan benda-benda lembik nie..Termasuk ulat..eee yekk!!
Mia niat nak share dekat fb tp malu la pulakkan.. dekat sini pun cukup la.. Selamat menonton dan berGELI ok..hehe..
#sumber copy and paste daripada internet..


Akibat Tidak Mencuci Bra & Baju Yang Baru Dibeli


Tolong sebarkan ke semua kenalan & e-mail rakan2 anda, khususnya wanita.
CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai. ramai orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukannya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada di dalam pakaian ketika kita membelinya.
Ya Allah. Menjijikkan.Kirimkan ke semua wanita!!!CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!!Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!
Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh dipayudara sebelah kirinya, tiada siapa yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.
Setelah ia kembali, ia menemui doktor kerana sudah mulai rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang di derita nya,doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus.
Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, dia mulai mencari doktor2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosis infection apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi.
Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.
Susan terkejut,setelah ia membuka, mereka lihat Larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat >larva< ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang dia bayangkan.
Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan cannal susu payudaranya TOLONG SEBARKAN PADA KAUM WANITA!!! subhanallah…….
SUMBER : INFORMASI.MY
 <iframe src="http://player.vimeo.com/video/30075211?title=0&amp;byline=0&amp;portrait=0" width="400" height="300" frameborder="0" webkitAllowFullScreen mozallowfullscreen allowFullScreen></iframe>

#hahaa. sori, mia tak tau nak copy or uploud video tu macam mana..cari lah sendiri lau nak tengok..link dekat atas..

~thank for reading...

Sabtu, 23 Februari 2013

hurt...~~

HuRt.............


  • Bila orang kianati kita sesuka hati
  • Bila orang jatuhkan maruah kita
  • Bila orang gelak dan happy bila tengok kita jatuh dan susah
  • Bila kawan baik tikam kita daripada belakang
  • Bila orang menuduh dan memfitnah perkara yang kita tidak buat
  • Bila orang mengumpat,mencaci dan menghina kita
  • Bila orang tak hormat kita,kurang ajar
  • Bila kawan baik menjatuhkan kita secara halus
  • Bila kawan baik kita tidak memahami kita
  • Bila kawan baik or kawan rapat tidak "care" dekat kita
  • Bila kita menangis, sakit sorang-sorang tanpa ada orang yang peduli
  • Bila senang kawan kita keliling pinggang tapi bila susah semua menghilang
  • Bila orang menghasut orang lain untuk membenci or pulau kita
  • Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita
  • Bila kawan baik sanggup buang kita disebabkan bf/gf die
  • Bila orang judge kita macam-macam padahal die tak kenal pun kita
  • Bila orang selalu dengar kita pasal gossip yan bukan-bukan
  • Bila orang mempercayai perkara yang dusta tentang kita
  • Bila orang tidak percayakan kita dan kebolehan kita
  • Bila diri diabaikan dan disishkan
  • Bila parents tidak mengendahkan dan menghargai kita
  • Bila orang tidak hargai pengorbanan dan  pertolongan kita
  • Bila orang tak suka kita
  • Bila orang mempertikaikan kita disebabkan benda yang remeh dan tak masuk akal
  • Bila orang hipokrit dengan kita lagi-lagi kawan rapat kita
  • Bila orang salah anggap dengan kita
  • Bila tahu kebenaran yang menyakitkan
  • Bila kita terpaksa tipu orang dan diri sendiri untuk kebaikan
  • Bila orang buat "taik" dengan kita padahal kita habis baik dengan die
  • Bila janji dicapatikan
  • Bila orang tak jujur dan ikhlas dengan kita
  • Bila banyak sangat "hurt" sampai tak tersenarai
  • Dan....

  • LAGI "HURT" BILA KITA TIDAK GEMBIRA DENGAN HIDUP KITA DAN ADA KEKOSONGAN DALAM HATI