Dalam Diari Dunia Damia (4D)

Kadang-kadang kita lupa siapa kita, kita lebih kenal orang lain daripada kita kenal diri sendiri ..Kadang-kadang kita sibuk mencari identiti dan personaliti kita sendiri tetapi kita tidak pernah menyelami jiwa kita sendiri dengan menyoalkan diri sendiri.. Kadang-kadang kita sering mengejar apa yang kita inginkan tetapi sayangnya,kita tidak nampak apa yang ada di depan mata... Kita mampu melihat,mendengar,menyentuh tetapi kita tidak mampu untuk merasai apa yang tersembunyi disebalik senyuman...~~

Sabtu, 13 Jun 2015

20 tahun


Welcome to my blog, miewildblog.blogspot.com ;-)


   Salam. Hi, Damia Shuhaimi in the houseee :-D Nie merupakan entry kedua tahun nie. Awal sem and after habis sem. Wah, bunyi macam busy kan? hehe.. Busy jugak la plus memang suka membizikan diri ;-) Sapa umur 20 tahun angkat tangan?? Sayaaaa..... *aku tanya aku jawab* nice sangat.hiks.. 
Bila mia baca entry blog mia yang lepas lagi-lagi time mula-mula mia buat blog nie, serious macam budak-budak.huhuu.. Biasalah, manusia akan mengalami proses dan peringkat kematangan. Bila dah masuk alam 20-an kononnya, rasa lain. Rasa lain tu lain macam sikit tau tahu nak cakap macam mana. Contohnya gaya pemikiran kau, perbuatan kau, cara kau dan yang paling penting, kau lebih memahami kehidupan dan diri kau sendiri. Apa yang kau nak dalam hidup, apa yang kau kejar. Macam mana pandangan kau pada sesuatu benda tu dan macam mana penerimaan kau. Sume tu ada perbezaan sedikit daripada sebelumnya.. Lagi satu cara kau menggunakan laman sosial.. Yang paling mia perasan sikap keterbukaan family lebih lagi parents or mak mia. Lebih sporting dalam pelbagai sudut terutama pasal jodoh.haha.. ini tidak boleh blah. Sekarang mia selamba jer cakap pasal jodoh dengan mak mia walaupun umur mia baru 20 tahun. Kekadang mak mia lagi over cakap pasal jodoh daripada mia. Siap bagi pandangan nasihat bagai.huhu.. tapi yang sedihnya just gosip jelah. Tak ada yang melekat lagi..sob sob..

Kalau nak citer pasal jodoh, memang panjang. Entah la, susah sebab nie melibatkan perasaan, keserasian dan family. Kadang-kadang mia stress bila orang bukak topik jodoh takpun boyfriend bagai nie. Macam-macam kawan mia persoal, tanya n cakap kat mia. Mia buat pekak jer.. Bukan apa, soal nie complicated bagi mia, bukan main-main. Sebab mia pandang benda nie serious dan terus ke pelamin, bukan just bahan ujikaji takpun suka-suka or just untuk hilang bosan jer. Tak! tu bukan mia. Ada orang cakap, " Mia, kau jangan memilih sangat, tak kawin kau sampai habis belajar nanti, kena posting kat pedalaman padan muka, kawin dengan orang asli". "Kau tu yang cerewet sangat mia, kalau terus-terus macam nie, forever alone la". "Mia tak pandang orang macam kita nie, kita nie apalah sangat". lagi geram bila orang tanya, "mia bila nak kawin/nikah/tunang?" "Mia bila lagi?" "Mia nak tengok pakwe kau". Yang paling deep bila sorang kawan aku nie cakap, ""Mia, pasangan hidup bukan orang yang sempurna sifat yang kita nak, tapi pasangan  hidup nie adalah orang yang kita lengkapkan kekurangan die untuk jadi sempurna, so jangan memilih sangat yer," Berhuhuhu la aku.. Masalahnya cara diorang cakap tu seolah-olah mia nie dah umur 28 tahun. Padahal mia baru umur 20 tahun kot. Muda lagi, tak terdesak lagi. Bagi mia tak pelik pun kalau umur macam mia nie tak ada boyfriend. Ada kawan mia terkejut, tak caya lagi. Seolah-olah zaman sekarang nie ada kekasih nie wajib, kalau tak ada tak normal. eishh!! 

Bukan aku tak pernah bagi peluang kat sapa-sapa takpun tutup rapat hati n mata mia nie. Tak laa.. Malah mia memang tengah mencari. Maksud mencari mia kat sini, mencari yang terbaik untuk jadikan suami. Bukan boyfriend. Tengah menilai orang, memberi peluang kepada yang layak, memberi peluang bukan memberi harapan. Tapi.. entah la, mungkin ramai yang failed. Yelah, normal la nak cari yang elok-elok sebab kita nak buat suami, bukan buat main. So, kalau orang cakap mia memilih, of course la i kena pilih u, nak cari suami kot bukan boyfriend. Kalau nak cari boyfriend tu senang jer tapi kalau suami sangat payah. Coz nanti si suami tu lah nak jaga mia n anak-anak nanti. Nak hidup sekali untuk selamanya kot bukan sehari dua. Kadang-kadang orang nie tak faham n tak sampai tahap pemikiran mia. Kalau boleh mia nak terus kawin, mia tak nak couple-couple nie. Bila kau dah sampai tahap umur 20 nie kau fikir nak kawin jer. Tapi tu bagi mia lah, mia rasa couple nie just buang masa jer, buang tenaga dan duit. Yang paling besar, merosakkan hati. Mia pernah kecewa, so normal la kalau sekarang mia lebih hati-hati. Sebab mia bukan jenis cepat jatuh cinta or suka dekat orang. Tapi bila dah sayang memang akan betul-betul serious, n cuba bayangkan bila dikecewakan, komfem susah nak ubat n sembuh. Benda tu yang paling mia takut. So belajar dari pengalaman, bila mia buat baik dengan seseorang tu, bagi peluang or pape jelh kan. Tak kira la tu kawan rapat mia ker sape ker, bila sekali jer die buat tahi kat mia. mia boleh cakap goodbye jelah, mampus pi kat hang la. Time tu mia tak kisah dah pasal die. Sebab mia dah banyak parut, banyak benda menyakitkan dah mia lalui sebelum nie tak kira kawan ker or orang sekeliling mia. So hati nie dah sado dan ego. So kalau orang tu dan sakitkan hati mia lagi-lagi buat mia menangis sekali jer, perasaan tu akan terus berubah. Dan mia akan terus berusaha lupakan perasan tu dan tak kisah. Sebab bagi aku, terlalu mahal maruah dan air mata aku untuk benda yang sia-sia..

Benda yang paling penting sekali restu. Calon tu wajib parents n family mia suka, lau tak memang berat.. Sebab bagi mia kita kawin bukan dengan pasangan jer tapi dengan keluarganya sekali. Bila keluarga tak suka, memang akan timbul banyak masalah, n mia tak nak pilih hidup dengan air mata. Perasaan mia tolak ker nombor 3 sebab bagi mia perasaan tu boleh di pupuk dengan bantuan allah. Kalau kita yakin dan betul-betul ikhlas, allah akan tolong. Mia yakin pada jodoh allah bukan dengan perasan sendiri. Sebab biasanya perasaan sendiri nie banyak mainan setan. Yang penting calon tu mesti right person, jodoh kita. Bila ingat balik kata-kata kawan-kawan mia, mungkin benar kot aku nie memilih. Tapi memang la, nak sehidup semati kot.huhuhu.. Mia nie tak ada la kejam sangat, mia pernah bagi peluang untuk orang kenal mia or kearah tu. Tapi ada jer yang tak lulus. Bila dah kenal-kenal kita akan tau serba sedikit perangai orang tu. Lagi-lagi ditambah dengan ujian, bila diuji baru kita kenal orang tu macam mana. Contohnya, sume dah ok baik lengkap sume, tapi ada benda yang mia tak suka. Contohnya, tak solat la, tak jaga solat la (lewat-lewat solat), merokok la, tak jaga pergaulan (terlalu bebas), tak matang or perangai-perangai yang mia tak suka or family tak suka. So tak jadi. Bab solat dan rokok mia sangat sensitif. Yelah, kalau solat benda wajib tu pun tak boleh jaga, apatah lagi nak jaga mia nanti. Mia nie bukannya warak ustazah bagai. Iman nie lemah, nanti sape bimbing sapa nanti. Mia perlu dipimpin bukan nak memimpin. Merokok lak, mia sejak di lahirkan memang sensitif bau rokok n patang tengok rokok. Kira bencilah kat bendalah tu. Family mia pun jenis macam tu. Kalau orang tu sehebat or sebaik mana pun kalau die merokok, tak mungkin family mia suka melainkan die berhenti n taubat nasuha. Bukan apa, rokok tukan komfem haram. Kau sedut benda haram setiap hari dan membunuh orang keliling kau perlahan-lahan tak rasa serba salah ker? kalau tak dekat manusia, dekat allah macam mana? huhuhuu.. 

Mia nie nampak jer kuat, tapi hakikatnya tak kuat pun. Sebab tu mia perlukan supporter. Mia tak banyak songeh pun sekarang nie, sebab mia tau kalau nak cari sume  ciri-ciri lelaki idaman memang tak akan jumpa. Mereputla kau.. Mia just nak orang tu faham mia, kenal mia nie macam mana dan paling penting sentiasa ada disaat mia perlukan. Sebab perjalanan mia terlalu jauh lagi. Banyak benda mia nak buat dalam dunia nie tak tercapai lagi. Mia nak cari supporter bukan pemusnah segala impian mia. Mia tak nak buat benda yang merugikan dan sia-sia. Tak ramai yang faham mia. Susah nak cari orang macam tu. Memang dulu mia pernah ada niat nak kawin awal pun. Before mia habis belajar mia nak kawin tapi calon pun tak ada, samar-samar lagi. Ada banyak sebab kenapa mia nak kawin awal yang tak ramai yang akan faham. Bukan gatal tapi.. urmm.. tak perlu cakap kat sini. Tapi yang lawaknya, mia punya la beria nak kawin awal tapi tengok-tengok kawan-kawan aku yang mendahului aku. Siap dah merancang bagai, mia? masih krik..krikk..hahaaaa *sedih*. n now, mia dah malas fikir pasal tu dah, baik mia fokus pasal dreams mia jer sekarang. Korang nak cakap apa, cakap jelah. Dah tak kisah. Bukan nak cakap mia boleh hidup sorang, tak.. Jujur cakap, kadang-kadang hati nie sunyi sangat. Walaupun kawan ramai, rasa dia tak sama. Lain. Dan mia paling benci bila sunyi tu datang. Mula la setan nak menghasut mia suruh cari pasangan or couple. Mia tahu, couple tu haram, sebab tu mia takut nak terjebak. Takut rosak hati, rosak iman.huhu.. Perasaan sunyi tu akan mari bila mia berada di tempat belajar, jauh dengan family. Bila duduk rumah mia tak pernah rasa sunyi lak.hahaa.. So kesimpulannya, mia tak akan bahas soal nie lagi. Bagi mia baik kita jaga apa yang dah ada daripada kejar benda yang tak pasti. Mia lebih pentingkan persahabatan daripada cintan cantun nie. So tak nak sakitkan hati sape-sape, tak nak sakitkan hati sendiri so baik jaga hubungan dengan sume orang. Cinta tu tak kemana kalau dah tak ada jodoh. 

Mia rasa allah masih sorok putera kayangan mia tu. Mungkin belum masanya, bila dah tiba masa allah akan satukan. Insyaallah.. Firasat mia kuat mengatakan, jodoh mia tu orang yang mia tak pernah sangka, tak pernah ada dalam list (kononnya.hahaha)  pun. Mungkin dia orang sekeliling mia yang mia tak pernah perasan pun kehadiran dia or mungkin dia tu kawan mia sendiri or mungkin orang yang mia tak pernah jumpa.. Kuasa allah kan, takdir allah kan. sape jer yang tau. So tak perlu risau or gelisah yunk, allah dan tentukan kita dengan sapa just wait and see jer. Sekarang nie just fokus your mission jer. Yeahh! yer, mission terbesar mia tengah plan sekarang. Harap-harap menjadi. Aminnnn.. Tak tahu apa? Jeng! jeng! hewheww..

Alamak! Mia nak citer pasal lain, terbabas citer pasal jodoh lak. Apakah?? huwaaa... Tak apalah, sambung bila-bila free nanti coz dah mengantuk. Jari pun dah malas taip.hukhuk.. Ok, apa yang mia boleh simpulkan, kalau ada yang senasib dengan mia, mia nasihatkan bawak banyak-banyak sabar dan rasional. Jangan ikutkan emosi dan nafsu. Cinta akan hadir disaat kita betul-betul sedia bukan time kita sunyi. Trust your istiqarah, not your heart. trust allah, trust jodoh.. Jangan peduli apa orang cakap sebab tak sume orang boleh faham kita. Yang penting jaga cinta dengan allah dulu.. Allah sayangkan kita, sebab tu die tak temukan kita lagi dengan right person. Die nak jaga kita dulu, jaga perasaan kita dulu daripada perkara yang tidak diingini. Die nak suruh kita bercinta dengan-Nya dulu.. So CHILLEX beb.. hehe. ;-)

Ok, bai.. mengantuk~~ 

Pray for me! 

#Thank you for reading this entry !

Khamis, 1 Januari 2015

2015

Welcome to my hak hak haks.. haha!

Haiii... uish, lamo bebenor ceq tak update blog. Entah kenapa malam nie mia rajin lak nak menaip. Mungkin tahun baru kottt.. azam baruu. (Kononnya) padahal mia tak blh tidoqqq..waa.. golek punyer golek guling atas katil nie still tak boleh lelapkan mata. Adoii.. Nak belajar tido awal salah satu azam tahun baru tapi hari pertama tahun baru dah failed! Huhu.. apakahhh.. tak tahu lah kenapa susah sangat nak tido malam nie. Walaupun badan letih mata tetap degil tak nak tutup. Aishh.. sabor jelahh.

Okey, tutup cerita pasal tido, sekarang buka cerita pasal azam baruuuuu.. hohoho.. nak tau apa azam baru mia? Malas nak taip panjang-panjang. Senang citer mia cakap mia nak tunaikan azam tahun lepas yang masih ada tak tercapai. Lebih kurang jerr..ramai jer kan situasi sama macam mia? Hahaa. baik mengaku.hihi

Bercakap pasal tahun baru 2015, entah kenapa mia rasa lega sikit. Berkobar pun ada. Macam.. yeahh.. tahun baru. Hirup udara baru. Kalau boleh nak semua baru. Mula hidup baru. Bukak buku baru.. diri yang baru, jiwa yang baru,semangat yang baru.. sebab bila mengimbau balik kenangan 2014, ya allah.. banyak benda yang mia tempuhi.. serious banyak. kalau mia buat novel komfem meletop! Terus jutawan ceq.  Hak hak haks! (Gelak gaya baru mia.hehe) tak adalah. Penulisan mia? Hancuqq.. tak ada bakat langsung. Huhu. Tapi pape pun, alhamdulillah dapat tempuhi dengan tenang n tabah.. masih mendarat dengan selamat walaupun goyang jugak. Walaupun hanya tuhan yang tahu bertapa sukarnya dan keldil hambanya untuk bangkit semula menempuh segala ujiannya.. pahit manis, suka duka, jatuh tergolek sume ada. Tapi mia yakin, semuanya ada hikmah. Tahun 2014 gak, banyak benda yang mia belajar.
Benda yang membezakan kita dengan orang lain ialah pengalaman. Trust me.

Yakinlah, setiap ujian sepahit-pahitnya mesti akan ada terselit kemanisannya disebaliknya.. kadang-kadang kita tidak sedar akan hikmahnya.
Ya allah bagi ujian dekat kita sebab allah sayangkan kita. Allah selalu nak kita ingat dekat Dia, tidak jauh dengan Dia. Semakin banyak ujian yang allah beri, semakin sayang allah dekat kita. Cuba bayangkan jika allah biarkan kita, tidak memberi ujian, tentu kita mudah tersasar jauh, alpa n lalai dengan duniawi. Sebab manusia memang mudah lalai..
Selain itu, allah bagi ujian dekat kita supaya dapat bersihkan dosa-dosa yang lampau.. manusia mana yang tak buat dosa? Semua buat dosa. Tak sempurna. Yang sempurna cuma allah! ALLAH YANG SATU. Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita buat dosa. Sebab apa? Sebab jiwa kita terlalu pada keduniawi. Hitam,berkarat dan kosong. Yang tu bahaya! Bila hati dah mati, buat dosa pun tak akan rasa apa-apa. Parah!

So, tahun baru nie sama-samalah muhasabah diri dan perbaiki diri.. insyaallah. Semua tu bermula daripada nawaitu. niat kita..
Mia harap, tahun 2015 nie merupakan tahun bersejarah mia. Tahun yang bahagia dan bermakna buat mia. Insyaallah. Amin. �� 2015, be nice to me����
#sebaik-baik perancangan ialah perancangan daripada allah. Dia sudah atur cantik buat kita. Tunggu masa jer. Sabarlah wahai hati#
#okeyy.. dah mengantuk. Eh, panjang lak mia pot pet.hehe. Selamat malam!

Jumaat, 11 Julai 2014

Antara minat dan hukum allah

Welcome to my blog, miewildblogku.blogspot.com :-)

Hari hati mia terdetik untuk menulis blog tentang apa yang berlaku beberapa hari lepas..
Hari nie cuaca sangat baik. mendung n sejuk jer, kalau tidur nie best tapi mia tak boleh nak lelapkan mata.
Terfikir pasal nasihat seseorang dan pakcik google..

 Semuanya pasal MODELING,, hukum allah!!

Termenung seketika~
Masuk sem baru memang niat nak berubah jadi lebih baik. Ada azam baru n cuba untuk apply kan.
Masuk sem baru nie jugak lah macam-macam dugaan yang datang. perlu mia mention kot dugaan apa.. serious banyak. Alhamdulillah aku boleh harunginya dengan tenang.. insyaallah.. mia yakin dan pasti semuanya ada hikmah.
Mia boleh cakap macam tu sebab dah dah tempuhi pelbagai pengalaman, peristiwa dan kesakitan sebelum nie. dan mia munasabah balik, renung balik, yes, kebanyakan semua ada hikmah dan kebaikannya.. so, bila ada dugaan jer yang datang, mia yakin sangat, yang allah nak tunjukkan sesuatu pada mia dengan cara memberi kesakitan dulu pada mia. selalunya macam tu. allah tak kejam tapi allah sayang pada kita sebab tu die turunkan ujian dan jalan petunjuk atau hidayah yang kita tak pernah sangka dan sedar. cuma kita yang selalu buta, tidak bersyukur dan suka merungut.. masyaallah.. sombongnya manusia nie.huhu
Kadang-kadang mia rasa allah sayang sangat kat mia.. cuma mia nie yang terlalu jahil dan hina kerna selalu alpa dengan duniawi.. ampunkan aku ya allah!!
Allah ya maha pengasih,maha mengetahui,maha pemurah dan segalanya.. walaupun allah turunkan dugaan dekat mia,time mia jatuh dan down, secara tidak langsung die bantu mia dengan cara die menghantar seseorang kepada mia untuk dijadikan pengubat,motivasi dan contoh terbaik kepada mia.. allah nak jugak ringankan beban mia. walaupun insan itu bukan siapa-siapa bagi mia. baiknya allah!! sungguh terlalu kerdil aku disisimu... time tengah sedih bila teringat kepada beliau, dengan sponton aku tersenyum n lupa seketika pasal masalah aku. bila tengah serabut, mendengar suara beliau terasa tenang jer.. lagi-lagi bila beliau mengalun ayat suci al-quran..

Bila musibah datang semakin banyak aku berfikir dan semakin kerap aku munasabah diri. Dengan apa yang dah berlaku aku banyak pulak persoalan aku.. antaranya, berkat kah hidup aku selama ini? berkat kah dan betul kah apa yang aku buat selama nie??

Diantaranya yang mia nak tahu sangat pasal modeling nie. so tergerak hati untk tahu pasal nie lebih lanjut. dan pada malam tu (sebelum mia tanyer pakcik google) hati mia terdetik untuk tanya pendapat seorang senior mia tu pasal modeling nie..

Panjang jugak perbualan kami dalam whatsapp.  masih terngia-ngia lagi kata-kata dan nasihat senior tu.. antaranya,

"Anything we want to do, niat itu penting... if u said minat, then it's not enough... must relate it with ibadah as it is the main objective kita semua diciptakan.....tuhan utama kita diciptakan adalah untuk menjadi hamba allah, beribadah kepadanya dan menjadi KHALIFAH di buminya... setiap saat kehidupan kita ni jangan lari dari dua elemen ini.. islam adalah agama boleh tapi bersyariat/syarat. sebab allah sayang akan hamba-hambanya. so ape pun dalam dunia ini semu boleh tapi kena ikut syariat ISLAM...
So mia tanyer diri sendiri, apa yang  mia buat sekarang ini ikut syariat tak?
n for that it's much better you go research by your own, boleh tanya ustaz/ustazah/kawan-kawan/buku-buku internet/ ++.........boleh bagitahu tapi ia tak akan sama dengan mia cari sendiri..n penghayatan setelah mendapat sesuatu ILMU iu dengan usaha sendiri akan lebih effective. lepas tu baru move to the next level which is AMAL....as for me, perhaps you should stop doing things yang you don't have knowledge on it yet n the knowledge that i mean is islamic knowledge (hukum hakam in islam).... "

Lepas tu sentuh lak pasal solat n so on... banyak die nasihat mia. bukak minda mia. kata-kata dan nasihat tu bagi mia memang menusuk qolbu. betul. bukan maksudnya terasa, tak langsung tapi betul-betul buat mia terfikir dan terkedu. serious time tu memang mia terdiam tak tau nak cakap apa dan balas apa.. n malam tu jugak mia terfikir panjang.. sampai tak boleh tidur.. huhu.. keesokkan hari pun mia masih terfikir dengan kata-kata beliau.. pape pun, beliau sangatlah baik dan jiwanya sentiasa memperingati allah.. terima kasih awak, nasihat awak sangat berguna.. saya harap saya dapat istiqamah dalam mendalami ilmu agama dan cuba perbaiki diri :-)

n.. sampai sekarang masih terngi-ngi kata-katanya.. persoalan yang paling selalu berlega-lega dalam kepala mia, mampukah mia tinggal benda yang paling minat dalam hidup mia?? minat tu sejak daripada bangku sekolah lagi. dan minat tu mendalam. memangla sekarang nie pun macam tak ada masa nak aktif sangat modeling nie sebab tengah study lagi tambah pula ada masalah sikit yang menyebabkan mia fed up dan give up dengan apa yang berlaku.. biasalah bila hati dah terluka, ambik masa untuk sembuhkan hati dan semangat tu.. tapi untuk betul-betul stop dalam bidang modeling nie memang susah nak buat. mungkin ambik masa... mungkin dah sampai masa untuk mia tinggal semua duniawi nie. walaupun minat sangat kalau tak ada keberkatan tak kemana jugak malah tanggung masalah dan dosa pula. Dosa yang kita tak perasan dan ambik remeh.. tapi benda tu kita tak tahu akan terjerumus kepada dosa kalau tak jaga akan kepada dosa besar. sebab modeling nie berkait rapat dengan tabaruj da aurat. kalau betul-betul tak jaga habisla... yang halal jadi haram.. bahaya tu!!

Mia! nie hukum allah! ko lebih memilih minat ker daripada sayangkan allah??tak kan.. come on la mia.. semua tu dunia jer.. gantikan minat tu dengan benda lain. hukum allah tiada siapa yang boleh pertikaikan. Ya allah, kuatkanlah hati aku untuk aku meninggalkan benda yang aku minat dan sayang.. berikanlah aku jalan yang lurus, petunjuk dan hidayahmu.. semaikanlah jiwaku ini islam yang sebenarnya ya allah.. dekatkanlah diriku kepadamu.. jauhkanlah aku daripada kelalaian.. lindungilah aku.. jadikan lah aku muslimah yang solehah.. sesungguhnya aku terlalu jahil di sisimu..ampunkan aku ya allah..
Insyaallah...pada bulan yang mulia nie, mia cuba untuk tinggalkan duniawi nie.. sesungguhnya mia terlalu takut dengan balasan allah.. tak sanggup untuk aku tanggung segala dosa-dosaku yang aku tak perasan selama ini dan anggap benda tu remeh...

Antara pakcik google katakan tentang hukum menjadi model muslimah ini:

http://yien9897.blogspot.com/2011/07/hukum-model-muslimah.html
http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/model-muslimah-tabarruj-fesyen.html
http://muslimahberjilbab.blogspot.com/2006/04/hukum-pakaian-wanita.html
http://syariahpublications.com/2012/02/16/hukum-memanfaatkan-wanita-untuk-menjadi-model-iklan/
http://www.globalmuslim.web.id/2013/07/hukum-menjadi-model-wanita.html
n banyak lagi....

#terima kasih ya allah.. <3 allah..








Jumaat, 13 Jun 2014

13 perkara yang perlu di jaga oleh wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


# tidak dinafikan sekarang nie bermacam-macam fesyen sampai tak terkata.. tapi kadang-kadang kita nie alpa dan terlepas pandang dengan benda-benda yang kadang-kadang kita ambil ringan.. contohnya dari segi pakaian dan pernampilan.. bagus gak ada orang shared benda nie dekat facebook. at least boleh peringatkan mia secara tidak langsung. n mia pun mungkin boleh peringatkan orang lain. kita tahu tapi kadang-kadang kita terlalu kerjar dunia sampaikan kita lalai hal-hal yang sebegini.. sama-samalah kita munasabah diri.. nasihat tuk diri sendiri gak.. insyaallah semoga kita sama-sama jadi lebih baik daripada sebelumnya.. :-)

Selasa, 3 Disember 2013

Kenapa Couple Itu Haram




Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
#copy n paste.. menarik betul! take note yaa!! bukan nak berlagak baik..bukan nak lupa diri, bukan nak sombong or jual mahal, tapi kerana ini...... 
~ Thank for reading ;-)

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman

"Wow!!! hebat gilerrrrrr....!" Perkataan yang terkeluar daripada mulut mia bila terbaca buku nipis promosi produk tu.. (panggil apa entah) satu per satu mia selak, baca dan cuba hayati.. Time tu hati mia meronta-ronta nak tahu lebih lanjut pasal die. Buku nipis tu sebenarnyer ada dalam produk D'HERBS sebenarnya.. time tu mia tengah keje. kebetulan kawan sekali tempat jer mia tu, stuff nie beli satu produk Diet Gold nie.. Lepas mia baca buku kecik nie, kitorang bersembang la pasal produk n pengasas die.. bile tau sedikit sebanyak pasal die mia terus ambik handfon n tanyer pakcik google. tapi malangnyer internet problem. Bukan mia cakap mia tak pernah kenal die. mia pernah nampak die masuk tv dalam Wanita Hari Ini. Lama dah, mia pun tengok sekejap jer time tu, tak perasan lak nama die n tak tahu lak umur die.. bila tahu jer umur die baru 25 tapi dah jadi usahawan berjaya n jutawan, mia teruja giler nak tahu lebi lanjut pasal die.. dalam hati mia tak habis-habis memberontak "i'm just wanna be like him!!! pleaseeeeee.. one day maybe insyallah". benda nie lah yang selalu mia monolog or cakap dalam hati.. giler tak nak.. mia memang nak jadi macam die. seriouslyyyy! memang tulah cita-cita mia untuk jadi usahawan or ahli perniagaan yang berjaya n tip top gituhh..hahaa.. memang mia berharap sangat yang mia dapat jadi macam tu dalam usia yang muda.. kononnyer sebelum umur mia 24, mia nak ada business sendiri dah. tu plan mia sebenar..tapiii.... rasa macam susah n jauh jer.. macam poyo jer.. macam berangan jer..huhuhuu..but i'm try my best. belum cuba belum tahu kan? i need someone to guide meeeee....  i really-really need it. untuk ke tahap tu masih jauh lagi. mia perlukan ilmu yang cukup,pengalaman n modal. semua tu nak dapat ane?? perlu dicari bahhh.. bukan datang bergolek-golek.. yang tu yang susah. so, start dari tahun depan mia kena cari dah sume tu. harus n wajib kumpul sume tu.. insyallah minat+usaha+doa sume akan dipermudahkan.. citer pasal mula-mula tadi balik. so, sebelum balik, mia terus beli produk D'HERBS krim panas berherba Makbul Munajat.. sekarang tengah pakai nie. baru sapu tadi.hehee.. best! mia just nak cuba n tengok keberkesanan die jer.. n then, lepas balik keje mia terus google nama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman nie.. mia nak tahu sangat kisah die.. n mia sangat interesting pasal die.. n tabikkkk springggg..hahahaa.. mia jadikan die sebagai idola baru mia untuk mia capai target mia.. mia ada 5 tahun lagi..hehehee..
Dekat bawah nie diantara kupasan menarik yang mia baca :-)



Copy n paste


Resepi Kejayaan Usahawan Kosmetik. Datuk Aliff Syukri Kamarzaman

Pada 6 Sept 2012, Jam 10.00 pagi. saya berkesempatan menemubual Datuk Aliff Syukri Kamarzaman (Pengarah Urusan D'Herbs) di Pejabat beliau di Sungai Buluh. Beliau yang merupakan Jutawan Muda yang baru berusia 25 tahun yang mendapat liputan meluas dari pihak Media cetak dan juga media elektronik.

Antara nasihat beliau ialah:

Ajarkan anak berniaga bermula dari kecil lagi.


Saya mula berniaga sewaktu saya masih kecil lagi, waktu tu saya darjah satu, saya pula tinggal dengan nenek, duit sentiasa tak cukup. Untuk dapatkan duit, saya jualah kacang dan jeruk kat sekolah. Bila kena marah dekat cikgu, saya berhenti berniaga sekejap. Bila saya naik sekolah menengah, business ni dah jadi runtin hidup saya, saya meniaga krongsang, tudung dan lain-lain.

Saya pula jenis tak suka baca buku, Mak saya hantar saya ambil a-level kat Taylor Kolej, saya tak habis belajar, Sejak tu juga saya fikir saya kena kerja kuat sebab saya tak berpendidikan tinggi macam orang lain. Saya pernah bekerja  dari pukul 9 hingga 6 petang, keadaan itu sangat menyiksa saya. Memang bila kita kerja risiko dia kurang berbanding berniaga sebab setiap hujung bulan kita dapat gaji, socso dan juga KWSP, tapi  kalau you ada pendidikan tinggi tak apalah dapat gaji tinggi, tapi kalau macam saya yang cuma ada a-level sahaja itupun tak habis, saya cuma dapat gaji dalam seribu lebih sahaja, manalah cukup nak hidup kat KL ni.

Waktu tulah saya mula mencari pendapatan sampingan, setiap hujung minggu saya akan buat bengkel  kecantikan dan kesihatan  di tempat2 kerja, agensi swasta dan kerajaan, di samping buat bengkel saya jual produk kecantikan dan kesihatan.  Masa saya buat bengkel tu saya tidaklah mengenakan harga yang mahal, saya  cuma kenakan yuran sebanyak RM 5- RM10 sahaja, Tapi  masa saya buat bengkelah,  saya jual produk-produk kecantikan. Setiap kali saya buat bengkel pendapatan saya lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.  Selepas dah banyak kali saya menjual produk orang, saya mula rasa daripada saya jual produk orang lebih baik saya jual produk saya sendiri, Maka tercetuslah idea untuk buat produk saya sendiri.

Selain itu, masa tu juga saya ada kedai jual produk kesihatan, 5 tahun lepas saya ada 2 kedai produk kesihatan tapi sekarang saya dah ada 6 kedai produk kesihatan. Setiap daripada kedai kesihatan yang saya ada pendapatannya lebih kurang RM15 hingga RM30 ribu sebulan. Manakala untuk produk di Herbs pula, pusingan produk sebulan adalah lebih kurang dalam  RM1 juta. 

Pada saya, untuk berjaya di dalam bisnes, bukanlah mengambil masa sehari dua. Malah minat dalam bidang bisnes mestilah semenjak dari kecil lagi. Biar kita ajar anak kita bersusah payah  sikit. Baru dia tahu susah nak cari duit, dan dia tahu macam mana nak cari duit. Bukan tahu menghabiskan duit semata-mata.

Datuk Aliff Syukri ketika ditemui di Pejabat D'Herbs

Nantikan buku bertajuk: Resepi Kejayaan 20 Usahawan Muslim Di Malaysia yang bakal muncul di pasaran tidak lama lagi, Buku ini akan menceritakan temubual saya bersama 20 Jutawan Melayu di Malaysia yang akan berkongsi kejayaan mereka di dalam bidang perniagaan yang diceburi




Menurut Alif Syukri, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syukri, apa yang dikecapi pada hari ini adalah atas usaha dan penat jerih ibunya, Rozita Ibrahim yang banyak berkorban demi anak-anak.
"Semua ini kerana ibu. Jika bukan kerana ibu, kebahagiaan yang dinikmati sekarang tidak akan saya rasai," katanya kepadaKosmo! ketika dihubungi di pejabat Sendayu Tinggi di Klang, Selangor, baru-baru ini.
Adakah perubahan tersebut menyebabkan Ketua Bahagian Pemasaran Sendayu Tinggi Sdn. Bhd. itu lupa diri?
"Saya tidak pernah lupa asal usul kami. Malah, kesusahan itu akan saya ingat sampai bila-bila," ujarnya.
Syukri memberitahu, ibunya selalu berpesan agar pandai membawa diri dan menjaga nama baik keluarga. Dia juga dididik agar sentiasa bersederhana dalam segala hal.
Malah, ibu sentiasa menerapkan nilai-nilai agama kepada anak-anaknya. Justeru, Syukri dihantar ke sekolah pondok.
Alam persekolahannya bermula di Teluk Gadong, Klang. Dia kemudiannya dimasukkan ke sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama pada usia 14 hingga 16 tahun.
Selepas ibunya berjaya menjadi usahawan, Syukri dimasukkan ke sekolah swasta Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah Alam. Semasa itu, mereka berpindah ke Subang Jaya, Selangor.
Ketika itu, jualan kosmetik Sendayu Tinggi sudah mula diterima orang ramai. Ia bermula dengan menjualnya kepada kawan-kawan dan jiran-jiran terdekat.
Bagaimana dengan kehidupannya sekarang? Syukri memberitahu, dia sangat gembira lebih-lebih lagi selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Ammar Ahyan, 8 bulan.


Aliff Syukri pantang dicabar

Oleh : Oleh ANIZA ZAINUDIN
Kemas memakai kemeja, berseluar hitam serta kasut kulit berkilat, anak muda ini perlahan-lahan mengelap peluh di dahi dan senyuman manis diukir sebagai hadiah pertama buat bakal pelanggan.
Matanya liar memandang sekeliling untuk memastikan tuan rumah berada di dalam kediaman, salam dilontar dan pelanggan keluar sambil menyatakan keengganan mendengar penerangan mahupun berminat membeli barangan dibawa lelaki muda berwajah manis itu. 
Mengerti penerimaan tuan rumah, dia kemudian menapak ke rumah seterusnya. 

Itu antara cabaran awal pengasas produk kesihatan dan kecantikan D’ Herbs, Aliff Syukri Kamarzaman, 25, sebelum berjaya dalam perniagaan.
123 N 123 123 N 123

Bukan saja rumah kediaman menjadi lokasi perniagaan strategik, Pengarah Urusan D’ Herbs Healthy Sdn Bhd ini ketika itu sanggup memanjat tangga pejabat di sekitar Shah Alam, Selangor semata-mata ingin menjual produk kecantikan dan jamu keluaran syarikat terkenal.

Meskipun menyedari ada notis menyatakan ‘jurujual tidak dibenarkan masuk’, ia tidak menghalang Aliff Syukri mencari rezeki bagi menampung keluarga kecilnya dengan menggunakan waktu makan tengah hari untuk menjaja produk. 

“Pada mulanya, ramai meragui keupayaan saya yang ketika itu berusia awal 19 tahun menjual produk kecantikan, malah ada juga yang khuatir untuk membeli kerana memikirkan penjualan berdasarkan keuntungan, bukan keberkesanan. 

“Menjual produk kecantikan dan kesihatan bukan sesuatu yang mudah, namun saya jenis sukakan cabaran, malah pantang dicabar. 

“Penting bagi saya membuat penerangan jelas mahupun demonstrasi kepada pelanggan, seterusnya berjaya menarik perhatian mereka terhadap barang dijual. 

“Kadangkala pelanggan wanita khususnya suka mengusik saya, apatah ketika itu saya masih muda dan ada personaliti sebagai model. Namun bagi saya, ia sebahagian asam garam dalam perniagaan,” katanya yang pernah berkecimpung dalam bidang peragaan. 

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan dan memaksa dirinya berusaha lebih kuat untuk mendapatkan sesuatu demi kepuasan peribadi. 

Tinggal bersama nenek dan bersekolah di Sabak Bernam, Selangor, tidak menjanjikan anak ketiga daripada lapan beradik ini mendapat layanan serta kelebihan istimewa. 

Kerap membandingkan diri dengan rakan sebaya yang mempunyai wang saku sekolah lebih 50 sen manakala Ariff Syukri hanya 20 sen membuatkan bapa kepada tiga cahaya mata ini mencari jalan untuk mendapatkan wang lebih. 

Justeru, pokok mempelam yang menghiasi laman teratak nenek membuka peluang keemasan bagi Aliff Syukri mendapatkan perbelanjaan persekolahan tambahan. 
Tanpa sebarang pertolongan, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memanjat pokok dan hasilnya dijadikan jeruk. 

“Selalunya budak sekolah membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, saya pula membawa satu lagi beg tambahan memuatkan jeruk mempelam yang dijual pada harga antara 10 sen hingga 20 sen. 

“Bayangkan sebelum bermula sesi persekolahan, rakan lain membeli pakaian baru tetapi saya terpaksa mengitar semula baju lama yang diberikan jiran, begitu juga basikal. 

“Syukur permulaan ‘perniagaan’ itu memberi impak berkesan, sekali gus menambahkan keyakinan dan keberanian diri untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah,” katanya yang pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sabak Bernam. 

Menyedari bidang perniagaan mampu menjana pendapatan lumayan, Aliff Syukri meneruskan kerjaya sambilannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang dengan menjaja barangan kosmetik dan aksesori seperti celak juga kerongsang yang dibeli secara pukal daripada pasar raya terkenal. 

Menamatkan pengajian di peringkat A Level, lelaki ini kemudian memanfaatkan anugerah diberikan Allah SWT untuk bergelar model bagi menampung kehidupan dan pada masa sama, aktif menjual produk kecantikan wanita, termasuk jamu, secara sambilan yang diperoleh di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. 

Berkahwin pada usia muda dan memiliki seorang cahaya mata ketika itu mendesak Aliff Syukri mencari pendapatan lebih. Selepas puas menjaja dari rumah ke rumah serta dari pejabat ke pejabat, bermodalkan wang simpanan dikumpul, dia menyewa sebuah kios kecil di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor. 

Setahun berhempas pulas memajukan kios, anak muda ini mengambil langkah drastik mencontohi pengeluar produk kecantikan kesihatan tempatan lain untuk mengeluarkan produk sendiri. 

“Semua simpanan yang saya ada digunakan untuk menghasilkan produk jenama sendiri, jika langkah diambil ini tidak menunjukkan hasil, saya sedar risiko muflis. Selepas membuat kajian produk selama beberapa bulan, D’ Herbs mengeluarkan gincu kolagen pertama Malaysia. 

“Pandangan saya, penting untuk menghasilkan satu inovasi baru bukan sekadar mengeluarkan produk sedia ada di pasaran. Permulaannya, saya melakukan semuanya sendirian dan tidak membenarkan isteri berhenti kerja. 

“Saya lelaki muda dan memperkenalkan produk baru, jadi pasti sukar mendapat kepercayaan mana-mana stokis. Saya terpaksa memberikan produk secara percuma terlebih dulu tanpa bayaran, tetapi syukur apabila ia mendapat perhatian orang ramai,” katanya. 

Pernah cuba mendapatkan pinjaman bank sebagai modal memulakan perniagaan namun ditolak dan dihamburkan kata-kata penghinaan kononnya dia tidak akan berjaya dalam bidang berkenaan. 

Aliff Syukri berkata, pada peringkat awal, dia terpaksa mengelilingi satu negara untuk memperkenalkan jenama D’ Herbs. Dia adalah bos, pemandu, jurujual, ejen dan pegawai pemasaran dalam satu masa. 

Menariknya, lelaki ini memiliki semangat kental, malah tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana dia percaya dapat menghasilkan produk berkualiti dan mampu dibeli setiap lapisan masyarakat. 

Menggunakan strategi pengiklanan yang kuat, akhirnya kerja keras Aliff Syukri hampir setahun membuahkan hasil dan jenama D’ Herbs mula mendapat tempat dalam kalangan pelanggan. 

Memulakan operasi sejak­ 2011, Aliff Syukri mampu berbangga apabila pasaran 50 produk D’ Herbs mula memasuki pasaran antarabangsa, termasuk Brunei dan Indonesia. 

Mencontohi empayar gergasi seperti Avon, lelaki ini berharap dapat memperkembangkan nama D’ Herbs sebagai jenama global. Pada masa sama, beliau menyedari pelbagai inisiatif perlu dilakukannya, juga banyak cabaran bakal ditempuh kelak.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/26



Aliff Syukri cetus fenomena

MEMILIH slogan Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bertekad untuk menjadikan produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd terus laris di pasaran dan menjadi pilihan setiap orang.
Sebagai pengasas produk kosmetik paling muda di Malaysia, kini berusia 25 tahun, Aliff Syukri tidak pernah ketandusan idea bagi memajukan lagi perniagaan yang sudah tiga tahun bertapak di Malaysia.
Hasil kerja keras beliau, hari ini produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd menjadi jenama yang mencetuskan fenomena di dalam industri herba kesihatan dan kosmetik di negara ini.
Bertemu dengan ayah kepada tiga orang cahaya mata ini di pejabat beliau di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, ternyata beliau seorang yang begitu peramah dan tidak meninggi diri.
Mungkin juga ini yang menjadikan beliau begitu disenangi di kalangan mereka yang terlibat dengannya seperti stokis, pengedar, pengguna juga kakitangannya sendiri.
Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik ini, beliau bersyukur kerana hasil kerja yang tidak pernah mengenal penat, kini D'Herbs Healthy Sdn Bhd mempunyai seramai 6,000 orang stokis di seluruh negara.
''Sehingga ke hari ini, kami telah mengeluarkan sebanyak 60 jenis produk yang khusus untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
''Slogan 'Terlajak Laris dengan tidak secara langsung memberikan motivasi kepada saya untuk terus mengeluarkan produk terbaru untuk pengguna yang sentiasa mahukan sesuatu yang baru.
''Produk terbaru D'Herbs Healthy Sdn Bhd ialah pewarna rambut super lebat yang wajib dicuba. Terdapat dalam warna hitam dan perang, keistimewaan pewarna rambut ini ialah ia diadun khusus untuk lelaki dan wanita Islam yang mementingkan kesucian dan kebersihan.
''Menggunakan bahan utamanya, iaitu inai (mountain rose herbs), bahan-bahan campuran lain ialah kelopak bunga raya, bunga marigold, teh kamomil dan daun rosemary.
''Justeru itu pengguna tidak perlu bimbang kerana tiada bahan kimia yang terdapat di dalamnya yang boleh menjejaskan kesihatan. Paling penting produk ini halal dan boleh dibawa sembahyang. Pewarna rambut ini memang berkesan dan pihak kami sanggup memulangkan wang jika pengguna mendapati ia tidak berkesan,'' kata Aliff Syukri yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang.
Tambah beliau lagi, walaupun baru tiga bulan di pasaran namun sambutan yang diterima daripada seluruh negara terhadap pewarna rambut ini memang amat memberangsangkan.
Beliau berkata, satu lagi produk yang merupakan antara produk terlaris D'Herbs Healthy Sdn Bhd ialah minuman jus kesihatan berherba Gamolex Gold.
Minuman jus kesihatan Gamolex Gold yang dijual pada harga RM88.80 ini kata beliau, boleh membantu merawat 1001 jenis penyakit seperti lemah jantung, kencing manis, kolestrol, sakit sendi, sakit lutut, osteoporosis, strok, asma, gout, prostat dan lemah tenaga batin.
Menceritakan pengalaman ngeri yang menimpa beliau tidak lama dulu Aliff Syukri berkata, peristiwa ditimpa kemalangan yang menyebabkan mukanya hampir hancur dan hidung patah, menjadi titik permulaan kepada terciptanya minuman jus kesihatan Gamolex Gold.
''Doktor memberitahu kecederaan di muka saya memang teruk dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Saya teringat tentang keistimewaan gamat dan kemudian meletakkan lendir gamat pada muka saya.
''Ternyata ia amat berkesan dan Alhamdulillah luka pada muka saya semakin sembuh dalam masa dua minggu sahaja sedangkan doktor berkata proses penyembuhan mengambil masa selama tiga bulan.
''Daripada situ, saya meminta seorang saintis untuk membuat kajian dan menghasilkan satu produk yang berkesan untuk membantu menyembuhkan luka dan penyakit. Dan lahirlah Gamolex Gold.
''Gamolex Gold mengandungi campuran 30 jenis herba dan kesannya sudah boleh dilihat pada pengambilan satu botol atau penggunaan satu atau bulan sahaja. Namun sebaiknya diteruskan bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan,'' ujar Aliff Syukri yang menyasarkan pada pengguna yang berpendapatan sederhana.
Beliau turut memberitahu bahawa D'Herbs Healthy Sdn Bhd yang mempunyai kilang sendiri, iaitu Aliff Herbs Manufacturing di Kuala Selangor akan mengeluarkan satu lagi produk baru dalam masa terdekat ini serta membuka sebuah spa di Damansara.
Langkah tersebut adalah untuk melindungi pengguna daripada tertipu dengan bahan-bahan yang tidak selamat dan merbahaya pada kesihatan.
Beliau menjelaskan, selain berniaga, harapan beliau adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan dalam masa yang sama tidak membebankan pengguna.
Katanya, D'Herbs membuka peluang kepada semua untuk menjadi usahawan atau pengedar dengan modal serendah RM350 sahaja. Keuntungan yang diperoleh adalah di antara 30 hingga 40 peratus. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi stokis negeri atau ibu pejabat.
Bercerita lebih lanjut, Pengarah Urusan D'Herbs ini berkata, sebagai menghargai usaha para stokis, pengedar dan pengguna, pihaknya akan mengadakan Malam Gala D'Herbs yang bertemakan Semalaman Di Los Angeles pada 27 April ini bertempat di Sunway Lagoon Resort Hotel.
Seramai 1,500 orang stokis, pengedar dan pengguna dijangka hadir. Turut dijemput ialah pengasas kosmetik yang lain.
Pada malam itu nanti, pihak D'Herbs akan menyampaikan anugerah kepada pengedar dan pengguna yang mencapai tahap jualan yang tinggi.
Selain berpeluang beramah mesra dengan beliau sendiri, para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan artis-artis terkenal seperti Anuar Zain, Adira, Misha Omar dan Bienda.
Aliff Syukri berkata, ini merupakan malam gala pertama yang diadakan oleh D'Herbs Healthy Sdn Bhd.
''Pada tahun-tahun lalu, pihak kami hanya mengadakan bengkel-bengkel kecantikan di seluruh negara. Namun tahun ini, kami mempunyai peruntukan dan kami ingin berkongsi dengan mereka yang telah turut memajukan syarikat ini,'' katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130412/ke_01/Aliff-Syukri-cetus-fenomena#ixzz2mR4IYYq5
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Aliff Syukri Kumbang antara bunga

ALIFF Syukri mampu berbangga dengan pencapaiannya membangunkan D'Herbs Healthy dalam usia muda.
RANGKAIAN produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs) sudah jauh dikenali di seluruh Malaysia bahkan di luar negara.
Pergi saja ke mana-mana kedai jamu mahupun farmasi bebas, pasti terlihat produk-produk gaya hidup lengkap untuk pelbagai lapisan usia itu.
Ditambah pula dengan promosi yang baik di media cetak dan televisyen, produk D'Herbs yang baru dipasarkan secara komersial kira-kira dua tahun lalu boleh dikatakan setaraf dengan produk-produk tempatan yang lebih lama daripadanya.
Lebih 35 jenis produk dipasarkan merangkumi pelbagai kategori terutamanya produk kecantikan dan kesihatan wanita dan sebanyak enam buah kedai di seluruh negara.
Lebih mengagumkan, pengasas merangkap Pengarah Urusan D'Herbs ialah seorang lelaki dan baru saja berusia 25 tahun!
Menurut Aliff Syukri Kamarzaman, membangunkan syarikatnya ini bukan mudah memandangkan usia yang terlalu muda selain berada dalam industri yang didominasi oleh golongan wanita.
"Ramai yang salah tanggapan mengatakan saya mengusahakan perniagaan daripada duit yang disalurkan oleh ibu bapa atau mewarisi syarikat keluarga. Sedangkan, saya yang mengusahakan sendiri menggunakan duit hasil titik peluh sendiri.
"Saya bermula daripada berniaga jamu di pasar-pasar malam sahaja ketika berusia 16 tahun sehinggalah saya mampu mencapai ke tahap ini," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Urusan D'Herbs yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.
Berniaga di pasarCeritanya, minat dalam bidang perniagaan timbul seawal usia tujuh tahun lagi dengan menjual jeruk dari kelas ke kelas bagi mencari duit poket harian ke sekolah.
Kemudian, bermodalkan hanya RM400, Aliff Syukri menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan terutamanya jamu dari pelbagai jenama di pasar tani dan pasar malam.
"Hasil keuntungan daripada perniagaan kecil saya di pasar-pasar, saya menyimpannya sedikit demi sedikit sehingga mampu membuka sebuah kedai jamu yang kecil pada usia 18 tahun.
"Ketika itu, saya sudah mula memperkenalkan produk D'Herbs cuma belum memasarkannya secara komersial.
"Sehinggalah dua tahun lalu, saya nekad memasarkannya secara meluas walaupun tahu saingan amat tinggi dan didominasi oleh golongan wanita.
"Bagi saya, duit tidak banyak pada awal perniagaan bukan masalah asalkan ada niat, usaha serta perancangan yang betul," ceritanya yang juga Setiausaha Persatuan Industri Kosmetik Bumiputera Malaysia.
Dalam tempoh tersebut, Aliff Syukri pernah melakukan pelbagai pekerjaan lain demi mencari modal membina syarikat seperti menjadi model dan bekerja sebagai pegawai pemasaran dan jualan.
Cabaran lelakiMengenang kembali awal penubuhan syarikatnya dua tahun lalu, pelbagai rintangan terpaksa dihadapinya bagi meloloskan diri dalam industri yang didominasi oleh golongan wanita.
Walaupun produknya tidak mempunyai kumpulan sasaran yang spesifik, namun ia boleh dikatakan lebih disasarkan kepada golongan wanita.
Pada mulanya, stokis dan pelanggan amat susah untuk menerima produknya memandangkan dia seorang lelaki.
Soal mereka, bagaimana seorang lelaki dapat memahami apa yang wanita perlukan terutamanya dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Lalu dia membuat satu keputusan yang menyebabkan dia kehilangan ratusan ribu dua tahun lalu tetapi hasilnya produk D'Herbs mampu diterima ramai seperti hari ini.
"Ketika itu, saya memuatkan produk D'Herbs ke dalam kereta saya lalu memberi kepada stokis-stokis untuk dipasarkan tanpa meminta mereka wang.
"Saya memandu dari Selangor, Johor, Terengganu dan negeri-negeri lain bagi memastikan produk saya dipasarkan mereka.
"Ketika itu memang malu sangat kerana kita yang merayu meminta stokis memasarkan produk D'Herbs sedangkan selalunya mereka yang mencari produk.
"Alhamdulillah, walaupun saya kerugian ratusan ribu ketika itu, produk saya kini diterima ramai hasil pemasaran sebegitu," ujarnya yang bakal menimang anak ketiga tidak lama lagi hasil perkahwinannya dengan Nur Syahidah Mohd. Rashid.
Produk wanitaMengulas tentang produk terbarunya, D'Herbs kini dalam proses mengeluarkan Set Bersalin Mak Bidan khas buat mereka yang berpantang selepas melahirkan anak.
Set tersebut merangkumi barangan seperti tungku herba, pencuci wanita berherba, bengkung, krim panas kapsul jamu dan minyak telon.
Menggunakan selebriti terkenal sebagai jurucakap produk tersebut, ujar Aliff Syukri, istimewanya bahan-bahannya 100 peratus menggunakan produk daripada herba dan ia juga murah berbanding set bersalin lain di pasaran.
Selain set bersalin, pelbagai lagi produk D'Herbs yang menjadi buruan ramai seperti pelembap bibir kolagen, maskara Arab, pencuci wanita Perawan Herbal, Premium Diet, Gamolex Gold, Gel Berherba Aloe Gamat dan pelbagai lagi.
produk D'Herbs boleh didapati di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk kedai-kedai runcit, pasar malam dan pasar tani, farmasi bebas, kedai jamu dan salon serta pusat jualan D'Herbs sendiri.
Harga produk D'Herbs yang rendah bermula dari RM15 menjadi faktor utama yang menarik minat pelanggan terhadap jenama itu.
Misinya, menjadikan D'Herbs sebagai sebuah syarikat gaya hidup yang setanding dengan jenama-jenama terkemuka.
Produk-produknya dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing yang terletak di Selangor.
Dia menjelaskan banyak kilang di luar sana yang mengambil kesempatan mengatakan produknya dikilangkan di tempat mereka bagi mengaut keuntungan dengan meraih kepercayaan syarikat lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121104/ke_04/Aliff-Syukri-Kumbang-antara-bunga#ixzz2mR4PIFFi
© Utusan Melayu (M) Bhd 


#handsome jugak mamat nie.. mula-mula ingatkan tak kahwin lagi tapi melepas. hahahaaa!! just joking.. tak minat pun laki terlalu kaya..biasa2 sudehh..


~thank for reading ;-)