Dalam Diari Dunia Damia (4D)

Kadang-kadang kita lupa siapa kita, kita lebih kenal orang lain daripada kita kenal diri sendiri ..Kadang-kadang kita sibuk mencari identiti dan personaliti kita sendiri tetapi kita tidak pernah menyelami jiwa kita sendiri dengan menyoalkan diri sendiri.. Kadang-kadang kita sering mengejar apa yang kita inginkan tetapi sayangnya,kita tidak nampak apa yang ada di depan mata... Kita mampu melihat,mendengar,menyentuh tetapi kita tidak mampu untuk merasai apa yang tersembunyi disebalik senyuman...~~

Jumaat, 13 Jun 2014

13 perkara yang perlu di jaga oleh wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


# tidak dinafikan sekarang nie bermacam-macam fesyen sampai tak terkata.. tapi kadang-kadang kita nie alpa dan terlepas pandang dengan benda-benda yang kadang-kadang kita ambil ringan.. contohnya dari segi pakaian dan pernampilan.. bagus gak ada orang shared benda nie dekat facebook. at least boleh peringatkan mia secara tidak langsung. n mia pun mungkin boleh peringatkan orang lain. kita tahu tapi kadang-kadang kita terlalu kerjar dunia sampaikan kita lalai hal-hal yang sebegini.. sama-samalah kita munasabah diri.. nasihat tuk diri sendiri gak.. insyaallah semoga kita sama-sama jadi lebih baik daripada sebelumnya.. :-)

Selasa, 3 Disember 2013

Kenapa Couple Itu Haram




Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
#copy n paste.. menarik betul! take note yaa!! bukan nak berlagak baik..bukan nak lupa diri, bukan nak sombong or jual mahal, tapi kerana ini...... 
~ Thank for reading ;-)

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman

"Wow!!! hebat gilerrrrrr....!" Perkataan yang terkeluar daripada mulut mia bila terbaca buku nipis promosi produk tu.. (panggil apa entah) satu per satu mia selak, baca dan cuba hayati.. Time tu hati mia meronta-ronta nak tahu lebih lanjut pasal die. Buku nipis tu sebenarnyer ada dalam produk D'HERBS sebenarnya.. time tu mia tengah keje. kebetulan kawan sekali tempat jer mia tu, stuff nie beli satu produk Diet Gold nie.. Lepas mia baca buku kecik nie, kitorang bersembang la pasal produk n pengasas die.. bile tau sedikit sebanyak pasal die mia terus ambik handfon n tanyer pakcik google. tapi malangnyer internet problem. Bukan mia cakap mia tak pernah kenal die. mia pernah nampak die masuk tv dalam Wanita Hari Ini. Lama dah, mia pun tengok sekejap jer time tu, tak perasan lak nama die n tak tahu lak umur die.. bila tahu jer umur die baru 25 tapi dah jadi usahawan berjaya n jutawan, mia teruja giler nak tahu lebi lanjut pasal die.. dalam hati mia tak habis-habis memberontak "i'm just wanna be like him!!! pleaseeeeee.. one day maybe insyallah". benda nie lah yang selalu mia monolog or cakap dalam hati.. giler tak nak.. mia memang nak jadi macam die. seriouslyyyy! memang tulah cita-cita mia untuk jadi usahawan or ahli perniagaan yang berjaya n tip top gituhh..hahaa.. memang mia berharap sangat yang mia dapat jadi macam tu dalam usia yang muda.. kononnyer sebelum umur mia 24, mia nak ada business sendiri dah. tu plan mia sebenar..tapiii.... rasa macam susah n jauh jer.. macam poyo jer.. macam berangan jer..huhuhuu..but i'm try my best. belum cuba belum tahu kan? i need someone to guide meeeee....  i really-really need it. untuk ke tahap tu masih jauh lagi. mia perlukan ilmu yang cukup,pengalaman n modal. semua tu nak dapat ane?? perlu dicari bahhh.. bukan datang bergolek-golek.. yang tu yang susah. so, start dari tahun depan mia kena cari dah sume tu. harus n wajib kumpul sume tu.. insyallah minat+usaha+doa sume akan dipermudahkan.. citer pasal mula-mula tadi balik. so, sebelum balik, mia terus beli produk D'HERBS krim panas berherba Makbul Munajat.. sekarang tengah pakai nie. baru sapu tadi.hehee.. best! mia just nak cuba n tengok keberkesanan die jer.. n then, lepas balik keje mia terus google nama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman nie.. mia nak tahu sangat kisah die.. n mia sangat interesting pasal die.. n tabikkkk springggg..hahahaa.. mia jadikan die sebagai idola baru mia untuk mia capai target mia.. mia ada 5 tahun lagi..hehehee..
Dekat bawah nie diantara kupasan menarik yang mia baca :-)



Copy n paste


Resepi Kejayaan Usahawan Kosmetik. Datuk Aliff Syukri Kamarzaman

Pada 6 Sept 2012, Jam 10.00 pagi. saya berkesempatan menemubual Datuk Aliff Syukri Kamarzaman (Pengarah Urusan D'Herbs) di Pejabat beliau di Sungai Buluh. Beliau yang merupakan Jutawan Muda yang baru berusia 25 tahun yang mendapat liputan meluas dari pihak Media cetak dan juga media elektronik.

Antara nasihat beliau ialah:

Ajarkan anak berniaga bermula dari kecil lagi.


Saya mula berniaga sewaktu saya masih kecil lagi, waktu tu saya darjah satu, saya pula tinggal dengan nenek, duit sentiasa tak cukup. Untuk dapatkan duit, saya jualah kacang dan jeruk kat sekolah. Bila kena marah dekat cikgu, saya berhenti berniaga sekejap. Bila saya naik sekolah menengah, business ni dah jadi runtin hidup saya, saya meniaga krongsang, tudung dan lain-lain.

Saya pula jenis tak suka baca buku, Mak saya hantar saya ambil a-level kat Taylor Kolej, saya tak habis belajar, Sejak tu juga saya fikir saya kena kerja kuat sebab saya tak berpendidikan tinggi macam orang lain. Saya pernah bekerja  dari pukul 9 hingga 6 petang, keadaan itu sangat menyiksa saya. Memang bila kita kerja risiko dia kurang berbanding berniaga sebab setiap hujung bulan kita dapat gaji, socso dan juga KWSP, tapi  kalau you ada pendidikan tinggi tak apalah dapat gaji tinggi, tapi kalau macam saya yang cuma ada a-level sahaja itupun tak habis, saya cuma dapat gaji dalam seribu lebih sahaja, manalah cukup nak hidup kat KL ni.

Waktu tulah saya mula mencari pendapatan sampingan, setiap hujung minggu saya akan buat bengkel  kecantikan dan kesihatan  di tempat2 kerja, agensi swasta dan kerajaan, di samping buat bengkel saya jual produk kecantikan dan kesihatan.  Masa saya buat bengkel tu saya tidaklah mengenakan harga yang mahal, saya  cuma kenakan yuran sebanyak RM 5- RM10 sahaja, Tapi  masa saya buat bengkelah,  saya jual produk-produk kecantikan. Setiap kali saya buat bengkel pendapatan saya lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.  Selepas dah banyak kali saya menjual produk orang, saya mula rasa daripada saya jual produk orang lebih baik saya jual produk saya sendiri, Maka tercetuslah idea untuk buat produk saya sendiri.

Selain itu, masa tu juga saya ada kedai jual produk kesihatan, 5 tahun lepas saya ada 2 kedai produk kesihatan tapi sekarang saya dah ada 6 kedai produk kesihatan. Setiap daripada kedai kesihatan yang saya ada pendapatannya lebih kurang RM15 hingga RM30 ribu sebulan. Manakala untuk produk di Herbs pula, pusingan produk sebulan adalah lebih kurang dalam  RM1 juta. 

Pada saya, untuk berjaya di dalam bisnes, bukanlah mengambil masa sehari dua. Malah minat dalam bidang bisnes mestilah semenjak dari kecil lagi. Biar kita ajar anak kita bersusah payah  sikit. Baru dia tahu susah nak cari duit, dan dia tahu macam mana nak cari duit. Bukan tahu menghabiskan duit semata-mata.

Datuk Aliff Syukri ketika ditemui di Pejabat D'Herbs

Nantikan buku bertajuk: Resepi Kejayaan 20 Usahawan Muslim Di Malaysia yang bakal muncul di pasaran tidak lama lagi, Buku ini akan menceritakan temubual saya bersama 20 Jutawan Melayu di Malaysia yang akan berkongsi kejayaan mereka di dalam bidang perniagaan yang diceburi




Menurut Alif Syukri, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syukri, apa yang dikecapi pada hari ini adalah atas usaha dan penat jerih ibunya, Rozita Ibrahim yang banyak berkorban demi anak-anak.
"Semua ini kerana ibu. Jika bukan kerana ibu, kebahagiaan yang dinikmati sekarang tidak akan saya rasai," katanya kepadaKosmo! ketika dihubungi di pejabat Sendayu Tinggi di Klang, Selangor, baru-baru ini.
Adakah perubahan tersebut menyebabkan Ketua Bahagian Pemasaran Sendayu Tinggi Sdn. Bhd. itu lupa diri?
"Saya tidak pernah lupa asal usul kami. Malah, kesusahan itu akan saya ingat sampai bila-bila," ujarnya.
Syukri memberitahu, ibunya selalu berpesan agar pandai membawa diri dan menjaga nama baik keluarga. Dia juga dididik agar sentiasa bersederhana dalam segala hal.
Malah, ibu sentiasa menerapkan nilai-nilai agama kepada anak-anaknya. Justeru, Syukri dihantar ke sekolah pondok.
Alam persekolahannya bermula di Teluk Gadong, Klang. Dia kemudiannya dimasukkan ke sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama pada usia 14 hingga 16 tahun.
Selepas ibunya berjaya menjadi usahawan, Syukri dimasukkan ke sekolah swasta Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah Alam. Semasa itu, mereka berpindah ke Subang Jaya, Selangor.
Ketika itu, jualan kosmetik Sendayu Tinggi sudah mula diterima orang ramai. Ia bermula dengan menjualnya kepada kawan-kawan dan jiran-jiran terdekat.
Bagaimana dengan kehidupannya sekarang? Syukri memberitahu, dia sangat gembira lebih-lebih lagi selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Ammar Ahyan, 8 bulan.


Aliff Syukri pantang dicabar

Oleh : Oleh ANIZA ZAINUDIN
Kemas memakai kemeja, berseluar hitam serta kasut kulit berkilat, anak muda ini perlahan-lahan mengelap peluh di dahi dan senyuman manis diukir sebagai hadiah pertama buat bakal pelanggan.
Matanya liar memandang sekeliling untuk memastikan tuan rumah berada di dalam kediaman, salam dilontar dan pelanggan keluar sambil menyatakan keengganan mendengar penerangan mahupun berminat membeli barangan dibawa lelaki muda berwajah manis itu. 
Mengerti penerimaan tuan rumah, dia kemudian menapak ke rumah seterusnya. 

Itu antara cabaran awal pengasas produk kesihatan dan kecantikan D’ Herbs, Aliff Syukri Kamarzaman, 25, sebelum berjaya dalam perniagaan.
123 N 123 123 N 123

Bukan saja rumah kediaman menjadi lokasi perniagaan strategik, Pengarah Urusan D’ Herbs Healthy Sdn Bhd ini ketika itu sanggup memanjat tangga pejabat di sekitar Shah Alam, Selangor semata-mata ingin menjual produk kecantikan dan jamu keluaran syarikat terkenal.

Meskipun menyedari ada notis menyatakan ‘jurujual tidak dibenarkan masuk’, ia tidak menghalang Aliff Syukri mencari rezeki bagi menampung keluarga kecilnya dengan menggunakan waktu makan tengah hari untuk menjaja produk. 

“Pada mulanya, ramai meragui keupayaan saya yang ketika itu berusia awal 19 tahun menjual produk kecantikan, malah ada juga yang khuatir untuk membeli kerana memikirkan penjualan berdasarkan keuntungan, bukan keberkesanan. 

“Menjual produk kecantikan dan kesihatan bukan sesuatu yang mudah, namun saya jenis sukakan cabaran, malah pantang dicabar. 

“Penting bagi saya membuat penerangan jelas mahupun demonstrasi kepada pelanggan, seterusnya berjaya menarik perhatian mereka terhadap barang dijual. 

“Kadangkala pelanggan wanita khususnya suka mengusik saya, apatah ketika itu saya masih muda dan ada personaliti sebagai model. Namun bagi saya, ia sebahagian asam garam dalam perniagaan,” katanya yang pernah berkecimpung dalam bidang peragaan. 

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan dan memaksa dirinya berusaha lebih kuat untuk mendapatkan sesuatu demi kepuasan peribadi. 

Tinggal bersama nenek dan bersekolah di Sabak Bernam, Selangor, tidak menjanjikan anak ketiga daripada lapan beradik ini mendapat layanan serta kelebihan istimewa. 

Kerap membandingkan diri dengan rakan sebaya yang mempunyai wang saku sekolah lebih 50 sen manakala Ariff Syukri hanya 20 sen membuatkan bapa kepada tiga cahaya mata ini mencari jalan untuk mendapatkan wang lebih. 

Justeru, pokok mempelam yang menghiasi laman teratak nenek membuka peluang keemasan bagi Aliff Syukri mendapatkan perbelanjaan persekolahan tambahan. 
Tanpa sebarang pertolongan, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memanjat pokok dan hasilnya dijadikan jeruk. 

“Selalunya budak sekolah membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, saya pula membawa satu lagi beg tambahan memuatkan jeruk mempelam yang dijual pada harga antara 10 sen hingga 20 sen. 

“Bayangkan sebelum bermula sesi persekolahan, rakan lain membeli pakaian baru tetapi saya terpaksa mengitar semula baju lama yang diberikan jiran, begitu juga basikal. 

“Syukur permulaan ‘perniagaan’ itu memberi impak berkesan, sekali gus menambahkan keyakinan dan keberanian diri untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah,” katanya yang pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sabak Bernam. 

Menyedari bidang perniagaan mampu menjana pendapatan lumayan, Aliff Syukri meneruskan kerjaya sambilannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang dengan menjaja barangan kosmetik dan aksesori seperti celak juga kerongsang yang dibeli secara pukal daripada pasar raya terkenal. 

Menamatkan pengajian di peringkat A Level, lelaki ini kemudian memanfaatkan anugerah diberikan Allah SWT untuk bergelar model bagi menampung kehidupan dan pada masa sama, aktif menjual produk kecantikan wanita, termasuk jamu, secara sambilan yang diperoleh di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. 

Berkahwin pada usia muda dan memiliki seorang cahaya mata ketika itu mendesak Aliff Syukri mencari pendapatan lebih. Selepas puas menjaja dari rumah ke rumah serta dari pejabat ke pejabat, bermodalkan wang simpanan dikumpul, dia menyewa sebuah kios kecil di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor. 

Setahun berhempas pulas memajukan kios, anak muda ini mengambil langkah drastik mencontohi pengeluar produk kecantikan kesihatan tempatan lain untuk mengeluarkan produk sendiri. 

“Semua simpanan yang saya ada digunakan untuk menghasilkan produk jenama sendiri, jika langkah diambil ini tidak menunjukkan hasil, saya sedar risiko muflis. Selepas membuat kajian produk selama beberapa bulan, D’ Herbs mengeluarkan gincu kolagen pertama Malaysia. 

“Pandangan saya, penting untuk menghasilkan satu inovasi baru bukan sekadar mengeluarkan produk sedia ada di pasaran. Permulaannya, saya melakukan semuanya sendirian dan tidak membenarkan isteri berhenti kerja. 

“Saya lelaki muda dan memperkenalkan produk baru, jadi pasti sukar mendapat kepercayaan mana-mana stokis. Saya terpaksa memberikan produk secara percuma terlebih dulu tanpa bayaran, tetapi syukur apabila ia mendapat perhatian orang ramai,” katanya. 

Pernah cuba mendapatkan pinjaman bank sebagai modal memulakan perniagaan namun ditolak dan dihamburkan kata-kata penghinaan kononnya dia tidak akan berjaya dalam bidang berkenaan. 

Aliff Syukri berkata, pada peringkat awal, dia terpaksa mengelilingi satu negara untuk memperkenalkan jenama D’ Herbs. Dia adalah bos, pemandu, jurujual, ejen dan pegawai pemasaran dalam satu masa. 

Menariknya, lelaki ini memiliki semangat kental, malah tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana dia percaya dapat menghasilkan produk berkualiti dan mampu dibeli setiap lapisan masyarakat. 

Menggunakan strategi pengiklanan yang kuat, akhirnya kerja keras Aliff Syukri hampir setahun membuahkan hasil dan jenama D’ Herbs mula mendapat tempat dalam kalangan pelanggan. 

Memulakan operasi sejak­ 2011, Aliff Syukri mampu berbangga apabila pasaran 50 produk D’ Herbs mula memasuki pasaran antarabangsa, termasuk Brunei dan Indonesia. 

Mencontohi empayar gergasi seperti Avon, lelaki ini berharap dapat memperkembangkan nama D’ Herbs sebagai jenama global. Pada masa sama, beliau menyedari pelbagai inisiatif perlu dilakukannya, juga banyak cabaran bakal ditempuh kelak.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/26



Aliff Syukri cetus fenomena

MEMILIH slogan Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bertekad untuk menjadikan produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd terus laris di pasaran dan menjadi pilihan setiap orang.
Sebagai pengasas produk kosmetik paling muda di Malaysia, kini berusia 25 tahun, Aliff Syukri tidak pernah ketandusan idea bagi memajukan lagi perniagaan yang sudah tiga tahun bertapak di Malaysia.
Hasil kerja keras beliau, hari ini produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd menjadi jenama yang mencetuskan fenomena di dalam industri herba kesihatan dan kosmetik di negara ini.
Bertemu dengan ayah kepada tiga orang cahaya mata ini di pejabat beliau di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, ternyata beliau seorang yang begitu peramah dan tidak meninggi diri.
Mungkin juga ini yang menjadikan beliau begitu disenangi di kalangan mereka yang terlibat dengannya seperti stokis, pengedar, pengguna juga kakitangannya sendiri.
Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik ini, beliau bersyukur kerana hasil kerja yang tidak pernah mengenal penat, kini D'Herbs Healthy Sdn Bhd mempunyai seramai 6,000 orang stokis di seluruh negara.
''Sehingga ke hari ini, kami telah mengeluarkan sebanyak 60 jenis produk yang khusus untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
''Slogan 'Terlajak Laris dengan tidak secara langsung memberikan motivasi kepada saya untuk terus mengeluarkan produk terbaru untuk pengguna yang sentiasa mahukan sesuatu yang baru.
''Produk terbaru D'Herbs Healthy Sdn Bhd ialah pewarna rambut super lebat yang wajib dicuba. Terdapat dalam warna hitam dan perang, keistimewaan pewarna rambut ini ialah ia diadun khusus untuk lelaki dan wanita Islam yang mementingkan kesucian dan kebersihan.
''Menggunakan bahan utamanya, iaitu inai (mountain rose herbs), bahan-bahan campuran lain ialah kelopak bunga raya, bunga marigold, teh kamomil dan daun rosemary.
''Justeru itu pengguna tidak perlu bimbang kerana tiada bahan kimia yang terdapat di dalamnya yang boleh menjejaskan kesihatan. Paling penting produk ini halal dan boleh dibawa sembahyang. Pewarna rambut ini memang berkesan dan pihak kami sanggup memulangkan wang jika pengguna mendapati ia tidak berkesan,'' kata Aliff Syukri yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang.
Tambah beliau lagi, walaupun baru tiga bulan di pasaran namun sambutan yang diterima daripada seluruh negara terhadap pewarna rambut ini memang amat memberangsangkan.
Beliau berkata, satu lagi produk yang merupakan antara produk terlaris D'Herbs Healthy Sdn Bhd ialah minuman jus kesihatan berherba Gamolex Gold.
Minuman jus kesihatan Gamolex Gold yang dijual pada harga RM88.80 ini kata beliau, boleh membantu merawat 1001 jenis penyakit seperti lemah jantung, kencing manis, kolestrol, sakit sendi, sakit lutut, osteoporosis, strok, asma, gout, prostat dan lemah tenaga batin.
Menceritakan pengalaman ngeri yang menimpa beliau tidak lama dulu Aliff Syukri berkata, peristiwa ditimpa kemalangan yang menyebabkan mukanya hampir hancur dan hidung patah, menjadi titik permulaan kepada terciptanya minuman jus kesihatan Gamolex Gold.
''Doktor memberitahu kecederaan di muka saya memang teruk dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Saya teringat tentang keistimewaan gamat dan kemudian meletakkan lendir gamat pada muka saya.
''Ternyata ia amat berkesan dan Alhamdulillah luka pada muka saya semakin sembuh dalam masa dua minggu sahaja sedangkan doktor berkata proses penyembuhan mengambil masa selama tiga bulan.
''Daripada situ, saya meminta seorang saintis untuk membuat kajian dan menghasilkan satu produk yang berkesan untuk membantu menyembuhkan luka dan penyakit. Dan lahirlah Gamolex Gold.
''Gamolex Gold mengandungi campuran 30 jenis herba dan kesannya sudah boleh dilihat pada pengambilan satu botol atau penggunaan satu atau bulan sahaja. Namun sebaiknya diteruskan bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan,'' ujar Aliff Syukri yang menyasarkan pada pengguna yang berpendapatan sederhana.
Beliau turut memberitahu bahawa D'Herbs Healthy Sdn Bhd yang mempunyai kilang sendiri, iaitu Aliff Herbs Manufacturing di Kuala Selangor akan mengeluarkan satu lagi produk baru dalam masa terdekat ini serta membuka sebuah spa di Damansara.
Langkah tersebut adalah untuk melindungi pengguna daripada tertipu dengan bahan-bahan yang tidak selamat dan merbahaya pada kesihatan.
Beliau menjelaskan, selain berniaga, harapan beliau adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan dalam masa yang sama tidak membebankan pengguna.
Katanya, D'Herbs membuka peluang kepada semua untuk menjadi usahawan atau pengedar dengan modal serendah RM350 sahaja. Keuntungan yang diperoleh adalah di antara 30 hingga 40 peratus. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi stokis negeri atau ibu pejabat.
Bercerita lebih lanjut, Pengarah Urusan D'Herbs ini berkata, sebagai menghargai usaha para stokis, pengedar dan pengguna, pihaknya akan mengadakan Malam Gala D'Herbs yang bertemakan Semalaman Di Los Angeles pada 27 April ini bertempat di Sunway Lagoon Resort Hotel.
Seramai 1,500 orang stokis, pengedar dan pengguna dijangka hadir. Turut dijemput ialah pengasas kosmetik yang lain.
Pada malam itu nanti, pihak D'Herbs akan menyampaikan anugerah kepada pengedar dan pengguna yang mencapai tahap jualan yang tinggi.
Selain berpeluang beramah mesra dengan beliau sendiri, para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan artis-artis terkenal seperti Anuar Zain, Adira, Misha Omar dan Bienda.
Aliff Syukri berkata, ini merupakan malam gala pertama yang diadakan oleh D'Herbs Healthy Sdn Bhd.
''Pada tahun-tahun lalu, pihak kami hanya mengadakan bengkel-bengkel kecantikan di seluruh negara. Namun tahun ini, kami mempunyai peruntukan dan kami ingin berkongsi dengan mereka yang telah turut memajukan syarikat ini,'' katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130412/ke_01/Aliff-Syukri-cetus-fenomena#ixzz2mR4IYYq5
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Aliff Syukri Kumbang antara bunga

ALIFF Syukri mampu berbangga dengan pencapaiannya membangunkan D'Herbs Healthy dalam usia muda.
RANGKAIAN produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs) sudah jauh dikenali di seluruh Malaysia bahkan di luar negara.
Pergi saja ke mana-mana kedai jamu mahupun farmasi bebas, pasti terlihat produk-produk gaya hidup lengkap untuk pelbagai lapisan usia itu.
Ditambah pula dengan promosi yang baik di media cetak dan televisyen, produk D'Herbs yang baru dipasarkan secara komersial kira-kira dua tahun lalu boleh dikatakan setaraf dengan produk-produk tempatan yang lebih lama daripadanya.
Lebih 35 jenis produk dipasarkan merangkumi pelbagai kategori terutamanya produk kecantikan dan kesihatan wanita dan sebanyak enam buah kedai di seluruh negara.
Lebih mengagumkan, pengasas merangkap Pengarah Urusan D'Herbs ialah seorang lelaki dan baru saja berusia 25 tahun!
Menurut Aliff Syukri Kamarzaman, membangunkan syarikatnya ini bukan mudah memandangkan usia yang terlalu muda selain berada dalam industri yang didominasi oleh golongan wanita.
"Ramai yang salah tanggapan mengatakan saya mengusahakan perniagaan daripada duit yang disalurkan oleh ibu bapa atau mewarisi syarikat keluarga. Sedangkan, saya yang mengusahakan sendiri menggunakan duit hasil titik peluh sendiri.
"Saya bermula daripada berniaga jamu di pasar-pasar malam sahaja ketika berusia 16 tahun sehinggalah saya mampu mencapai ke tahap ini," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Urusan D'Herbs yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.
Berniaga di pasarCeritanya, minat dalam bidang perniagaan timbul seawal usia tujuh tahun lagi dengan menjual jeruk dari kelas ke kelas bagi mencari duit poket harian ke sekolah.
Kemudian, bermodalkan hanya RM400, Aliff Syukri menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan terutamanya jamu dari pelbagai jenama di pasar tani dan pasar malam.
"Hasil keuntungan daripada perniagaan kecil saya di pasar-pasar, saya menyimpannya sedikit demi sedikit sehingga mampu membuka sebuah kedai jamu yang kecil pada usia 18 tahun.
"Ketika itu, saya sudah mula memperkenalkan produk D'Herbs cuma belum memasarkannya secara komersial.
"Sehinggalah dua tahun lalu, saya nekad memasarkannya secara meluas walaupun tahu saingan amat tinggi dan didominasi oleh golongan wanita.
"Bagi saya, duit tidak banyak pada awal perniagaan bukan masalah asalkan ada niat, usaha serta perancangan yang betul," ceritanya yang juga Setiausaha Persatuan Industri Kosmetik Bumiputera Malaysia.
Dalam tempoh tersebut, Aliff Syukri pernah melakukan pelbagai pekerjaan lain demi mencari modal membina syarikat seperti menjadi model dan bekerja sebagai pegawai pemasaran dan jualan.
Cabaran lelakiMengenang kembali awal penubuhan syarikatnya dua tahun lalu, pelbagai rintangan terpaksa dihadapinya bagi meloloskan diri dalam industri yang didominasi oleh golongan wanita.
Walaupun produknya tidak mempunyai kumpulan sasaran yang spesifik, namun ia boleh dikatakan lebih disasarkan kepada golongan wanita.
Pada mulanya, stokis dan pelanggan amat susah untuk menerima produknya memandangkan dia seorang lelaki.
Soal mereka, bagaimana seorang lelaki dapat memahami apa yang wanita perlukan terutamanya dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Lalu dia membuat satu keputusan yang menyebabkan dia kehilangan ratusan ribu dua tahun lalu tetapi hasilnya produk D'Herbs mampu diterima ramai seperti hari ini.
"Ketika itu, saya memuatkan produk D'Herbs ke dalam kereta saya lalu memberi kepada stokis-stokis untuk dipasarkan tanpa meminta mereka wang.
"Saya memandu dari Selangor, Johor, Terengganu dan negeri-negeri lain bagi memastikan produk saya dipasarkan mereka.
"Ketika itu memang malu sangat kerana kita yang merayu meminta stokis memasarkan produk D'Herbs sedangkan selalunya mereka yang mencari produk.
"Alhamdulillah, walaupun saya kerugian ratusan ribu ketika itu, produk saya kini diterima ramai hasil pemasaran sebegitu," ujarnya yang bakal menimang anak ketiga tidak lama lagi hasil perkahwinannya dengan Nur Syahidah Mohd. Rashid.
Produk wanitaMengulas tentang produk terbarunya, D'Herbs kini dalam proses mengeluarkan Set Bersalin Mak Bidan khas buat mereka yang berpantang selepas melahirkan anak.
Set tersebut merangkumi barangan seperti tungku herba, pencuci wanita berherba, bengkung, krim panas kapsul jamu dan minyak telon.
Menggunakan selebriti terkenal sebagai jurucakap produk tersebut, ujar Aliff Syukri, istimewanya bahan-bahannya 100 peratus menggunakan produk daripada herba dan ia juga murah berbanding set bersalin lain di pasaran.
Selain set bersalin, pelbagai lagi produk D'Herbs yang menjadi buruan ramai seperti pelembap bibir kolagen, maskara Arab, pencuci wanita Perawan Herbal, Premium Diet, Gamolex Gold, Gel Berherba Aloe Gamat dan pelbagai lagi.
produk D'Herbs boleh didapati di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk kedai-kedai runcit, pasar malam dan pasar tani, farmasi bebas, kedai jamu dan salon serta pusat jualan D'Herbs sendiri.
Harga produk D'Herbs yang rendah bermula dari RM15 menjadi faktor utama yang menarik minat pelanggan terhadap jenama itu.
Misinya, menjadikan D'Herbs sebagai sebuah syarikat gaya hidup yang setanding dengan jenama-jenama terkemuka.
Produk-produknya dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing yang terletak di Selangor.
Dia menjelaskan banyak kilang di luar sana yang mengambil kesempatan mengatakan produknya dikilangkan di tempat mereka bagi mengaut keuntungan dengan meraih kepercayaan syarikat lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121104/ke_04/Aliff-Syukri-Kumbang-antara-bunga#ixzz2mR4PIFFi
© Utusan Melayu (M) Bhd 


#handsome jugak mamat nie.. mula-mula ingatkan tak kahwin lagi tapi melepas. hahahaaa!! just joking.. tak minat pun laki terlalu kaya..biasa2 sudehh..


~thank for reading ;-)




Jumaat, 24 Mei 2013

Karoeke


                                                                Innocence cover mia

Cakap pasal karoeke,mia memang hantu koroeke..hehee. Entah la,kalau karoeke nie rasa macam dapat satu kepuasan yang sukar di gambarkan..cewahh!hahaa.. mungkin sebab mia suka menyanyi kot. tu yang macam tu.. :p Kalau balik ipoh or pergi jalan mana-mana, mesti cari tempat karoeke. Karoeke jamban pun jadi la asalkan dapat melalak..kehkeh. Tapi mia untung,sebab mia ada geng. Kakak (kak nyah) n adik mia pun gila karoeke. so,tak ada hal la.. susah nak cari geng yang kaki karoeke nie.. selalu nyer dengan family jer la mia koroeke..Selalu nyer mia lepaskan gian dekat ipoh sebab dekat sini ada tempat yang murah.. Tak macam dekat besut,dah la mahal,tak canggih lak tu.. Mia pernah masuk sekali koroeke dekat besut,karoeke tu baru jer bukak.. Ada ker patut karoeke set die guna moniter n keyboard!hahaha!! cam kelakar jer.. Lepas tu,mula la gelepar tak reti guna.. Pelik sungguh la. First time mia tengok karoeke macam tu..huhuhu..

Lagu yang dekat atas tu lagu favourite mia. Avril lavigne kan. Lagu nie teringat mia paa kenangan lalu.. Lagu nie mia pernah menyanyi time hari guru tahun lepas.. Berduet dengan rakan sebaya mia, Nuha.. Nak solo tak berani lagi time tu sebab time nie mia first time buat persembahan di sekolah baru mia.. Yela,sekolah baru dengan sekolah lama tak sama okey. rasa tu lain. Dulu,time sekolah lama dulu tak apa,tak kisah n berani.. joget atas pentas pun ok lagi..haha. Tapi sejak tukar sekolah nie, komfiden mia nie turun mendadak! Mia rasa rendah diri sangat,penakut n senyap. juruh la sikit daripada dulu.hehe.. Yela,mungkin dulu mia sekolah biasa lepas tu pindah ke sekolah pandai so tu yang jadi rendah diri sangat. Sebab mia bukan nyer pandai tapi di kelilingi dengan orang yang pandai,hebat-hebat n rajin.. so tak nafikan, Suasana tu sangat-sangat lain.. Persekitaran,dengan orang-orang n cikgu-cikgu, cara die.. semua tu berbeza.. Tak sama macam sekolah lama. Mula-mula masuk sekolah tu memang rasa susah sangat nak sesuaikan diri. Tapi mia tak pernah tunjuk pun.nampak macam okey jer.. Tapi lama-lama okey la.. So, mia cari akan cari n cuba benda yang boleh tambahkan komfiden mia contoh nyer berhadapan di khalayak ramai.. Mia pun join la buat persembahan menyanyi lagu nie. tak ingat nak rakam. time hari kokurikulum mia buat persembahan mia rakam tapi hilang..huhuhu. Selepas daripada tu baru mia rasa komfiden sikit.. Kalau tak,rasa macam kecik jer..rendah diri jer...hukhuk. Mia tak kisah la orang nak cakap apa pun. nak cakap mia nie poyo ker,nak menunjuk ker,giler glamour ker or pape jelah. tak kisah pun asal kan mia tahu sendiri apa tujuan mia buat macam tu. menyanyi jer kot.. Yang puji,puji la, yang pandang serong pun ada.. Lagipun,mia dekat sekolah lama dah biasa naik pentas buat persembahan.. so? bukan mia duduk sekolah baru baru nak buat semua tu.. Yang penting, benda tu merupakan cara mia untuk tambahkan komfiden mia.mia kena bercakap dengan orang ramai n buat aktiviti yang berkaitan berhadapan orang ramai.. benda tu boleh buat kita hilang gemuruh n debar sebenarnyer..<3



time nie form 1.. berduet jugak tapi time nie tak ada minus one..haha..kelakar rasanyer..huhu  
                                              





~Thank for reading ;-)

Selasa, 21 Mei 2013

Cita-citaku,kepoyoanku.. ;-)

Mia! cita-cita awak sebenarnyer apa?? ermmm... (termenung jap mia nak jawab)  Kalau nak suruh mia cerita cita-cita mia apa sebenarnyer,sampai esok pun tak habis..hehee..sebab mia nie kuat berangan.. cita-cita mia nie banyak n sangat la poyo vs over..huhuuu.. so, jawapan ringkas just cakap business woman jer.. senang..tak payah hurai panjang-panjang.Lagipun mia memang tak suka cerita cita-cita sebenar mia apa sebab komfem-komfem orang akan cakap mia berangan la.. poyo la,perli mia balik la..hukhuk. Tapi, mia yakin dengan minat mia, kebolehan mia.. Kalau mia berusaha bersungguh-sungguh n di murahkan rezeki, insyaallah mia boleh capai.. Tapi masalahnyer sekarang, nak jadi rajin tu payah..haiy0o.. Sebenarnyer mia banyak benda nak buat dalam dunia nie.. banyak benda yang mia tak buat lagi,cube buat n capai. sebab tu walaupun mia kecewa tahap giler sangat sekalipun, mia tak pernah terlintas sedikit pun nak buat benda-benda bodoh or bunuh diri contohnyer..(hahaa)  sebab mia ada misi yang tak di selesaikan lagi.. sebab tu kalau mia ada masalah,mia cepat-cepat bangun n tak teruskan untuk down jer.. mia masih muda so panjang lagi perjalanan hidup mia so buat apa kita nak down n hancurkan masa depan kita disebabkan orang lain kan.. so,jangan jadi bodoh la.. normal lah manusia kena musibah,ada masalah lagi-lagi remaja.. hidup bukan selalu cool n indah jer kan.. yang penting,kita yang kena pandai mencorakkan hidup kita ker arah apa.. ;-)


Mia sebenarnyer dah plan masa depan mia. Cuma tak tahu mana yang lebih baik n berjaya ataupun tidak plan mia tu.. Mia sebenarnyer minat sangat dalam bidang perniagaan nie.. mia jugak minat dalam benda-benda yang berkaitan n berunsurkan seni.. so mia cube gabungkan dua minat mia nie menjadi satu.. Mia berangan sangat yang mia dapat memiliki butik jenama mia sendiri n rekaan mia sendiri peringkat antarabangsa.. contohnyer macam jenama adidas ker,gucci ker or pape jelah kan.. (poyo giler kottt bunyinyer..hahaa) bukan tu jer.. mia jugak berpoyo untuk memiliki syarikat sendiri.. Di sebab kan mia nie minat dalam bidang modeling,photografer,kecantikan, mia harap mia dapat bukak studio sendiri,kedai gambar n kamera sendiri, salon sendiri..Semua tu dijadikan dalam satu syarikat..hehehehee..(berangan tinggi giler kotttt! ini semua poyo0oo!hihihi) so setakat mia cakap mia nak ada butik jenama sendiri pun orang duk perli n perlekeh mia..apatah lagi kalau orang tau sume nie.. sah-sah la kena gelak..huhu..Kalau boleh,mia nak ada business sendiri sebelum umur mia 24 tahun,,sebelum mia kahwin.hehehe.. mia memang minat business.. dulu mia pernah niaga kecik-kecik time form 1,2 n 4.. jual barang-barang katalog n aksesori puan.. time tu.baru kite sedar,susahnyer nak cari duit..pengalaman tu yang penting sebenanrnyer.. :-)


Mia sebenarnyer tak tahu nak start daripada mana.. mia tak boleh gambarkan n tak tahu lagi lubang die macam mana untuk menceburi dalam bidang yang mia minat. Di sebabkan mia nie bukan anak orang berada, mia kena n harus start dari bawah untuk sampai target mia. tu yang seksa tu. benda tu yang susahnyer.. sebab mia "empty".. mia tak ada modal,tak ada pengalaman n ilmu yang cukup lagi bab-bab business.. nak bukak business bukan main redah jer.. banyak benda yang perlu dipertimbangkan.. Modal kena ada,strategi kena mantap,ilmu n pengalaman wajid ada.. so,mia kena cari modal dulu,timba ilmu n kerja dengan orang dulu.. tak mudah kot.kena kerja keras. So mia kena susun strategi mia sebelum mia sambung belajar. Target mia hanyalah matrik or maktab.. Mungkin sebab dua tu mia lebih nampak jalan kot..Bagi mia,kalau kita nak buat business satu hari nanti, tak semestinyer kita study ambik kos berkaitan dengan business jer.. ambik kos lain tak apa asalkan kita dah susun strategi kita macam mana ke arah tu.. Kalau ambik kos yang berkaitan business lagi bagus tapi buat apa kalau kita tak ada modal kan?? tak jadi jugak..haha.. So sekarang nie mia tunggu masa jer untuk daftar matrik.. mia lebih memilih matrik daripada unisza sebab kos same jer.. perakaunan dua-dua. so mia fikir masuk matrik lebih better sebab utamanyer mia bukan nak jadi akauntan.so kalau mia pilih masuk u diploma susah sangat untuk tukar kos nanti degree nanti.. kalau matrik tak apa.nanti keluar boleh sambung degree kos lain.. Sebab ker dua, masuk matrik terlepas daripada pinjaman PTPTN! aku benci berhutang! nak bayar balik nanti sakit. dah la bunga die banyak! biar la aku pinjam PTPTN nanti degree jer.. Mia nak simpan duit,bukan nak tambahkan hutang laaa!!! by the way, mia masih mengharapkan yang mia terpilih untuk masuk maktab nanti..keputusan lambat lagi so mia masuk maktab dulu..heee..;-)


Kalau mia masuk......

Matrik

Banyak baik n baik jugak buruknyer masuk matrik.. Baiknyer, macam mia cakap tadi la..terlepas daripada PTPTN..Belajar setahun jah,dapat elaun, bila keluar boleh pilih kos lain, jauh sikit,dekat johor,boleh merasa tempat orang.tak macam unisza,dekat terengganu jer..dekat dengan rumah,boring dah..huhuuu.. Yang tak bestnyer, duduk matrik bukan macam duduk u.. First,kena jadi rajin,tak boleh main-main,kena struggle sunggoh kalau result teruk kena lelong,tak dapat kos yang kita nak lepas tu..mia dah la jenis macam nie. yang suka main-main,bukan kaki study.huuu.. second,matrik macam asrama penuh.. banyak rules.. banyak songeh. tak bebas. kena pakai baju kurung sokmo.mia dah la baju kurung boleh kira dengan jari jah.. tak suka pakai baju kurung.hukhuk.. Tapi tak apa la.. nak belajar punyer pasal kan.. just go on! Kalau mia tak dapat masuk maktab,mia just go on dengan matrik.. Biar mia pointer tinggi,mia akan mintak kos HR.. Sebab orang cakap kos nie belajar mudah,enjoy n senang dapat kerja.. So,time mia tengah buat degree HR,mia akan berjinak-jinak dengan business..Kalau sempat kumpul duit,mia akan kumpul dengan niaga kecik-kecik or jadi model ker..hehehee.. Kalau tak pun mia kumpul duit time tengah kerja nanti.. tapi tu la.. kalau masuk matrik macam susah sikit mia nak susun strategi..kalau masuk maktab macam senang sikit.maksud die nampak la macam mana..huhuu..


Maktab

Kalau mia masuk maktab lagi la heaven doe.. sebab sebelum mia spm lagi mia dah planing masa depan mia dengan masuk maktab nie.hehehe.. sebab apa mia nak sangat masuk maktab?? sebab... macam-macam mia buat. dah plan awal-awal lagi.. First,jadi cikgu nie banyak pahalanyer.. di samping kita berkerja,kita dapat pahala jugak.. lagipun pekerjaan cikgu nie memang sesuai sangat untuk perempuan.. Ramai lelaki suka kalau isteri die jadi cikgu.. mia pun tak tahu kenapa sebab kawan-kawan n senior mia banyak cakap macam tu. n diorang syor kan mia jadi cikgu.huahaha.. Walaupun mia memang tak minat jadi cikgu,mia yakin yang mia boleh handle budak-budak sebab mia pun suka budak-budak kan. n minat tu kita boleh semai kot.. so tak perlu risau.. Second, kalau masuk maktab,dapat pulak subjek yang mia mintak(seni visual) memang best o0o0o.. sebab bagi mia,belajar seni nie enjoy sikit daripada subjek lain.. mia pun minat dengan benda-benda seni nie so ok la.. belajar dekat maktab,ramai yang cakap lebih mudah.. lebih rilex n enjoy.. tak payah fikir pasal kuiz just fikir pasal exam final jer.. n.. assignment memang sesuai sangat dengan diri mia nie yang lebih suka belajar enjoy-enjoy jer,tak tansion-tansion.. Hidup baru ada "life".. tak boring n tansion jer memanjang.. nie tak,asyik study tengok buku jer..boleh jadi giler mia.. magrin kot!! Lepas tu,dapat alaun,tak payah pinjam PTPTN n nanti dah habis belajar senang dapat kerja kalau masih layak (insyaallah kalau still stay dengan sistem sekarang).. so mia plan, kalau mia masuk maktab, mia tak nak duduk saje jer..mia akan jinak-jinak dalam bidang business.cari ilmu dulu.. study,study jugak tapi dapat masa sama mia nak kumpul duit dulu dengan buat business kecil-kecilan,jadi model sambilan n kerja dengan orang dulu sekejap-sekejap(cari pengalaman).. insyaallah.. sebab kakak mia cakap duduk maktab paling best sekali sebab tak busy sangat.. rilex ker.. final year jer busy.. so,ada peluang la mia untuk buat dua benda dalam satu masa..kumpul-kumpul duit dulu,lepas dah cukup modal baru mia akan bukak butik.. n seterusnya.. hehehee.. tu yang besar nyer.. Tapi apa-apa pun, kita hanya merancang,allah yang tuntukan..so, tak salah kita merancang dulu n then berusaha dulu.. usaha tangga kejayaan.. no pain no gain! (my prinsip)hew2..


Kenapa aku ak jadi kaya??

okeyyy.. kenapa mia nak jadi kaya?? bukan saja-saja tapi banyak sebabnyer..
  • Yang pertama, mia nak jadi "bank" kepada parents mia,family mia.. bila dah kaya,kita pun jadi tak kisah,jadi pemurah.. Kalau jadi miskin,kita pun tak cukup,apatah lagi nak bagi orang..dalamtak sengaja,kita jadi berkira.. So,kalau kaya, mintak jer berapa.. sejuta?dua juta? beresh mace...(boleh jer) hehehee... so benda yang bahagia bila kita boleh bantu family kita n jadi bank kepada family kita..
  • Mia nak bantu orang n kawan-kawan yang susah.. bahagia sangat kalau kita dapat bantu orang dalam kesusahan n ringan kan penderitaan orang..tak payah nak cakap dekat negara orang,negara malaysia pun masih ramai hidup dalam kemiskinan.merempat,tidur tepi/kaki jalan.kelaparan..sedih sangat.. mia akan turut bahagia bila tengok orang bahagia..
  • Mia nak jadi dermawan.. Kalau dah kaya,mudah untuk kita derma.. tak ada alasan untuk kita tolak untuk berkongsi kekayaan.. kekayaan milik allah yang perlu dikongsi n di agihkan. Boleh la mia derma buat masjid ker,telekung.rumah kebajikan or pape jelah,, besar pahala nyer.. bila dah kaya, memang mudah untuk kumpul pahala.. 
  • Disebabkan mia nie memang suka sangat kucing, mia berharap yang mia boleh bukan rumah kebajikan untuk kucing terbiar sahaja..mia akan kutip kucing terbiar/jalanan bubuh dekat rumah tu..mia akan upah la orang untuk jaga n urus kucing-kucing nie..Mia kesian sangat..sayu hati nie bila tengok kucing terbiar kelaparan..luka sana sini..cacat..susah...kadang-kadang berair mata mia tahan nak nangis bila tengok kucing tercabut mata,luka sampai nampak daging n macam-macam la.. sedih kot.. mia lebih keciankan kucing daripada orang.. sebab bagi mia kucing nie suci, die tak pandai tipu,tak macam orang..banyak muslihat.kadang-kadang orang buat-buat cacat n susah.. tapi kucing tak boleh.. kucing la makhluk tuhan yang paling comey.. Suatu hari nanti kalau mia tak mampu tubuhkan rumah kebajikan kucing,mia akan jadi pembekal makanan kepada kucing..or mama kepada kucing.. mia akan bagi makan-makanan dekat kucing nie.. yang tu pun jadilah..asalkan mia boleh tolong kucing.. Lagipun, ustaz azhar idrus pernah cakap, kalau kita nak murah rezeki, bagi makan kucing.. heheee.. terbaik lahh <3

* Time mia tengah pening nak masuk pilih kos apa n masuk u mana dulu, bila orang tanyer nak pergi mana selepas nie, mia tak tahu nak jawab apa..sebab mia pening lagi yang mana lebih baik untuk mia.. bila mia cakap mia tak tahu lagi, ada lak yang cakap mia tak ada cita-cita lagi.. Agak tersentak la.. Tak ada cita-cita??hahaa..kelakar la..bukan tak ada tapi over lagi ada la cita-cita mia nie..hehee..
*Dulu,sebelum spm, ada sorang cikgu nie tanyer,mia nak sambung mana. so mia cakap jelah maktab kot.. sebab time tu memang mia dah plan dah macam mana mia cakap tadi.. Lepas tu cikgu tu cakap, "RENDAHNYER CITA-CITA KAMU"  tersentapppppppppppppp kot!!!! die tak tahu apa plan mia sebenarnyer boleh la cakap macam tu.. memang terasa giler la.. panas sera satu badan bila die cakap macam tu.. bagi mia,rendah sangat ker jadi cikgu?? okey apa.. lagipun nak masuk maktab sekarang nie bukan mudah tahu tak! budak straight A pom belum tuntu dapat masuk.. susah sekarang nie nak masuk maktab..bukan macam dulu! lagipun maktab sekarang nie dah dinaik taraf dah..so same jelah..huhuhuhuu..sedih tul mia dengar ayat cikgu tu..hukhuk..tapi tak apa la..mia akan bukti kan kalau mia ada rezeki untuk jadi sorang guru,mia akan bukti kan mia bukan guru sebarangan.. insyaallah... Ya allah..murahkan la rezekiku n berikanlah aku jalan yang terbaik..amin.. ;-)
 


Berusaha mia!! yeahhh!! aku boleh!!!






~thank for reading ;-)

Isnin, 20 Mei 2013

Cinta sempurna


                                                  Cinta sempurna by yuna cover mia :-)

# Video nie ambik time mia form 4.. Baru lepas balik daripada jalan-jalan,pasar karat.. Tetiba jer balik daripada jalan, asyik menyanyi jer.. Kaki tak basuh lagi tu,tu yang hitam,malu kokre.. terus rakam.. feeling sorang-sorang lam bilik.kikikii...

* Dulu mia suka lagu nie tu yang ingat tu,tapi lagu nie cepat jemu.. sekarang ta dah..lupa dah.. mia suka lirik die.. cam best jer..


~thank for watching :-)