Dalam Diari Dunia Damia (4D)
Sabtu, 13 Jun 2015
20 tahun
Welcome to my blog, miewildblog.blogspot.com ;-)
Salam. Hi, Damia Shuhaimi in the houseee :-D Nie merupakan entry kedua tahun nie. Awal sem and after habis sem. Wah, bunyi macam busy kan? hehe.. Busy jugak la plus memang suka membizikan diri ;-) Sapa umur 20 tahun angkat tangan?? Sayaaaa..... *aku tanya aku jawab* nice sangat.hiks..
Bila mia baca entry blog mia yang lepas lagi-lagi time mula-mula mia buat blog nie, serious macam budak-budak.huhuu.. Biasalah, manusia akan mengalami proses dan peringkat kematangan. Bila dah masuk alam 20-an kononnya, rasa lain. Rasa lain tu lain macam sikit tau tahu nak cakap macam mana. Contohnya gaya pemikiran kau, perbuatan kau, cara kau dan yang paling penting, kau lebih memahami kehidupan dan diri kau sendiri. Apa yang kau nak dalam hidup, apa yang kau kejar. Macam mana pandangan kau pada sesuatu benda tu dan macam mana penerimaan kau. Sume tu ada perbezaan sedikit daripada sebelumnya.. Lagi satu cara kau menggunakan laman sosial.. Yang paling mia perasan sikap keterbukaan family lebih lagi parents or mak mia. Lebih sporting dalam pelbagai sudut terutama pasal jodoh.haha.. ini tidak boleh blah. Sekarang mia selamba jer cakap pasal jodoh dengan mak mia walaupun umur mia baru 20 tahun. Kekadang mak mia lagi over cakap pasal jodoh daripada mia. Siap bagi pandangan nasihat bagai.huhu.. tapi yang sedihnya just gosip jelah. Tak ada yang melekat lagi..sob sob..
Kalau nak citer pasal jodoh, memang panjang. Entah la, susah sebab nie melibatkan perasaan, keserasian dan family. Kadang-kadang mia stress bila orang bukak topik jodoh takpun boyfriend bagai nie. Macam-macam kawan mia persoal, tanya n cakap kat mia. Mia buat pekak jer.. Bukan apa, soal nie complicated bagi mia, bukan main-main. Sebab mia pandang benda nie serious dan terus ke pelamin, bukan just bahan ujikaji takpun suka-suka or just untuk hilang bosan jer. Tak! tu bukan mia. Ada orang cakap, " Mia, kau jangan memilih sangat, tak kawin kau sampai habis belajar nanti, kena posting kat pedalaman padan muka, kawin dengan orang asli". "Kau tu yang cerewet sangat mia, kalau terus-terus macam nie, forever alone la". "Mia tak pandang orang macam kita nie, kita nie apalah sangat". lagi geram bila orang tanya, "mia bila nak kawin/nikah/tunang?" "Mia bila lagi?" "Mia nak tengok pakwe kau". Yang paling deep bila sorang kawan aku nie cakap, ""Mia, pasangan hidup bukan orang yang sempurna sifat yang kita nak, tapi pasangan hidup nie adalah orang yang kita lengkapkan kekurangan die untuk jadi sempurna, so jangan memilih sangat yer," Berhuhuhu la aku.. Masalahnya cara diorang cakap tu seolah-olah mia nie dah umur 28 tahun. Padahal mia baru umur 20 tahun kot. Muda lagi, tak terdesak lagi. Bagi mia tak pelik pun kalau umur macam mia nie tak ada boyfriend. Ada kawan mia terkejut, tak caya lagi. Seolah-olah zaman sekarang nie ada kekasih nie wajib, kalau tak ada tak normal. eishh!!
Bukan aku tak pernah bagi peluang kat sapa-sapa takpun tutup rapat hati n mata mia nie. Tak laa.. Malah mia memang tengah mencari. Maksud mencari mia kat sini, mencari yang terbaik untuk jadikan suami. Bukan boyfriend. Tengah menilai orang, memberi peluang kepada yang layak, memberi peluang bukan memberi harapan. Tapi.. entah la, mungkin ramai yang failed. Yelah, normal la nak cari yang elok-elok sebab kita nak buat suami, bukan buat main. So, kalau orang cakap mia memilih, of course la i kena pilih u, nak cari suami kot bukan boyfriend. Kalau nak cari boyfriend tu senang jer tapi kalau suami sangat payah. Coz nanti si suami tu lah nak jaga mia n anak-anak nanti. Nak hidup sekali untuk selamanya kot bukan sehari dua. Kadang-kadang orang nie tak faham n tak sampai tahap pemikiran mia. Kalau boleh mia nak terus kawin, mia tak nak couple-couple nie. Bila kau dah sampai tahap umur 20 nie kau fikir nak kawin jer. Tapi tu bagi mia lah, mia rasa couple nie just buang masa jer, buang tenaga dan duit. Yang paling besar, merosakkan hati. Mia pernah kecewa, so normal la kalau sekarang mia lebih hati-hati. Sebab mia bukan jenis cepat jatuh cinta or suka dekat orang. Tapi bila dah sayang memang akan betul-betul serious, n cuba bayangkan bila dikecewakan, komfem susah nak ubat n sembuh. Benda tu yang paling mia takut. So belajar dari pengalaman, bila mia buat baik dengan seseorang tu, bagi peluang or pape jelh kan. Tak kira la tu kawan rapat mia ker sape ker, bila sekali jer die buat tahi kat mia. mia boleh cakap goodbye jelah, mampus pi kat hang la. Time tu mia tak kisah dah pasal die. Sebab mia dah banyak parut, banyak benda menyakitkan dah mia lalui sebelum nie tak kira kawan ker or orang sekeliling mia. So hati nie dah sado dan ego. So kalau orang tu dan sakitkan hati mia lagi-lagi buat mia menangis sekali jer, perasaan tu akan terus berubah. Dan mia akan terus berusaha lupakan perasan tu dan tak kisah. Sebab bagi aku, terlalu mahal maruah dan air mata aku untuk benda yang sia-sia..
Benda yang paling penting sekali restu. Calon tu wajib parents n family mia suka, lau tak memang berat.. Sebab bagi mia kita kawin bukan dengan pasangan jer tapi dengan keluarganya sekali. Bila keluarga tak suka, memang akan timbul banyak masalah, n mia tak nak pilih hidup dengan air mata. Perasaan mia tolak ker nombor 3 sebab bagi mia perasaan tu boleh di pupuk dengan bantuan allah. Kalau kita yakin dan betul-betul ikhlas, allah akan tolong. Mia yakin pada jodoh allah bukan dengan perasan sendiri. Sebab biasanya perasaan sendiri nie banyak mainan setan. Yang penting calon tu mesti right person, jodoh kita. Bila ingat balik kata-kata kawan-kawan mia, mungkin benar kot aku nie memilih. Tapi memang la, nak sehidup semati kot.huhuhu.. Mia nie tak ada la kejam sangat, mia pernah bagi peluang untuk orang kenal mia or kearah tu. Tapi ada jer yang tak lulus. Bila dah kenal-kenal kita akan tau serba sedikit perangai orang tu. Lagi-lagi ditambah dengan ujian, bila diuji baru kita kenal orang tu macam mana. Contohnya, sume dah ok baik lengkap sume, tapi ada benda yang mia tak suka. Contohnya, tak solat la, tak jaga solat la (lewat-lewat solat), merokok la, tak jaga pergaulan (terlalu bebas), tak matang or perangai-perangai yang mia tak suka or family tak suka. So tak jadi. Bab solat dan rokok mia sangat sensitif. Yelah, kalau solat benda wajib tu pun tak boleh jaga, apatah lagi nak jaga mia nanti. Mia nie bukannya warak ustazah bagai. Iman nie lemah, nanti sape bimbing sapa nanti. Mia perlu dipimpin bukan nak memimpin. Merokok lak, mia sejak di lahirkan memang sensitif bau rokok n patang tengok rokok. Kira bencilah kat bendalah tu. Family mia pun jenis macam tu. Kalau orang tu sehebat or sebaik mana pun kalau die merokok, tak mungkin family mia suka melainkan die berhenti n taubat nasuha. Bukan apa, rokok tukan komfem haram. Kau sedut benda haram setiap hari dan membunuh orang keliling kau perlahan-lahan tak rasa serba salah ker? kalau tak dekat manusia, dekat allah macam mana? huhuhuu..
Mia nie nampak jer kuat, tapi hakikatnya tak kuat pun. Sebab tu mia perlukan supporter. Mia tak banyak songeh pun sekarang nie, sebab mia tau kalau nak cari sume ciri-ciri lelaki idaman memang tak akan jumpa. Mereputla kau.. Mia just nak orang tu faham mia, kenal mia nie macam mana dan paling penting sentiasa ada disaat mia perlukan. Sebab perjalanan mia terlalu jauh lagi. Banyak benda mia nak buat dalam dunia nie tak tercapai lagi. Mia nak cari supporter bukan pemusnah segala impian mia. Mia tak nak buat benda yang merugikan dan sia-sia. Tak ramai yang faham mia. Susah nak cari orang macam tu. Memang dulu mia pernah ada niat nak kawin awal pun. Before mia habis belajar mia nak kawin tapi calon pun tak ada, samar-samar lagi. Ada banyak sebab kenapa mia nak kawin awal yang tak ramai yang akan faham. Bukan gatal tapi.. urmm.. tak perlu cakap kat sini. Tapi yang lawaknya, mia punya la beria nak kawin awal tapi tengok-tengok kawan-kawan aku yang mendahului aku. Siap dah merancang bagai, mia? masih krik..krikk..hahaaaa *sedih*. n now, mia dah malas fikir pasal tu dah, baik mia fokus pasal dreams mia jer sekarang. Korang nak cakap apa, cakap jelah. Dah tak kisah. Bukan nak cakap mia boleh hidup sorang, tak.. Jujur cakap, kadang-kadang hati nie sunyi sangat. Walaupun kawan ramai, rasa dia tak sama. Lain. Dan mia paling benci bila sunyi tu datang. Mula la setan nak menghasut mia suruh cari pasangan or couple. Mia tahu, couple tu haram, sebab tu mia takut nak terjebak. Takut rosak hati, rosak iman.huhu.. Perasaan sunyi tu akan mari bila mia berada di tempat belajar, jauh dengan family. Bila duduk rumah mia tak pernah rasa sunyi lak.hahaa.. So kesimpulannya, mia tak akan bahas soal nie lagi. Bagi mia baik kita jaga apa yang dah ada daripada kejar benda yang tak pasti. Mia lebih pentingkan persahabatan daripada cintan cantun nie. So tak nak sakitkan hati sape-sape, tak nak sakitkan hati sendiri so baik jaga hubungan dengan sume orang. Cinta tu tak kemana kalau dah tak ada jodoh.
Mia rasa allah masih sorok putera kayangan mia tu. Mungkin belum masanya, bila dah tiba masa allah akan satukan. Insyaallah.. Firasat mia kuat mengatakan, jodoh mia tu orang yang mia tak pernah sangka, tak pernah ada dalam list (kononnya.hahaha) pun. Mungkin dia orang sekeliling mia yang mia tak pernah perasan pun kehadiran dia or mungkin dia tu kawan mia sendiri or mungkin orang yang mia tak pernah jumpa.. Kuasa allah kan, takdir allah kan. sape jer yang tau. So tak perlu risau or gelisah yunk, allah dan tentukan kita dengan sapa just wait and see jer. Sekarang nie just fokus your mission jer. Yeahh! yer, mission terbesar mia tengah plan sekarang. Harap-harap menjadi. Aminnnn.. Tak tahu apa? Jeng! jeng! hewheww..
Alamak! Mia nak citer pasal lain, terbabas citer pasal jodoh lak. Apakah?? huwaaa... Tak apalah, sambung bila-bila free nanti coz dah mengantuk. Jari pun dah malas taip.hukhuk.. Ok, apa yang mia boleh simpulkan, kalau ada yang senasib dengan mia, mia nasihatkan bawak banyak-banyak sabar dan rasional. Jangan ikutkan emosi dan nafsu. Cinta akan hadir disaat kita betul-betul sedia bukan time kita sunyi. Trust your istiqarah, not your heart. trust allah, trust jodoh.. Jangan peduli apa orang cakap sebab tak sume orang boleh faham kita. Yang penting jaga cinta dengan allah dulu.. Allah sayangkan kita, sebab tu die tak temukan kita lagi dengan right person. Die nak jaga kita dulu, jaga perasaan kita dulu daripada perkara yang tidak diingini. Die nak suruh kita bercinta dengan-Nya dulu.. So CHILLEX beb.. hehe. ;-)
Ok, bai.. mengantuk~~
Pray for me!
#Thank you for reading this entry !
Khamis, 1 Januari 2015
2015
Welcome to my hak hak haks.. haha!
Haiii... uish, lamo bebenor ceq tak update blog. Entah kenapa malam nie mia rajin lak nak menaip. Mungkin tahun baru kottt.. azam baruu. (Kononnya) padahal mia tak blh tidoqqq..waa.. golek punyer golek guling atas katil nie still tak boleh lelapkan mata. Adoii.. Nak belajar tido awal salah satu azam tahun baru tapi hari pertama tahun baru dah failed! Huhu.. apakahhh.. tak tahu lah kenapa susah sangat nak tido malam nie. Walaupun badan letih mata tetap degil tak nak tutup. Aishh.. sabor jelahh.
Okey, tutup cerita pasal tido, sekarang buka cerita pasal azam baruuuuu.. hohoho.. nak tau apa azam baru mia? Malas nak taip panjang-panjang. Senang citer mia cakap mia nak tunaikan azam tahun lepas yang masih ada tak tercapai. Lebih kurang jerr..ramai jer kan situasi sama macam mia? Hahaa. baik mengaku.hihi
Bercakap pasal tahun baru 2015, entah kenapa mia rasa lega sikit. Berkobar pun ada. Macam.. yeahh.. tahun baru. Hirup udara baru. Kalau boleh nak semua baru. Mula hidup baru. Bukak buku baru.. diri yang baru, jiwa yang baru,semangat yang baru.. sebab bila mengimbau balik kenangan 2014, ya allah.. banyak benda yang mia tempuhi.. serious banyak. kalau mia buat novel komfem meletop! Terus jutawan ceq. Hak hak haks! (Gelak gaya baru mia.hehe) tak adalah. Penulisan mia? Hancuqq.. tak ada bakat langsung. Huhu. Tapi pape pun, alhamdulillah dapat tempuhi dengan tenang n tabah.. masih mendarat dengan selamat walaupun goyang jugak. Walaupun hanya tuhan yang tahu bertapa sukarnya dan keldil hambanya untuk bangkit semula menempuh segala ujiannya.. pahit manis, suka duka, jatuh tergolek sume ada. Tapi mia yakin, semuanya ada hikmah. Tahun 2014 gak, banyak benda yang mia belajar.
Benda yang membezakan kita dengan orang lain ialah pengalaman. Trust me.
Yakinlah, setiap ujian sepahit-pahitnya mesti akan ada terselit kemanisannya disebaliknya.. kadang-kadang kita tidak sedar akan hikmahnya.
Ya allah bagi ujian dekat kita sebab allah sayangkan kita. Allah selalu nak kita ingat dekat Dia, tidak jauh dengan Dia. Semakin banyak ujian yang allah beri, semakin sayang allah dekat kita. Cuba bayangkan jika allah biarkan kita, tidak memberi ujian, tentu kita mudah tersasar jauh, alpa n lalai dengan duniawi. Sebab manusia memang mudah lalai..
Selain itu, allah bagi ujian dekat kita supaya dapat bersihkan dosa-dosa yang lampau.. manusia mana yang tak buat dosa? Semua buat dosa. Tak sempurna. Yang sempurna cuma allah! ALLAH YANG SATU. Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita buat dosa. Sebab apa? Sebab jiwa kita terlalu pada keduniawi. Hitam,berkarat dan kosong. Yang tu bahaya! Bila hati dah mati, buat dosa pun tak akan rasa apa-apa. Parah!
So, tahun baru nie sama-samalah muhasabah diri dan perbaiki diri.. insyaallah. Semua tu bermula daripada nawaitu. niat kita..
Mia harap, tahun 2015 nie merupakan tahun bersejarah mia. Tahun yang bahagia dan bermakna buat mia. Insyaallah. Amin. 2015, be nice to me
#sebaik-baik perancangan ialah perancangan daripada allah. Dia sudah atur cantik buat kita. Tunggu masa jer. Sabarlah wahai hati#
#okeyy.. dah mengantuk. Eh, panjang lak mia pot pet.hehe. Selamat malam!
Jumaat, 11 Julai 2014
Antara minat dan hukum allah
Hari hati mia terdetik untuk menulis blog tentang apa yang berlaku beberapa hari lepas..
Hari nie cuaca sangat baik. mendung n sejuk jer, kalau tidur nie best tapi mia tak boleh nak lelapkan mata.
Terfikir pasal nasihat seseorang dan pakcik google..
Semuanya pasal MODELING,, hukum allah!!
Termenung seketika~
Masuk sem baru memang niat nak berubah jadi lebih baik. Ada azam baru n cuba untuk apply kan.
Masuk sem baru nie jugak lah macam-macam dugaan yang datang. perlu mia mention kot dugaan apa.. serious banyak. Alhamdulillah aku boleh harunginya dengan tenang.. insyaallah.. mia yakin dan pasti semuanya ada hikmah.
Mia boleh cakap macam tu sebab dah dah tempuhi pelbagai pengalaman, peristiwa dan kesakitan sebelum nie. dan mia munasabah balik, renung balik, yes, kebanyakan semua ada hikmah dan kebaikannya.. so, bila ada dugaan jer yang datang, mia yakin sangat, yang allah nak tunjukkan sesuatu pada mia dengan cara memberi kesakitan dulu pada mia. selalunya macam tu. allah tak kejam tapi allah sayang pada kita sebab tu die turunkan ujian dan jalan petunjuk atau hidayah yang kita tak pernah sangka dan sedar. cuma kita yang selalu buta, tidak bersyukur dan suka merungut.. masyaallah.. sombongnya manusia nie.huhu
Kadang-kadang mia rasa allah sayang sangat kat mia.. cuma mia nie yang terlalu jahil dan hina kerna selalu alpa dengan duniawi.. ampunkan aku ya allah!!
Allah ya maha pengasih,maha mengetahui,maha pemurah dan segalanya.. walaupun allah turunkan dugaan dekat mia,time mia jatuh dan down, secara tidak langsung die bantu mia dengan cara die menghantar seseorang kepada mia untuk dijadikan pengubat,motivasi dan contoh terbaik kepada mia.. allah nak jugak ringankan beban mia. walaupun insan itu bukan siapa-siapa bagi mia. baiknya allah!! sungguh terlalu kerdil aku disisimu... time tengah sedih bila teringat kepada beliau, dengan sponton aku tersenyum n lupa seketika pasal masalah aku. bila tengah serabut, mendengar suara beliau terasa tenang jer.. lagi-lagi bila beliau mengalun ayat suci al-quran..
Bila musibah datang semakin banyak aku berfikir dan semakin kerap aku munasabah diri. Dengan apa yang dah berlaku aku banyak pulak persoalan aku.. antaranya, berkat kah hidup aku selama ini? berkat kah dan betul kah apa yang aku buat selama nie??
Diantaranya yang mia nak tahu sangat pasal modeling nie. so tergerak hati untk tahu pasal nie lebih lanjut. dan pada malam tu (sebelum mia tanyer pakcik google) hati mia terdetik untuk tanya pendapat seorang senior mia tu pasal modeling nie..
Panjang jugak perbualan kami dalam whatsapp. masih terngia-ngia lagi kata-kata dan nasihat senior tu.. antaranya,
"Anything we want to do, niat itu penting... if u said minat, then it's not enough... must relate it with ibadah as it is the main objective kita semua diciptakan.....tuhan utama kita diciptakan adalah untuk menjadi hamba allah, beribadah kepadanya dan menjadi KHALIFAH di buminya... setiap saat kehidupan kita ni jangan lari dari dua elemen ini.. islam adalah agama boleh tapi bersyariat/syarat. sebab allah sayang akan hamba-hambanya. so ape pun dalam dunia ini semu boleh tapi kena ikut syariat ISLAM...
So mia tanyer diri sendiri, apa yang mia buat sekarang ini ikut syariat tak?
n for that it's much better you go research by your own, boleh tanya ustaz/ustazah/kawan-kawan/buku-buku internet/ ++.........boleh bagitahu tapi ia tak akan sama dengan mia cari sendiri..n penghayatan setelah mendapat sesuatu ILMU iu dengan usaha sendiri akan lebih effective. lepas tu baru move to the next level which is AMAL....as for me, perhaps you should stop doing things yang you don't have knowledge on it yet n the knowledge that i mean is islamic knowledge (hukum hakam in islam).... "
Lepas tu sentuh lak pasal solat n so on... banyak die nasihat mia. bukak minda mia. kata-kata dan nasihat tu bagi mia memang menusuk qolbu. betul. bukan maksudnya terasa, tak langsung tapi betul-betul buat mia terfikir dan terkedu. serious time tu memang mia terdiam tak tau nak cakap apa dan balas apa.. n malam tu jugak mia terfikir panjang.. sampai tak boleh tidur.. huhu.. keesokkan hari pun mia masih terfikir dengan kata-kata beliau.. pape pun, beliau sangatlah baik dan jiwanya sentiasa memperingati allah.. terima kasih awak, nasihat awak sangat berguna.. saya harap saya dapat istiqamah dalam mendalami ilmu agama dan cuba perbaiki diri :-)
n.. sampai sekarang masih terngi-ngi kata-katanya.. persoalan yang paling selalu berlega-lega dalam kepala mia, mampukah mia tinggal benda yang paling minat dalam hidup mia?? minat tu sejak daripada bangku sekolah lagi. dan minat tu mendalam. memangla sekarang nie pun macam tak ada masa nak aktif sangat modeling nie sebab tengah study lagi tambah pula ada masalah sikit yang menyebabkan mia fed up dan give up dengan apa yang berlaku.. biasalah bila hati dah terluka, ambik masa untuk sembuhkan hati dan semangat tu.. tapi untuk betul-betul stop dalam bidang modeling nie memang susah nak buat. mungkin ambik masa... mungkin dah sampai masa untuk mia tinggal semua duniawi nie. walaupun minat sangat kalau tak ada keberkatan tak kemana jugak malah tanggung masalah dan dosa pula. Dosa yang kita tak perasan dan ambik remeh.. tapi benda tu kita tak tahu akan terjerumus kepada dosa kalau tak jaga akan kepada dosa besar. sebab modeling nie berkait rapat dengan tabaruj da aurat. kalau betul-betul tak jaga habisla... yang halal jadi haram.. bahaya tu!!
Mia! nie hukum allah! ko lebih memilih minat ker daripada sayangkan allah??tak kan.. come on la mia.. semua tu dunia jer.. gantikan minat tu dengan benda lain. hukum allah tiada siapa yang boleh pertikaikan. Ya allah, kuatkanlah hati aku untuk aku meninggalkan benda yang aku minat dan sayang.. berikanlah aku jalan yang lurus, petunjuk dan hidayahmu.. semaikanlah jiwaku ini islam yang sebenarnya ya allah.. dekatkanlah diriku kepadamu.. jauhkanlah aku daripada kelalaian.. lindungilah aku.. jadikan lah aku muslimah yang solehah.. sesungguhnya aku terlalu jahil di sisimu..ampunkan aku ya allah..
Insyaallah...pada bulan yang mulia nie, mia cuba untuk tinggalkan duniawi nie.. sesungguhnya mia terlalu takut dengan balasan allah.. tak sanggup untuk aku tanggung segala dosa-dosaku yang aku tak perasan selama ini dan anggap benda tu remeh...
Antara pakcik google katakan tentang hukum menjadi model muslimah ini:
http://yien9897.blogspot.com/2011/07/hukum-model-muslimah.html
http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/model-muslimah-tabarruj-fesyen.html
http://muslimahberjilbab.blogspot.com/2006/04/hukum-pakaian-wanita.html
http://syariahpublications.com/2012/02/16/hukum-memanfaatkan-wanita-untuk-menjadi-model-iklan/
http://www.globalmuslim.web.id/2013/07/hukum-menjadi-model-wanita.html
n banyak lagi....
#terima kasih ya allah.. <3 allah..
Jumaat, 13 Jun 2014
13 perkara yang perlu di jaga oleh wanita
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
# tidak dinafikan sekarang nie bermacam-macam fesyen sampai tak terkata.. tapi kadang-kadang kita nie alpa dan terlepas pandang dengan benda-benda yang kadang-kadang kita ambil ringan.. contohnya dari segi pakaian dan pernampilan.. bagus gak ada orang shared benda nie dekat facebook. at least boleh peringatkan mia secara tidak langsung. n mia pun mungkin boleh peringatkan orang lain. kita tahu tapi kadang-kadang kita terlalu kerjar dunia sampaikan kita lalai hal-hal yang sebegini.. sama-samalah kita munasabah diri.. nasihat tuk diri sendiri gak.. insyaallah semoga kita sama-sama jadi lebih baik daripada sebelumnya.. :-)
Selasa, 3 Disember 2013
Kenapa Couple Itu Haram
Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..
Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???
Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~
Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…
Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ……
[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
Datuk Aliff Syukri Kamarzaman
Dekat bawah nie diantara kupasan menarik yang mia baca :-)
Copy n paste
Resepi Kejayaan Usahawan Kosmetik. Datuk Aliff Syukri Kamarzaman
Antara nasihat beliau ialah:
Ajarkan anak berniaga bermula dari kecil lagi.
![]() |
| Datuk Aliff Syukri ketika ditemui di Pejabat D'Herbs |
Aliff Syukri pantang dicabar
Itu antara cabaran awal pengasas produk kesihatan dan kecantikan D’ Herbs, Aliff Syukri Kamarzaman, 25, sebelum berjaya dalam perniagaan.
Bukan saja rumah kediaman menjadi lokasi perniagaan strategik, Pengarah Urusan D’ Herbs Healthy Sdn Bhd ini ketika itu sanggup memanjat tangga pejabat di sekitar Shah Alam, Selangor semata-mata ingin menjual produk kecantikan dan jamu keluaran syarikat terkenal.
Meskipun menyedari ada notis menyatakan ‘jurujual tidak dibenarkan masuk’, ia tidak menghalang Aliff Syukri mencari rezeki bagi menampung keluarga kecilnya dengan menggunakan waktu makan tengah hari untuk menjaja produk.
“Pada mulanya, ramai meragui keupayaan saya yang ketika itu berusia awal 19 tahun menjual produk kecantikan, malah ada juga yang khuatir untuk membeli kerana memikirkan penjualan berdasarkan keuntungan, bukan keberkesanan.
“Menjual produk kecantikan dan kesihatan bukan sesuatu yang mudah, namun saya jenis sukakan cabaran, malah pantang dicabar.
“Penting bagi saya membuat penerangan jelas mahupun demonstrasi kepada pelanggan, seterusnya berjaya menarik perhatian mereka terhadap barang dijual.
“Kadangkala pelanggan wanita khususnya suka mengusik saya, apatah ketika itu saya masih muda dan ada personaliti sebagai model. Namun bagi saya, ia sebahagian asam garam dalam perniagaan,” katanya yang pernah berkecimpung dalam bidang peragaan.
Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan dan memaksa dirinya berusaha lebih kuat untuk mendapatkan sesuatu demi kepuasan peribadi.
Tinggal bersama nenek dan bersekolah di Sabak Bernam, Selangor, tidak menjanjikan anak ketiga daripada lapan beradik ini mendapat layanan serta kelebihan istimewa.
Kerap membandingkan diri dengan rakan sebaya yang mempunyai wang saku sekolah lebih 50 sen manakala Ariff Syukri hanya 20 sen membuatkan bapa kepada tiga cahaya mata ini mencari jalan untuk mendapatkan wang lebih.
Justeru, pokok mempelam yang menghiasi laman teratak nenek membuka peluang keemasan bagi Aliff Syukri mendapatkan perbelanjaan persekolahan tambahan.
Tanpa sebarang pertolongan, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memanjat pokok dan hasilnya dijadikan jeruk.
“Selalunya budak sekolah membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, saya pula membawa satu lagi beg tambahan memuatkan jeruk mempelam yang dijual pada harga antara 10 sen hingga 20 sen.
“Bayangkan sebelum bermula sesi persekolahan, rakan lain membeli pakaian baru tetapi saya terpaksa mengitar semula baju lama yang diberikan jiran, begitu juga basikal.
“Syukur permulaan ‘perniagaan’ itu memberi impak berkesan, sekali gus menambahkan keyakinan dan keberanian diri untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah,” katanya yang pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sabak Bernam.
Menyedari bidang perniagaan mampu menjana pendapatan lumayan, Aliff Syukri meneruskan kerjaya sambilannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang dengan menjaja barangan kosmetik dan aksesori seperti celak juga kerongsang yang dibeli secara pukal daripada pasar raya terkenal.
Menamatkan pengajian di peringkat A Level, lelaki ini kemudian memanfaatkan anugerah diberikan Allah SWT untuk bergelar model bagi menampung kehidupan dan pada masa sama, aktif menjual produk kecantikan wanita, termasuk jamu, secara sambilan yang diperoleh di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur.
Berkahwin pada usia muda dan memiliki seorang cahaya mata ketika itu mendesak Aliff Syukri mencari pendapatan lebih. Selepas puas menjaja dari rumah ke rumah serta dari pejabat ke pejabat, bermodalkan wang simpanan dikumpul, dia menyewa sebuah kios kecil di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Setahun berhempas pulas memajukan kios, anak muda ini mengambil langkah drastik mencontohi pengeluar produk kecantikan kesihatan tempatan lain untuk mengeluarkan produk sendiri.
“Semua simpanan yang saya ada digunakan untuk menghasilkan produk jenama sendiri, jika langkah diambil ini tidak menunjukkan hasil, saya sedar risiko muflis. Selepas membuat kajian produk selama beberapa bulan, D’ Herbs mengeluarkan gincu kolagen pertama Malaysia.
“Pandangan saya, penting untuk menghasilkan satu inovasi baru bukan sekadar mengeluarkan produk sedia ada di pasaran. Permulaannya, saya melakukan semuanya sendirian dan tidak membenarkan isteri berhenti kerja.
“Saya lelaki muda dan memperkenalkan produk baru, jadi pasti sukar mendapat kepercayaan mana-mana stokis. Saya terpaksa memberikan produk secara percuma terlebih dulu tanpa bayaran, tetapi syukur apabila ia mendapat perhatian orang ramai,” katanya.
Pernah cuba mendapatkan pinjaman bank sebagai modal memulakan perniagaan namun ditolak dan dihamburkan kata-kata penghinaan kononnya dia tidak akan berjaya dalam bidang berkenaan.
Aliff Syukri berkata, pada peringkat awal, dia terpaksa mengelilingi satu negara untuk memperkenalkan jenama D’ Herbs. Dia adalah bos, pemandu, jurujual, ejen dan pegawai pemasaran dalam satu masa.
Menariknya, lelaki ini memiliki semangat kental, malah tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana dia percaya dapat menghasilkan produk berkualiti dan mampu dibeli setiap lapisan masyarakat.
Menggunakan strategi pengiklanan yang kuat, akhirnya kerja keras Aliff Syukri hampir setahun membuahkan hasil dan jenama D’ Herbs mula mendapat tempat dalam kalangan pelanggan.
Memulakan operasi sejak 2011, Aliff Syukri mampu berbangga apabila pasaran 50 produk D’ Herbs mula memasuki pasaran antarabangsa, termasuk Brunei dan Indonesia.
Mencontohi empayar gergasi seperti Avon, lelaki ini berharap dapat memperkembangkan nama D’ Herbs sebagai jenama global. Pada masa sama, beliau menyedari pelbagai inisiatif perlu dilakukannya, juga banyak cabaran bakal ditempuh kelak.
Aliff Syukri cetus fenomena
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130412/ke_01/Aliff-Syukri-cetus-fenomena#ixzz2mR4IYYq5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Aliff Syukri Kumbang antara bunga
dianna.azaham@utusan.com.my
Foto GHAZALI BASRI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121104/ke_04/Aliff-Syukri-Kumbang-antara-bunga#ixzz2mR4PIFFi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Selasa, 3 September 2013
Jumaat, 24 Mei 2013
Karoeke
Innocence cover mia
Cakap pasal karoeke,mia memang hantu koroeke..hehee. Entah la,kalau karoeke nie rasa macam dapat satu kepuasan yang sukar di gambarkan..cewahh!hahaa.. mungkin sebab mia suka menyanyi kot. tu yang macam tu.. :p Kalau balik ipoh or pergi jalan mana-mana, mesti cari tempat karoeke. Karoeke jamban pun jadi la asalkan dapat melalak..kehkeh. Tapi mia untung,sebab mia ada geng. Kakak (kak nyah) n adik mia pun gila karoeke. so,tak ada hal la.. susah nak cari geng yang kaki karoeke nie.. selalu nyer dengan family jer la mia koroeke..Selalu nyer mia lepaskan gian dekat ipoh sebab dekat sini ada tempat yang murah.. Tak macam dekat besut,dah la mahal,tak canggih lak tu.. Mia pernah masuk sekali koroeke dekat besut,karoeke tu baru jer bukak.. Ada ker patut karoeke set die guna moniter n keyboard!hahaha!! cam kelakar jer.. Lepas tu,mula la gelepar tak reti guna.. Pelik sungguh la. First time mia tengok karoeke macam tu..huhuhu..
Lagu yang dekat atas tu lagu favourite mia. Avril lavigne kan. Lagu nie teringat mia paa kenangan lalu.. Lagu nie mia pernah menyanyi time hari guru tahun lepas.. Berduet dengan rakan sebaya mia, Nuha.. Nak solo tak berani lagi time tu sebab time nie mia first time buat persembahan di sekolah baru mia.. Yela,sekolah baru dengan sekolah lama tak sama okey. rasa tu lain. Dulu,time sekolah lama dulu tak apa,tak kisah n berani.. joget atas pentas pun ok lagi..haha. Tapi sejak tukar sekolah nie, komfiden mia nie turun mendadak! Mia rasa rendah diri sangat,penakut n senyap. juruh la sikit daripada dulu.hehe.. Yela,mungkin dulu mia sekolah biasa lepas tu pindah ke sekolah pandai so tu yang jadi rendah diri sangat. Sebab mia bukan nyer pandai tapi di kelilingi dengan orang yang pandai,hebat-hebat n rajin.. so tak nafikan, Suasana tu sangat-sangat lain.. Persekitaran,dengan orang-orang n cikgu-cikgu, cara die.. semua tu berbeza.. Tak sama macam sekolah lama. Mula-mula masuk sekolah tu memang rasa susah sangat nak sesuaikan diri. Tapi mia tak pernah tunjuk pun.nampak macam okey jer.. Tapi lama-lama okey la.. So, mia cari akan cari n cuba benda yang boleh tambahkan komfiden mia contoh nyer berhadapan di khalayak ramai.. Mia pun join la buat persembahan menyanyi lagu nie. tak ingat nak rakam. time hari kokurikulum mia buat persembahan mia rakam tapi hilang..huhuhu. Selepas daripada tu baru mia rasa komfiden sikit.. Kalau tak,rasa macam kecik jer..rendah diri jer...hukhuk. Mia tak kisah la orang nak cakap apa pun. nak cakap mia nie poyo ker,nak menunjuk ker,giler glamour ker or pape jelah. tak kisah pun asal kan mia tahu sendiri apa tujuan mia buat macam tu. menyanyi jer kot.. Yang puji,puji la, yang pandang serong pun ada.. Lagipun,mia dekat sekolah lama dah biasa naik pentas buat persembahan.. so? bukan mia duduk sekolah baru baru nak buat semua tu.. Yang penting, benda tu merupakan cara mia untuk tambahkan komfiden mia.mia kena bercakap dengan orang ramai n buat aktiviti yang berkaitan berhadapan orang ramai.. benda tu boleh buat kita hilang gemuruh n debar sebenarnyer..<3
![]() | ||
| time nie form 1.. berduet jugak tapi time nie tak ada minus one..haha..kelakar rasanyer..huhu |
~Thank for reading ;-)
Selasa, 21 Mei 2013
Cita-citaku,kepoyoanku.. ;-)
Mia sebenarnyer dah plan masa depan mia. Cuma tak tahu mana yang lebih baik n berjaya ataupun tidak plan mia tu.. Mia sebenarnyer minat sangat dalam bidang perniagaan nie.. mia jugak minat dalam benda-benda yang berkaitan n berunsurkan seni.. so mia cube gabungkan dua minat mia nie menjadi satu.. Mia berangan sangat yang mia dapat memiliki butik jenama mia sendiri n rekaan mia sendiri peringkat antarabangsa.. contohnyer macam jenama adidas ker,gucci ker or pape jelah kan.. (poyo giler kottt bunyinyer..hahaa) bukan tu jer.. mia jugak berpoyo untuk memiliki syarikat sendiri.. Di sebab kan mia nie minat dalam bidang modeling,photografer,kecantikan, mia harap mia dapat bukak studio sendiri,kedai gambar n kamera sendiri, salon sendiri..Semua tu dijadikan dalam satu syarikat..hehehehee..(berangan tinggi giler kotttt! ini semua poyo0oo!hihihi) so setakat mia cakap mia nak ada butik jenama sendiri pun orang duk perli n perlekeh mia..apatah lagi kalau orang tau sume nie.. sah-sah la kena gelak..huhu..Kalau boleh,mia nak ada business sendiri sebelum umur mia 24 tahun,,sebelum mia kahwin.hehehe.. mia memang minat business.. dulu mia pernah niaga kecik-kecik time form 1,2 n 4.. jual barang-barang katalog n aksesori puan.. time tu.baru kite sedar,susahnyer nak cari duit..pengalaman tu yang penting sebenanrnyer.. :-)
Mia sebenarnyer tak tahu nak start daripada mana.. mia tak boleh gambarkan n tak tahu lagi lubang die macam mana untuk menceburi dalam bidang yang mia minat. Di sebabkan mia nie bukan anak orang berada, mia kena n harus start dari bawah untuk sampai target mia. tu yang seksa tu. benda tu yang susahnyer.. sebab mia "empty".. mia tak ada modal,tak ada pengalaman n ilmu yang cukup lagi bab-bab business.. nak bukak business bukan main redah jer.. banyak benda yang perlu dipertimbangkan.. Modal kena ada,strategi kena mantap,ilmu n pengalaman wajid ada.. so,mia kena cari modal dulu,timba ilmu n kerja dengan orang dulu.. tak mudah kot.kena kerja keras. So mia kena susun strategi mia sebelum mia sambung belajar. Target mia hanyalah matrik or maktab.. Mungkin sebab dua tu mia lebih nampak jalan kot..Bagi mia,kalau kita nak buat business satu hari nanti, tak semestinyer kita study ambik kos berkaitan dengan business jer.. ambik kos lain tak apa asalkan kita dah susun strategi kita macam mana ke arah tu.. Kalau ambik kos yang berkaitan business lagi bagus tapi buat apa kalau kita tak ada modal kan?? tak jadi jugak..haha.. So sekarang nie mia tunggu masa jer untuk daftar matrik.. mia lebih memilih matrik daripada unisza sebab kos same jer.. perakaunan dua-dua. so mia fikir masuk matrik lebih better sebab utamanyer mia bukan nak jadi akauntan.so kalau mia pilih masuk u diploma susah sangat untuk tukar kos nanti degree nanti.. kalau matrik tak apa.nanti keluar boleh sambung degree kos lain.. Sebab ker dua, masuk matrik terlepas daripada pinjaman PTPTN! aku benci berhutang! nak bayar balik nanti sakit. dah la bunga die banyak! biar la aku pinjam PTPTN nanti degree jer.. Mia nak simpan duit,bukan nak tambahkan hutang laaa!!! by the way, mia masih mengharapkan yang mia terpilih untuk masuk maktab nanti..keputusan lambat lagi so mia masuk maktab dulu..heee..;-)
Kalau mia masuk......
Matrik
Banyak baik n baik jugak buruknyer masuk matrik.. Baiknyer, macam mia cakap tadi la..terlepas daripada PTPTN..Belajar setahun jah,dapat elaun, bila keluar boleh pilih kos lain, jauh sikit,dekat johor,boleh merasa tempat orang.tak macam unisza,dekat terengganu jer..dekat dengan rumah,boring dah..huhuuu.. Yang tak bestnyer, duduk matrik bukan macam duduk u.. First,kena jadi rajin,tak boleh main-main,kena struggle sunggoh kalau result teruk kena lelong,tak dapat kos yang kita nak lepas tu..mia dah la jenis macam nie. yang suka main-main,bukan kaki study.huuu.. second,matrik macam asrama penuh.. banyak rules.. banyak songeh. tak bebas. kena pakai baju kurung sokmo.mia dah la baju kurung boleh kira dengan jari jah.. tak suka pakai baju kurung.hukhuk.. Tapi tak apa la.. nak belajar punyer pasal kan.. just go on! Kalau mia tak dapat masuk maktab,mia just go on dengan matrik.. Biar mia pointer tinggi,mia akan mintak kos HR.. Sebab orang cakap kos nie belajar mudah,enjoy n senang dapat kerja.. So,time mia tengah buat degree HR,mia akan berjinak-jinak dengan business..Kalau sempat kumpul duit,mia akan kumpul dengan niaga kecik-kecik or jadi model ker..hehehee.. Kalau tak pun mia kumpul duit time tengah kerja nanti.. tapi tu la.. kalau masuk matrik macam susah sikit mia nak susun strategi..kalau masuk maktab macam senang sikit.maksud die nampak la macam mana..huhuu..Maktab
Kalau mia masuk maktab lagi la heaven doe.. sebab sebelum mia spm lagi mia dah planing masa depan mia dengan masuk maktab nie.hehehe.. sebab apa mia nak sangat masuk maktab?? sebab... macam-macam mia buat. dah plan awal-awal lagi.. First,jadi cikgu nie banyak pahalanyer.. di samping kita berkerja,kita dapat pahala jugak.. lagipun pekerjaan cikgu nie memang sesuai sangat untuk perempuan.. Ramai lelaki suka kalau isteri die jadi cikgu.. mia pun tak tahu kenapa sebab kawan-kawan n senior mia banyak cakap macam tu. n diorang syor kan mia jadi cikgu.huahaha.. Walaupun mia memang tak minat jadi cikgu,mia yakin yang mia boleh handle budak-budak sebab mia pun suka budak-budak kan. n minat tu kita boleh semai kot.. so tak perlu risau.. Second, kalau masuk maktab,dapat pulak subjek yang mia mintak(seni visual) memang best o0o0o.. sebab bagi mia,belajar seni nie enjoy sikit daripada subjek lain.. mia pun minat dengan benda-benda seni nie so ok la.. belajar dekat maktab,ramai yang cakap lebih mudah.. lebih rilex n enjoy.. tak payah fikir pasal kuiz just fikir pasal exam final jer.. n.. assignment memang sesuai sangat dengan diri mia nie yang lebih suka belajar enjoy-enjoy jer,tak tansion-tansion.. Hidup baru ada "life".. tak boring n tansion jer memanjang.. nie tak,asyik study tengok buku jer..boleh jadi giler mia.. magrin kot!! Lepas tu,dapat alaun,tak payah pinjam PTPTN n nanti dah habis belajar senang dapat kerja kalau masih layak (insyaallah kalau still stay dengan sistem sekarang).. so mia plan, kalau mia masuk maktab, mia tak nak duduk saje jer..mia akan jinak-jinak dalam bidang business.cari ilmu dulu.. study,study jugak tapi dapat masa sama mia nak kumpul duit dulu dengan buat business kecil-kecilan,jadi model sambilan n kerja dengan orang dulu sekejap-sekejap(cari pengalaman).. insyaallah.. sebab kakak mia cakap duduk maktab paling best sekali sebab tak busy sangat.. rilex ker.. final year jer busy.. so,ada peluang la mia untuk buat dua benda dalam satu masa..kumpul-kumpul duit dulu,lepas dah cukup modal baru mia akan bukak butik.. n seterusnya.. hehehee.. tu yang besar nyer.. Tapi apa-apa pun, kita hanya merancang,allah yang tuntukan..so, tak salah kita merancang dulu n then berusaha dulu.. usaha tangga kejayaan.. no pain no gain! (my prinsip)hew2..Kenapa aku ak jadi kaya??
okeyyy.. kenapa mia nak jadi kaya?? bukan saja-saja tapi banyak sebabnyer..- Yang pertama, mia nak jadi "bank" kepada parents mia,family mia.. bila dah kaya,kita pun jadi tak kisah,jadi pemurah.. Kalau jadi miskin,kita pun tak cukup,apatah lagi nak bagi orang..dalamtak sengaja,kita jadi berkira.. So,kalau kaya, mintak jer berapa.. sejuta?dua juta? beresh mace...(boleh jer) hehehee... so benda yang bahagia bila kita boleh bantu family kita n jadi bank kepada family kita..
- Mia nak bantu orang n kawan-kawan yang susah.. bahagia sangat kalau kita dapat bantu orang dalam kesusahan n ringan kan penderitaan orang..tak payah nak cakap dekat negara orang,negara malaysia pun masih ramai hidup dalam kemiskinan.merempat,tidur tepi/kaki jalan.kelaparan..sedih sangat.. mia akan turut bahagia bila tengok orang bahagia..
- Mia nak jadi dermawan.. Kalau dah kaya,mudah untuk kita derma.. tak ada alasan untuk kita tolak untuk berkongsi kekayaan.. kekayaan milik allah yang perlu dikongsi n di agihkan. Boleh la mia derma buat masjid ker,telekung.rumah kebajikan or pape jelah,, besar pahala nyer.. bila dah kaya, memang mudah untuk kumpul pahala..
- Disebabkan mia nie memang suka sangat kucing, mia berharap yang mia boleh bukan rumah kebajikan untuk kucing terbiar sahaja..mia akan kutip kucing terbiar/jalanan bubuh dekat rumah tu..mia akan upah la orang untuk jaga n urus kucing-kucing nie..Mia kesian sangat..sayu hati nie bila tengok kucing terbiar kelaparan..luka sana sini..cacat..susah...kadang-kadang berair mata mia tahan nak nangis bila tengok kucing tercabut mata,luka sampai nampak daging n macam-macam la.. sedih kot.. mia lebih keciankan kucing daripada orang.. sebab bagi mia kucing nie suci, die tak pandai tipu,tak macam orang..banyak muslihat.kadang-kadang orang buat-buat cacat n susah.. tapi kucing tak boleh.. kucing la makhluk tuhan yang paling comey.. Suatu hari nanti kalau mia tak mampu tubuhkan rumah kebajikan kucing,mia akan jadi pembekal makanan kepada kucing..or mama kepada kucing.. mia akan bagi makan-makanan dekat kucing nie.. yang tu pun jadilah..asalkan mia boleh tolong kucing.. Lagipun, ustaz azhar idrus pernah cakap, kalau kita nak murah rezeki, bagi makan kucing.. heheee.. terbaik lahh <3
* Time mia tengah pening nak masuk pilih kos apa n masuk u mana dulu, bila orang tanyer nak pergi mana selepas nie, mia tak tahu nak jawab apa..sebab mia pening lagi yang mana lebih baik untuk mia.. bila mia cakap mia tak tahu lagi, ada lak yang cakap mia tak ada cita-cita lagi.. Agak tersentak la.. Tak ada cita-cita??hahaa..kelakar la..bukan tak ada tapi over lagi ada la cita-cita mia nie..hehee..
*Dulu,sebelum spm, ada sorang cikgu nie tanyer,mia nak sambung mana. so mia cakap jelah maktab kot.. sebab time tu memang mia dah plan dah macam mana mia cakap tadi.. Lepas tu cikgu tu cakap, "RENDAHNYER CITA-CITA KAMU" tersentapppppppppppppp kot!!!! die tak tahu apa plan mia sebenarnyer boleh la cakap macam tu.. memang terasa giler la.. panas sera satu badan bila die cakap macam tu.. bagi mia,rendah sangat ker jadi cikgu?? okey apa.. lagipun nak masuk maktab sekarang nie bukan mudah tahu tak! budak straight A pom belum tuntu dapat masuk.. susah sekarang nie nak masuk maktab..bukan macam dulu! lagipun maktab sekarang nie dah dinaik taraf dah..so same jelah..huhuhuhuu..sedih tul mia dengar ayat cikgu tu..hukhuk..tapi tak apa la..mia akan bukti kan kalau mia ada rezeki untuk jadi sorang guru,mia akan bukti kan mia bukan guru sebarangan.. insyaallah... Ya allah..murahkan la rezekiku n berikanlah aku jalan yang terbaik..amin.. ;-)
![]() | ||
| Berusaha mia!! yeahhh!! aku boleh!!! |
~thank for reading ;-)



.jpg)

